Bab 26 : Workshop lama dan suspek Sooha

82 14 0
                                    

S

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

S.Coups P.O.V,

Workshop?...

"Buat apa nak pergi workshop??" Tanya Sooha.

"Tengok jelah nanti. Jom!" Jawab Yoonbi dan berjalan keluar. Aku dan Sooha menukar pandangan. Kemudian kami pun mengikut Yoonbi keluar dari biliknya.

Tiba-tiba... Pintu rumah tiba-tiba sahaja dibuka. Seorang lelaki berusia 50-an kelihatan memasuki rumah. Yoonbi dan kami berdua tercegat sambil menukar pandangan dengan lelaki tersebut.

"A-Appa(ayah)...".

Aku dan Sooha lantas memandang Yoonbi dan lelaki berusia itu silih berganti. Lelaki ni rupanya ayah Yoonbi.

"Kau..."

Ayah Yoonbi berkata sesuatu.

"Kau... Siapa suruh kau balik?!" Marah pula ayah Yoonbi.

"Salah ke Yoonbi nak balik rumah ni?.. Yoonbi membesar kat rumah ni... Takkanlah appa dah lupa." Terang Yoonbi.

"Dah berapa tahun kau tak jejakkan kaki kau kat rumah ni kau ingat aku kisah?? Aku... Tak pernah lahirkan anak macam kau. Lebih baik kau keluar sekarang.. kalau tak-"

"'Kalau tak' apa?!.." Yoonbi mula bersuara.

"Appa... Apa salah Yoonbi sampai appa nak cakap macam tu tentang Yoonbi?.. Yoonbi tahu Yoonbi dah buat salah sebab tinggalkan appa. Tapi appa langsung tak kisah pun bila Yoonbi keluar dari rumah ni, jadi kenapa appa nak cakap macam ni semua salah Yoonbi?!" Yoonbi menjerit pada ayat akhirnya tidak dapat mengawal kesabarannya lagi.

"Sebab aku takkan mengaku yang aku ada apa-apa dengan 'perempuan' yang kau sendiri mengaku mak kau tu!.." jawab ayah Yoonbi.

Yoonbi mengangguk seperti menandakan yang dia faham dengan apa yang ayahnya sampaikan.

"Baiklah... Ini semua.. mesti sebab 'isteri baru' appa tu betulkan?.. Dia.. dah dapat semuanya sekarang. Appa ni.. memang tak berhati perut!.. Jahat! Tak guna!!!" Yoonbi menangis sambil menjerit kepada ayahnya.

"Eishh.. Budak ni kan!.." ayah Yoonbi berjalan ke Yoonbi yang berada di depan kami. Dia berhenti untuk menampar Yoonbi.

Aku lantas memegang lengan ayah Yoonbi untuk menghalang dia daripada meneruskan niatnya untuk menampar Yoonbi. Dia cuba melepaskan lengannya dari genggaman aku. Genggaman aku semakin kuat dan aku melepaskan lengannya dengan kasar.

"Kau pulak siapa?!" Marah ayah Yoonbi sambil memegang lengannya yang merah dek genggaman aku yang kuat tadi.

"Akulah orang yang bawak Yoonbi keluar dari rumah kau yang buruk ni." Jawab aku dengan selambanya.

"Heh.. macamlah rumah kau cantik sangat. Budak tak matang takkan faham apa yang diorang kata sendiri.. heh!.." sindir dia kepada aku.

"Oh tak!.. Saya tinggal kat banglo sendiri di 'SW VVIP' dengan kawan-kawan saya. Yoonbi pun tinggal kat banglo mewah yang dibeli keluarga saya." Aku mula menunjukkan keangkuhan aku dengan bercakap tentang kemewahan kami.

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now