Sejak akhir-akhir ini Qalbu selalu saja berasa sakit kepala,selera makannya pun berkurangan, terkadang dia merasa mual.Mungkin disebabkan terlalu banyak kerja barangkali..fikirnya.
Hendak pergi ke hospital atau klinik dia malas.Malas hendak berurusan dengan doktor.Kalau terus tahu akan penyakitnya takpelah..tapi kalau tak jumpa punca penyakit...nanti akan ada saja appointment susulan yang perlu diikut.
Bosan!.Walaupun kepalanya berdenyut-denyut digagahkan juga dirinya bangun diawal pagi..solat..buat sarapan untuk suaminya dan seterusnya pergi kerja.
Hari ini akan ada perlantikan CEO baru..jadi dia memang perlu hadir ke majlis itu nanti. Suaminya Ilham yang akan memangku jawatan tersebut, atas desakan papanya supaya Ilham mengambil alih tugasnya sebagai peneraju syarikat.
Papanya pula sekadar penasihat sahaja.Tiga..empat bulan jugaklah Ilham ni belajar dengan papa tentang selok-belok pengurusan perjalanan syarikat selepas dia balik dari menjalani rawatan diluar negara dulu.
Mujur saja Ilham ni jenis cepat belajar, jadi mudah saja dia memahaminya.~~~~~~~~~~
Qalbu terus beredar dari bilik meeting yang mana berlangsungnya majlis perlantikan tadi.Masih ramai diantara ahli lembaga pengarah yang kekal disitu untuk mengucapkan tahniah kepada Ilham namun Qalbu terpaksa beredar kerana denyutan dikepalanya kian menekan seolah mahu memutuskan setiap urat-urat kepalanya.
Bukan dia tidak nampak tadi yang Ilham asyik memandang kepadanya.
Namun pandangan itu dihiraukannya saja.Qalbu duduk bersandar dikerusinya sementara itu matanya dipejamkan rapat..dua biji ubat sakit kepala yang sempat dimita dari PA nya tadi sudah selamat berada didalam perutnya.Cuma kini dia menunggu kesannya sahaja.Haraplah ianya berkurangan.
Akhirnya dia terlena dikerusinya.Ilham memasuki bilik office isterinya.Dia pelik kenapa isterinya nampak tergesa-gesa meluru keluar tadi.
"Laa..tidur rupanya dia.." bisiknya sendirian.
Ditatapnya wajah Qalbu yang sedang tidur sambil duduk tersandar itu.Nampak pucat saja namun Qalbu bijak menutupinya dengan make-up.Ilham mengusap wajah itu.
Entah kenapa dia merasakan yang Qalbu seakan semakin jauh darinya sejak selepas dia pulang dari luar negara beberapa bulan dulu.
Bila dia bertanya..jawapan Qalbu sama saja..'takde apa-apa'..hanya itu.
Kehidupan mereka sama saja..nak dikatakan hambar tidak juga..manis sangat pun tidak juga..
Ilham mengeluh..andai saja dia tahu isi hati isterinya.."Sayang...kenapa ni..?"bahu isterinya di
goyang sedikit bagi mengejutkan Qalbu dari lenanya."Hm.."gumam Qalbu.
Kenapa ni..ngantuk sangat ke..?"
Qalbu terjaga.Matanya dibuka maka terlihatlah wajah suaminya didepan mukanya.
"Eh..abang!
Buat apa kat sini..?""Tengok sayanglah..tadi kenapa buru-buru keluar?"
"Aa..hm..sakit perut sangat..itu je..tapi dah ok dah..ingat nak rehat tapi tertidur pula..hehe..he..sorry abang.."
"Abang ok je..ke nak abang temankan sayang tidur?"Ilham menaikkan keningnya.
"Mengadalah abang ni..dahlah..keluarlah, Qal nak buat kerja ni..hm..ni nanti nak lunch sama tak?" soal Qalbu.
Ilham menilik jam ditangannya..
"Em..tak kut! Abang ada apointment tengahari nanti..sorry sayang..
Esok ok..kita lunch sama".Qalbu mengangguk sambil tersenyum.
Namun senyuman itu pudar bila saja Ilham melangkah keluar dari biliknya.
Entah kenapa dia merasakan Ilham tidak ikhlas menolak ajakannya tadi.
YOU ARE READING
Sentuhan Qalbu(Completed)
RomanceIlham Hafizi seorang lepasan ijazah kedoktoran.Enam tahun pengajian,jarak waktu yang lama memudarkan jiwa..pertunangan diputuskan..Erma cinta pertamanya kalah dalam perjuangan cinta memilih meninggalkannya.. Nur Qalbu Aineenaira..gadis bandar yang b...