S.Coups P.O.V,
"King.. ada keluarga ke?.." aku meneliti gambar tersebut.
Kemudian aku meneliti gambar seorang budak perempuan yang sedikit tembam. Aku rasa aku pernah jumpa budak ni dulu.. tapi bila??
Kemudian aku terdengar suara beberapa lelaki di depan bilik aku berada. Aku pun menyorok.
Aku menjenguk ke luar pintu kaca bilik tersebut. Pengawal King sedang meronda kawasan rumah. Sambil itu, kedengaran suara mereka sedang berborak.
" Kau rasa betul tak??"
"Tak kot.. Merepek."
"Aku cakap betul!.. King sekarang mesti tengah bengang."
"Kau pasti ke dia tengah cari budak tu?-"
Kemudian perbualan mereka semakin rendah dari pendengaran aku. Aku pula tertanya-tanya tentang maksud disebalik perbualan pengawal-pengawal itu.
"King tengah cari seseorang?? Pulak!..."
Aku keluar dari bilik itu secara senyap-senyap.
Jeonghan P.O.V,
Kami berempat jalan di sepanjang terowong yang sempit tersebut.
Kalau tengok sekilas tadi.. nampak macam tempat bersejarah zaman Jepun dulu pulak...(jkjk)
"Asal aku rasa segham sejuk kat jalan ni?.." tanya Hoshi menggigil.
"Ada hantu kat bahu kau kot." Sindir Jun.
"HAHHH!?!?" Jerit Hoshi sambil mengibas-ngibas kedua-dua belah bahunya dengan lintang pukang.
"Hoshi!.. senyaplah! Mana ada hantu!💢" tegur Hyerin yang berada di depan Hoshi. Tak senang dia nak jalan dengan perangai yang sebegitu rupa. Tch tch..
Aku pula mengetuai mereka di hadapan.
Aku yang minta kerja nak selamatkan Sooha ni... sebab sejujurnya, aku... minat pada Sooha. Tapi Hoshi selalu dapat perhatian Sooha sebab mereka membesar bersama. Perangai Hoshi yang kelam kabut dan kebudak-budakkan tu lah yang aku nampak membuatkan Sooha lebih menjaga Hoshi dari yang lain. Aku cemburu....
FLASHBACK,
9 tahun yang lalu..,
Jeonghan P.O.V,
"Hari ni kena pergi sekolah... kenapalah mama suruh aku pergi sekolah awal-awal?.. Pergi lambat sikit pun bolehkan?.."
Aku berkata sendirian dan terus menguap. Ketika aku menggelamun, ada satu tapak tangan memegang bahu kanan aku. Aku pun melihat orang yang berada di sebelah kanan aku itu, Dino dan Sunhae.
"Dino.. Sunhae... Korang berdua memang selalu datang awal ke?.."
"Tentulah!~ Saya kejutkan Dino pagi ni sebaik sahaja saya sampai rumah dia!" Kata Sunhae dengan bertenaganya.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...