Bab 3 : Siapa 'backup' siapa??

145 19 0
                                    

"Hyung.. Biarlah dia duduk dengan kita. Apa salahnyakan?.." kata Hoshi.

"Lagipun... Dah lama jugak sekolah kita tak ada murid baru. Betul tak??" kata pula DK.

"Haah!... Lagipun dia bukannya ada buat salah kat kita. Kesianlah dia!.." Sooha menyokong.

"Habistu! Kalau dia ni sebenarnya musuh kita yang sedang menyamar pura-pura baik?! Tetap nak kawan dengan dia?!" Muka S.Coups kelihatan merah kerana menahan perasaan marahnya. Pelajar-pelajar lain yang masih berada di kafeteria itu mula melihat ke arah kami semua.

"Sabarlah Seungcheol... Apsal kau marah sangat?.." Jeonghan berdiri di sebelah... Seungcheol. Jeonghan meletakkan tangannya di bahu Seungcheol memujuk dia bertenang, tetapi dia menepis sentuhan Jeonghan itu.

"Yang korang semua ni nak backup dia sangat ni kenapa?! Takde guna punlah nak backup perempuan macam dia!" Seungcheol kali ini memang sudah merasa bengang dan hanya melepaskan apa yang dia mahu katakan tanpa berfikir lagi.

"Seungcheol! That is enough!!.." jerit Sooha sambil berdiri dari tempat duduknya. Aku tidak mahu memecahkan persahabatan mereka semua! Apa yang aku perlu buat ni?...

"Sooha. Tak mengapa..~" aku bangun dari tempat dudukku sambil mengangkat pingganku yang masih ada sebilangan makanan yang aku belum sempat habiskan. Dan mata semua orang dituju kepada aku sekarang.

"Kalau Seungcheol tak nak saya ada dekat sini, saya boleh je makan seorang." aku senyum kepada Sooha dan melihat Yoonbi,Sunhae dan Hyunra. "Sunhae,Yoonbi? Kita jumpa kat kelas je ya?.. Bye Hyunra." aku pun terus berjalan pergi dari meja itu.

Hyunra P.O.V

"Jieun...!" aku sempat memanggil namanya, tapi Jieun langsung tidak memandang ke arahku dan aku hanya memandang ke arah Jieun yang masih berjalan dengan rasa simpati. Sampai hati Seungcheol tuduh Jieun macam tu... Apa masalah dia sebenarnya?!😡

"Biar jelah dia pergi. Awak boleh tak jangan nak jadi kebudak-budakkan sangat?? Menyampahlah!.." kata Mingyu sambil mencedok makanannya untuk dimasuk ke dalam mulutnya. And 'that is enough' for you too.. Kenapa aku jatuh cinta kat mamat ni dulu ya?? Dia ni sebijik je macam mamat Sekup tu!

Lalu aku dengan ekspresi marah, bangun dari tempat dudukku sambil mengangkat pinggan. Aku hampir melangkah pergi dari meja itu sebelum... "Awak nak pergi mana?!" tanya Mingyu sambil memegang lenganku.

"I'm sorry Mingyu..." aku mengeluh seketika sebelum menyambung ayatku "Saya harap awak dapat jumpa wanita yang lebih bagus daripada saya... Kita putuskan je hubungan ni." aku tidak sampai hati untuk melihat muka Mingyu pada masa itu dan melepaskan genggaman Mingyu dan berlalu pergi mencari Jieun.

Sooha P.O.V,

Adakah... Apa yang aku dengar ni betul?? Aku dah pekak ataupun memang perkataan itu keluar dari mulut Hyunra?.. Kesian pula dengan Mingyu tapi kesian lagi Jieun..! Ish! S.Coups ni menuduh je tahu! Kalau rahsia kita terbongakar nanti macam mana?! Tak matang betul!...

Tiba-tiba Yoonbi yang berada di sebelah aku menepuk peha aku untuk memberitahu sesuatu. "Aku takde seleralah duduk sini.. Ikut Hyunra jom." Yoonbi berbisik ke telingaku. Aku mula memandang kiri dan kananku sebelum bangun.

Aku juga mengajak Hyerin untuk pergi tetapi dia memandang Woozi sambil berkata sesuatu "Hyerin!" aku menjerit memanggil Hyerin. Dia pun bergegas berlari ke arahku. Kami berlima pun berjalan ke luar kafeteria untuk mencari Hyunra dan Jieun.

MY P.O.V,

Ahli-ahli lelaki yang ditinggalkan tadi lantas berasa tidak puas hati. Seungcheol,Mingyu,Hoshi,Woozi, dan Seungkwan mempunyai sedikit konflik yang membuatkan mereka tidak berpuas hati di antara satu sama lain. Tetapi Jeonghan cuba menenangkan keadaan dengan menyuruh mereka berbincang di rumah nanti.

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now