S.Coups P.O.V,
"Choi Seungcheol!?" Gong Chil terkejut melihat aku muncul di hadapannya.
Aku menggenggam kuat tangannya sehinggakan dia menjerit dan melepaskan genggaman aku dari tangannya.
"Shit!!" Dia mengusap lengannya. Dia terus memandang aku tidak berpuas hati.
"Kau ni siapa sebenarnya!? Kau nak cari pasal dengan aku ke!?" Tiba-tiba sahaja dia memarahi aku.
Air liur pun sampai terbang-terbang, ingat aku takut ke? Aku dengan bersahaja, mengelap pipi aku.
"Aku rasa... kau yang salah ni. Sebab kau yang cari pasal dengan geng aku dulu. Betul tak?" Aku merapatkan muka aku dengan Gong Chil untuk berbalas pandangan tajam laser.
"Kau ingat kau hebat? Aku gangster nombor satu sekolah kau tahu tak?" Kata Gong Chil.
Aku tersengih dengan kenyataan ayat 'penyata' dia. Jadi tanpa ragu-ragu, aku pun berkata...
"Aku tahu... kau gangster, thats right. Tapi... Aku ni pewaris kumpulan mafia nombor satu kat daerah ni... faham tak??"
Muka Gong Chil menunjukkan riak yang runsing. Aku tersengih, sebelum aku pantas menumbuk perut Gong Chil. Aku menendang tepat ke dadanya sehingga dia terundur ke belakang dan jatuh.
Dia bangun dan berlari ke arah aku dengan tangan penumbuknya untuk membalas balik, tetapi sayang... aku elak.
Dia memandang ke arah aku yang masih berhampiran dan cuba menendang kepala aku tapi aku sempat menunduk dan mencelah ke arah belakangnya, aku pun menendang belakang Gong Chil sekuat hati sehingga dia terduduk.
Kami berdua berlawan sekuat hati. Sehinggalah kami berdua penuh dengan kesan lebam dan luka pada badan dan muka kami.
Sehinggalah Gong Chil cuba untuk menumbuk aku semula, tetapi aku sempat memegang tangannya dan menarik dia untuk rapat dengan aku. Aku dengan lajunya menggunakan lutut aku untuk menyerang perut dia beberapa kali, dan aku pun menendang bahagian sebelah pinggang Gong Chil dengan kuat dan penuh kebencian.
Gong Chil terduduk di atas tanah jalan tar dengan termengah-mengah. Aku pergi kepada dia dan mengangkat dia menggunakan kolar baju, aku mengheret dia ke dinding. Lalu, aku berbisik kepada dia,
"Aku takkan serang kau lagi kalau kau tak cari pasal dengan aku. Dan lagi satu.. kalau kau berani cakap tentang hal ni kat orang lain... aku akan pastikan lepas ni, hidup kau akan sengsara sepanjang hayat kau. Faham?..."
Aku menghentak badan dia pada dinding sebelum melepaskan kolar bajunya. Dia pun terduduk kembali di atas jalan tar sambil memegang perut dia.
Aku memegang tangan Jieun dan mengambil beg aku. Aku membawa Jieun pergi jauh dari situ dan hanya membiarkan Gong Chil berseorangan.
Aku memberhentikan langkah aku ketika kami berada di sebelah sebuah taman. Bunyi kereta yang melepasi kami dan suara budak-budak bergelak ketawa adalah bunyi-bunyi yang memenuhi situasi kami ketika itu.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
عشوائي°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...