Bab 32 : Keadaan yang Berputar Belit

82 8 0
                                    

S.Coups P.O.V,

Aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku.. kena bertenang..

Kenangan dan memori aku yang terdapat Eunri bermain di fikiran aku. Aku.. ada terlepas sesuatu ke?

"Seungcheol~ Awak ingat hari jadi saya ke?? Terima kasih!~" hari jadi dia..

"Seungcheol.. terima kasih selalu jaga saya~" masa kami kena kejar dengan musuh papa..

"Seungcheol!?... Kalau.. saya buat salah pada awak.. tolong maafkan saya.. ya?.." beberapa malam sebelum dia kena bunuh...

"Seungcheol!!!!"

Aku terbangun terduduk dari katil. Minda aku tiba-tiba serabut, tak tentu arah.

Aku terus mencengkam bantal-bantal yang ada di atas katil aku dan mencampaknya ke lantai sambil menjerit.

Kemudian aku pergi ke meja sofa aku dan mula menolak semua barang dari atas meja ke lantai. Aku menjerit berterusan. Sehingga.. aku terfikir sesuatu.

Tapi bila aku fikirkan balik...

Jieun...

Eunri...

Diorang hampir sama...

Jieun jarang panggil aku Coups.. macam Eunri.

Mungkin ke?...

*-Bam!!-*

Pintu bilik aku terbuka dan ianya mengejutkan aku. Terpampang muka Jeonghan yang risau selepas membuka pintu.

"Weyh, Coups! Kau ok ke tak?! Kenapa kau jerit tadi?!" Tanya Jeonghan. Dia bergegas berlari kepada aku dan memeriksa badan aku dan bilik aku.

"Kau buat apa?!" Jerit Jeonghan setelah nampak bilik aku yang bersepah.

"A-Aku... Aku risau.. Jadi aku teringatkan.. Eunri. Maaf buat kau pulak risau." Terang aku kepada Jeonghan. Jeonghan menghembuskan nafasnya untuk bersabar.

"Seungcheol??"

Suara yang aku tunggu-tunggu... Jieun.

"Awak.. ok, kan?"

Yera yang berada di pangkuan Jieun mula merengek. Jieun pun cuba untuk menenangkan Yera.

Aku berjalan ke arah Jieun.

"Bagi saya Yera tu.." Jieun pun memberikan Yera kepada aku. Aku berjalan sambil membawa Yera ke bawah.

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now