Bab 34 : 'Happy Ending'

135 11 3
                                    

(bolehlah buka lagu tu, kalau rasa sunyi ke.. nak feeling baca ke kan? Haha! Selamat membaca!)

Di hospital,

Yoori P.O.V,

Aku berjalan ke hulu ke hilir di depan sebuah bilik di mana Eunri berada. Yera juga berada di tempat duduk sedang melihat aku.

"Aunty..." Yera bersuara dan ianya memberhentikan aku serta merta.

"Omma.. sakit ke?.." tanya Yera.

Aku pun duduk mencangkung di depan Yera dan memegang tangannya. Dia mungkin risau kerana Eunri kelihatan sihat sahaja tetapi tiba-tiba sahaja dimasukkan ke hospital.

"Omma Yera, tak sakit pun. Yera risau ke?.." tanya aku. Yera menganggukkan kepalanya perlahan. Aku pun mengusap pipi Yera dengan lembut.

Kemudian, doktor dan pembantunya keluar dari bilik Eunri. Aku lantas bangun dari posisi mencangkung dan berdiri menghadap doktor.

"Doktor?? Macam mana? Dia tak apa-apa?" Tanya aku dengan risaunya.

"Dia baik-baik sahaja, dia dah sedar jadi janganlah risau. Mungkin dia cuma pengsan disebabkan ingatannya yang dah kembali sekarang." Terang doktor itu.

"Ingatan dia.. dah kembali?.." tanya aku.

Doktor mengangguk.

Dia menyuruh aku dan Yera untuk masuk ke dalam bilik dan melihat Eunri. Jadi kami berdua masuk ke dalam bilik tersebut.

Kelihatan Eunri sedang terbaring di atas katil hospital. Dia memandang dinding putih yang kosong dengan senyap.

"Omma..." Sebaik sahaja kami masuk, Yera terus memanggil Eunri. Eunri pun menoleh ke arah kami.

"Akak Yoori.. Yera, mari sini." Kata Eunri sambil menghulurkan tangannya.

Yera berlari anak ke arah Eunri dan memegang tangannya. Aku pula menutup pintu bilik dengan perlahan dan berjalan ke arah kerusi kosong di sebelah katil untuk duduk.

"Akak.. maaf saya terpaksa susahkan akak." Kata Eunri.

"Tak apa.. kamu kena rehat, kamu mesti terkejut sebab kamu dah dapat ingatan kamu semula." Terang aku. Eunri mengangguk.

"Akak?... Boleh tak saya nak minta sesuatu?.." tanya Eunri.

"Eunri nak minta apa?.." tanya aku.

--------------------------------------------------------------
Jieun P.O.V,

Keesokan harinya,

Aku telah dapat keluar dari hospital. Aku pergi ke balai polis.. di mana Seungcheol dan rakan-rakan aku berada.

Aku ingin berjumpa Seungcheol... Sekejap pun tak apa. Asalkan dia tahu aku dah dapat memori aku balik.

"Kamu boleh masuk sendiri?" Tanya akak Yoori yang berada di sisi aku.

Aku mengangguk.

Bila tiba giliran aku untuk masuk, aku terasa berdebar untuk berjumpa dia semula. Kesian dia, aku dah buat jahat juga pada dia.

Aku duduk di tempat yang disediakan. Aku menunggu kehadiran Seungcheol dengan perasaan yang risau. Apa dia akan fikir tentang aku sekarang ni?..

Seperti yang ditunggu-tunggu.. Seungcheol masuk ke dalam bilik bertentangan aku. Dia kelihatan sangat teruk, aku hampir mengeluarkan air mata aku melihat dirinya yang kusut.

Seungcheol memandang aku dan matanya terbeliak. Dia dipaksa duduk oleh pegawai yang bertugas mengambilnya tadi.

Ganggang telefon yang berada di sebelah kanan dinding kami diambil. Aku memulakan perbualan kami.

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now