"So bila kita nak kumpul Coups!?" Vernon mengangkat tangannnya dan lantas bertanya.
"Tengahari nanti balik sekolah terus kumpul rumah kita. Lepas dah settle planning, kita kumpul balik pukul 4.00. Clear??" Terang Seungcheol.
"Um.. lagi satu, Jieun? Awak akan ikut kami sekali.. bolehkan?" Aku ternganga sehingga tak terkata. Sebab aku kena jaga Yera.
"Tapi.. saya kena jaga Yera." Aku menjawab kepada Seungcheol. Semua orang kelihatan pelik melihat aku.
Wonwoo memandang aku dan kemudian sekeliling sehingga akhirnya dia bertanya "Yera siapa??"
"Oh!~ Anak awak tu ya?!~" Yoonbi tersebut dengan kuat. Aku terkejut, sebab macam mana mereka boleh tahu?
"Macam mana awak semua tahu??" Sehingga terbeliak dua dua biji mata aku.
"Jieun dah bagitahu aku tadi. Itu sebenarnya bukan anak kandung dia, dia jumpa bayi tu masa dalam perjalanan balik dari sekolah masa dia 16 tahun dulu.. Mak ayah dia pula mati masa dia 13 tahun. Plus... Tahun sama Eunri tinggalkan kita."
Semua orang terkejut setelah mendengar penerangan dari S.Coups tentang perkara yang sebenarnya berlaku.
"Ah!~ Kalau macam tu tak apalah. Mak saya boleh jagakan untuk awak! Ayah saya sibuk sekarang ni.. Tak ada masa nak temankan mak saya.." Seungkwan berkata dan kembali menghirup sup rumpai laut yang ditiup-tiup nya sejak tadi.
"Betul ke Seungkwan??" Aku teruja. Boleh ke aku percaya budak Seungkwan ni ya??
"Betul!.. Jangan risau. Mak saya sukakan budak. Jadi kalau setakat Yera tu apa salahnyakan??" Kalau macam tu... bolehlah agaknya aku percaya.
"Ok! Kalau macam tu settle! Balik nanti kita ambil Yera, lepas tu terus kumpul." Jeonghan berkata dengan semangatnya. Semua orang pun kembali ceria semula.
Sooha P.O.V,
Bosannya... apalah rasanya kawan-kawan aku tengah buat waktu ni?..
Aku pulak boleh tidur je..Aku harap sangat sebenarnya untuk diorang selamatkan aku. Aku sangat berharap diorang sempat selamatkan aku. Ada banyak benda yang aku nak ceritakan kat diorang tentang Eunri..
Lagi-lagi S.Coups.Jieun P.O.V,
Selepas balik dari sekolah, seperti yang dibincangkan. Kami semua pergi ke pusat penjagaan kanak-kanak di mana Yera berada.
Jadi sebaik sahaja aku keluar dengan Yera di dakapan aku...
"Aaa!! Comelnya.~~><" -Sunhae
"Yera ke ni?.. Wa.. Betul-betul bayilah.." -Hoshi
"Habis tu kau ingat dia apa selama ni Shi?..." -Wonwoo"Uwuwuwuwuwu OwO."-Yoonbi
Ah... diorang memang tak pernah jumpa bayi agaknya.. Hehe..he..he..
"Wah!~ Comelnya!~ Boleh tak kalau saya nak pegang dia??" Tanya Hyunra dengan terujanya. Aku pun memberi Yera kepada Hyunra.
Tiba-tiba Mingyu datang di sebelah Hyunra dan mula bermain dengan Yera bersama. Tapikan... babak ni.. tak ke nampak macam sweet sangat kalau tengok dari jauh?
Aku pun menyiku lengan Yoonbi dan menegur Sunhae,Dino dan Hyerin.
"Korang cuba tengok tu. Sweetkan??~^^" aku kata sambil menunjuk kepada Mingyu dan Hyunra yang masih leka bermain dengan Yera.
Kami pun terbatuk-batuk tipu untuk menyedarkan mereka. Mereka berdua lantas memandang ke arah kami berlima.
"Korang ingat.. ehem.. sweet ke?~" Dino menyindir mereka berdua dan kami semua pun tergelak kecil.
Mingyu dan Hyunra berpandangan dan apabila muka mereka semakin merah mereka menjauh dari antara satu sama lain.
Mingyu P.O.V,
Ish!.. Kanak-kanak Ribena ni tak habis-habis nak menyakat orang. Aku memandang ke arah Hyunra kembali dan memberanikan diri untuk bercakap dengan dia."Hyunra?.." dia pun memandang aku dengan Yera yang masih dipegang.
"Maafkan saya Hyunra... Saya cuma... Saya tqhu dan saya baru saja sedar yang... Saya banyak buat salah dengan awak.Boleh tak...-" aku tak sanggup untuk menyambung lagi ayat aku.
"Saya maafkan awak... Dan awak nak kita jadi macam dulukan? Tapi..!" Aku menumpu kepada apa yang Hyunra ingin katakan.
"Awak kena janji yang awak akan layan saya dengan baik kali ni!.. Kalau tak saya takkan bagi awak peluang lagi. Ever!" Kata Hyunra dengan muka yang serius.
"Ok..ok. Sorry." Aku meminta maaf sekali lagi kepada Hyunra.
S.Coups P.O.V,
"Baiklah. Terima kasih!~" aku keluar dari pintu pusat penjagaan tersebut dan menuju ke ahli-ahli yang lain."Ah, Coups! Apa kau buat tadi?? Lama gila kot kau kat dalam tadi." Tanya Jeonghan. Tanpa menjawab aku menoleh ke arah Jieun yang berada di sebelh Jeonghan sedang berborak dengan Yoonbi dan Sunhae.
"Jieun!" Aku memanggik Jieun. Dia pun terus memandang aku.
"Selepas ini.. Awak tak payah risau kalau awak kena balik lambat ok? Saya boleh ambil Yera." Mata Jieun terbeliak seakan tidak percaya.
"Seriously??" Dia bertanya dengan nada yang gembira. Aku mengangguk untuk menjawab soalannya.
"Terima kasih lagi ya Seungcheol?.." dia tersenyum dengan gembira kepada aku.
Selepas babak-babak sweet tu dah lepas, kami pun berjalan dengan pantas menuju ke rumah untuk betbincang tentang rancangan menyelamatkan Sooha.
??? P.O.V,
"Eh!.. Eh!.. Apa ni!? Seungcheol!! Takkan kau dah jatuh cinta dengan perempuan gatal tu!? Ish!.. Tak boleh jadi ni!
Fuhhh... Takpelah, kita tengok nanti... Bila aku pindah kat sekolah korang. Seungcheol akan jadi milik aku seorang je..."Aku tersengih sendirian apabila terbayangkan rancangan yang akan aku laksanakan untuk merampas balik lelaki pujaan aku itu.
Dulu aku bersusah payah nak dapatkan Seungcheol sebab perempuan tak guna yang bernama Eunri tu. Bapa Seungcheol hampir sahaja bersetuju dengan hubungan diorang.. tqpi disebabkan akal aku tang cerdik... Bapa Seungcheol bantah dengan hubungan mereka berdua.
Tapi sekarang ni apa pula?! Budak baru tu pula dah berlagak macam Seungcheol tu dia punya. Geramnya!!
Takpe... Aku pun pasti Seungcheol dah tak cam aku. Sebab sekarang aku dah jadi lebih cantik dari dulu... dan dengan itu, qku akan gunakan kecantikan ni untuk rampas Seungcheol. Easy peasy.~~
Bersambung...
__________________________________________Huhu... Penat lah plk... Bnyk krja nk kna buat tpi mlsnya.. Jdi maaflh klo pendek... Nnti saya akn cuba lagi cari masa lapan and lebih rajin.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...