Jun P.O.V,
"Jieun?..."
Jieun memandang ke arah kami semua dengan reaksi yang bersimpati. Betul ke dia.. ada kaitan dengan polis-polis ni?..
"Jieun!.. Apa semua ni?!" Tanya S.Coups dengan marahnya. Sehinggakan dia hampir berdiri dari tempat dia duduk sebelum polis sempat menahan dia dari berdiri.
"Dia adalah anak kepada keluarga yang bekerja dengan keluarga kau, Choi Eunri." Kata wanita itu.
"Saya dah agak.. tapi, awak pula siapa?!" Tanya Sooha yang masih duduk di lantai.
"Nama saya, Go Yoori. Saya dari unit kes jenayah yang dah lama cari awak semua. Awak semua bekerja untuk mak dan ayah awak semua sebagai pewaris, dibantu dengan beberapa budak perempuan.. termasuk Eunri, atau yang awak semua kenal.. Jieun." Kata wanita itu sambil mendekati Jieun.
"Aku.. aku tak faham!..." S.Coups kelihatan kecewa sehingga menjatuhkan mukanya memandang ke bawah.
"Dia masih tak ingat apa-apa tentang awak semua jadi jangan perasan sangat." Kata lagi wanita yang bernama Yoori itu.
Kami hanya terpaku dengan muka yang terkejut. Kami semua cuba memproses keadaan tersebut di dalam otak kami. Kami semua diam tak terkata.
Sehinggalah aku perasan yang Yoori mengarahkan polis-polis lain untuk bergerak. Kami disuruh bangun seorang demi seorang dan ditarik masuk ke dalam kenderaan polis. Rupanya mereka diarah untuk membawa kami ke balai.
S.Coups P.O.V,
Ketika giliran aku tiba untuk ditarik masuk ke dalam kenderaan polis, aku sempat memandang ke arah wajah Ji-... Bukan, Eunri. Dia juga memandang ke arah dengan wajah yang serba salah.
Aku pun kecewa... Aku ingat aku dapat peluang kedua untuk cuba menyayangi dan disayangi, tapi nampaknya aku tak layak.
Aku ditolak dengan kasar untuk masuk ke dalam kenderaan tersebut. Aku hanya menatap kepada satu arah yang kosong.
Jieun P.O.V,
Aku berasa risau.. tanda tanya memenuhi kotak fikiran aku. Betul ke apa yang aku buat ni?.. Aku pun tak pasti..
Sekarang aku baru tersedar... Ada baiknya kalau aku tak masuk campur dalam hal mereka sejak mula.
FLASHBACK,
Setelah mengambil Yera dari pusat penjagaan kanak-kanak, aku pun bergegas pergi ke tempat perhentian bas berdekatan.
""Maaf Yera, kalau omma lambat. Tadi cikgu omma minta tolong sikit... Maaf ya sayang~" kata aku sambil mengusap-usap kepala Yera dengan lembut.
Beberapa saat kemudian, bas destinasi aku pun sampai dan aku lantas pergi ke pintu bas untuk masuk. Aku terus pergi ke tempat duduk yang kosong.
Sebenarnya... Aku sedang menuju ke.. bangunan pegawai polis atasan. Aku tiba-tiba sahaja dipanggil malam semalam melalui telefon. Aku harap tiada apa-apa kesalahan yang aku dah buat..
Sampai di destinasi...,
Aku masuk ke dalam bangunan tersebut, melihat ke kiri dan ke kanan.. memikirkan tentang arah yang aku patut pergi. Kelihatan janggal pada sesiapa sahaja... Sebab aku berdiri sambil memegang Yera dengan memakai baju sekolah.
Aku berasa amat janggal, sehinggalah..
"Cik.. Choi.. Jieun??" Seseorang menegur aku.
Aku memandang ke arah tuan empunya suara, dia kelihatan seperti orang yang berada di dalam umur anggaran 30-an. Uniform polis lengkap, cuma tanpa topi uniform.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Rastgele°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...