Bab 1 : Inilah Permulaanku, Seoul~

196 20 0
                                    

1 tahun kemudian...

"Uuwaa!!~~"

Seperti biasa! Yera semestinya akan menangis jika dikejutkan dari tidur jikalau terdengar hanya sedikit pun bunyi bising. Aku mendapat tawaran untuk belajar di sekolah menengah yang berada di Seoul.

Tak tahulah macam mana nanti tapi aku terpaksa tinggalkan rumah lama keluarga aku ni dan terus berpindah ke Seoul. Apabila keadaan Yera menjadi semakin tenang, aku meletakkannya balik di tempat tidurnya dan kembali mengemas barang-barang yang akan aku bawa untuk beepindah nanti.

Selepas seminggu berlalu...

Di Seoul,

Di Seoul,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haih!.. Siap juga akhirnya. Yera!~" selepas penat menyiapkan bilik Yera aku pun mengelap peluh yang banyak berkumpul di dahi. Kemudian aku mendukung Yera yang sedang menggigit sebuah bola yang disukainya.

 Kemudian aku mendukung Yera yang sedang menggigit sebuah bola yang disukainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pun berjalan ke luar balkoni dengan Yera dipelukanku. Pemandangan di Seoul ini cantik juga, tak seperti yang aku selalu bayangkan "Cantikkan tempat ni Yera? Omma(mak/ibu) tak sangka pun tempatnya secantik ni. Bertuah kitakan??" mungkin Yera belum faham tetapi aku boleh membayangkan ketika dia dewasa nanti... Tentu dia juga gembira.

Pada hari itu juga! Aku tidak membuang masa dan lantas mencari tempat penjagaan untuk Yera. Tak lama lagi aku akan mula bersekolah di sekolah yang baru dan akan mulai sibuk seperti dulu.

2 hari kemudian..

Aigoo..! Hari pertama di sekolah baru. Dan semuanya perlulah sempurna! Aku perlu hantar Yera ke pusat penjagaan dahulu sebelum pergi ke sekolah. Jadi aku pun bersiap dengan cepat, memakai uniform, menyiapkan beg sekolah, menyiapkan barang-barang Yera kemudian barulah selesai. Aku perlahan-lahan mengambil Yera dan telah mengejutkannya dari tidur "Shh!.. Maafkan omma Yera.. Maaf.. Maaf.".

Aku memakai beg sekolah dan mengambil barangan Yera. Aku lantas berlari keluar dan mengunci pintu rumah. Walaupun ianya hari pertama memulakan kehidupan di Seoul ia tetap huru hara.

Di pusat penjagaan,

"Terima kasih banyak!... Tolong jaga dia baik-baik ya kak?? Bye Yera!~" selepas menghantar Yera, sekali lagi aku berlari menuju ke sekolah.

Tiba di sekolah,

Yes! Sampai juga aku ke sekolah! Oh ya... Aku perlu ke bilik guru terlebih dahulu untuk tahu aku akan belajar di kelas yang mana.

Aku berjalan perlahan mencari bilik guru di merata tempat. Mataku melilau ke seluruh tempat tetapi tidak dijumpai langsung bilik gurunya. 😑

Tiba-tiba ada seorang pelajar menegur aku "Maafkan saya??". "Ah.. ya, saya?" aku tak tahu siapa pelajar perempuan ni... Tak pernah sekali pun aku jumpa.

"Awak ni... Pelajar baru ya? Dua hari lepas kawan saya ada cakap yang akan ada murid baru pindah kat sekolah ni. Awakkan??" dia tanya dengan nada yang gembira, jadi aku pun hanya mengangguk sambil tersenyum janggal. "Ah! It's ok! Nama saya Min Sooha. Panggil Sooha je." Sooha berkata sambil menunjukkan tag namanya.

"Oh!.. Maafkan saya, nama saya Jieun. Choi Jieun." kami berdua pun bersalaman. Tiba-tiba terdengar suara lelaki dan perempuan yang tampak seperti sedang bergaduh, sehinggakan kami berdua laju menghadap ke arah suara tersebut.

"Mingyu!😡💢"

"Apa dia..!? Saya dengarlah!😒"

Kata lelaki yang bernama Mingyu itu sambil membetulkan headphonenya di kepala.

"Tipu! Awak tak dengar punlah!"

"Aishh!... Malaslah saya nak layan awak ni sebenarnya. Saya takde mood."

Mingyu pun meninggalkan perempuan itu bersendirian.

"Mingyu! Mingyu-ah!!"

Sooha terus berkata sendirian "Dah mula dah~ Macam budak kecik.". Aku pun terus bertanya pada Sooha "Sooha? Siapa diorang tu?".

"Yang lelaki tu namanya Kim Mingyu. Yang perempuan tu pulak Kim Hyunra.... Teman wanitanya Mingyu." terkejut den...! "Awak pun terkejutkan? Diorang couple dah nak dekat setahun setengah tapi... Tak ramai yang tahu sebab.. Tengoklah! Gaduh je kerjanya..." aku mengangguk perlahan.

Kemudian Hyunra ternampak Sooha dan terus berlari ke arah kami berdua. "Sooha-ya!" Sooha terkejut dengan jeritan Hyunra.

Tiba-tiba Hyunra memukul bahu Sooha. "Weyh! Apa pukul-pukul ni!... Sakitlah! Ish!" Sooha pun memukul bahu Hyunra untuk membalas balik. "Ow!" Hyunra tergelak-gelak sambil mengusap-usap bahunya.

Kemudian Hyunra memandangku dan bertanya kepada Sooha "Sooha? Ini ke budak baru yang Sunhae kata tu?". Sooha hanya mengangguk "Haah, ini Jieun.".

"Oh, hai!~ Saya Kim Hyunra." dan aku pun menjawab namaku sambil bersalam dengan Hyunra "Saya Choi Jieun.". Selepas berkenalan, kami pergi ke bilik guru.

Di bilik guru,

"Baiklah Jieun.~ Kamu.. ah!.. Tepat-tepat je kelas pertama saya! Kelas 5-B. Apa kata kamu ikut je saya ke kelasnya nanti?" cikgu itu memberikan aku sebuah kunci loker dan sekeping kertas jadual.

"Terima kasih cikgu!~" aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu Kyungha.

Selepas cikgu itu pergi membuat kerja lain sebentar, Sooha dan Hyunra datang mendekatiku. "Awak dapat kelas apa?!" Hyunra bertanya dengan perasaan tertanya-tanya.

Aku pun menjawab "Kelas 5-B.". "Alah!..." mereka berdua menjawab serentak dengan nada hampa jadi aku pun tanyalah kenapa,nampak sedih sangat.

Mereka berdua berpandangan dahulu sebelum berkata "Kitorang berdua kelas 5-A..." Kata Sooha dan terus memuncungkan bibirnya.

"Ha! Tapi tak mengapa.. kirorang ada beberapa kawan kat kelas tu!" kata lagi Hyunra. Dan muka kami bertiga kembali bersinar.

Selepas lama berborak, loceng terakhir dibunyikan jadi Hyunra dan Sooha bergegas untuk pergi ke kelas mereka manakala aku akan pergi bersama guru kelas aku, cikgu Kyungha.

Bersambung...
_______________________________________________________________
Sorry if yg ni pendek sngt...
Sbb xde cukup masa sangat sebenarnya msa tngh wat fanfic ni.
Dan klo x best blh tulis kt comment section, ap yg korg rsa x best tntng citer ni.
Ok? Anyway tq sbb bca nnti sya akan cuba wat lgi baik dri yg ni. Bye!~

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now