Jieun P.O.V,
"Saya akan cari King." Jawab Seungcheol. Tapi King mesti ada ramai pengawal.
"Woi. Takkanlah kau nak pergi seorang?.." tanya Jeonghan dan terus bergegas ke sebelah Seungcheol.
"Aku seorang jelah.. takkan aku nak heret ramai-ramai.."
"Mestilah kena ramai!.. King kot tu!.. Aku serius tau ni! Aku ikut kaulah!.." Risau Jeonghan.
"Jeonghan, kau tak payah risau. Ok?" Seungcheol menepuk-nepuk bahu Jeonghan sambil tersenyum.
Jeonghan pun hanya mengangguk dengan perlahan walaupun aku tahu hati dia juga berasa takut jika kehilangan kawan baiknya.
"Dah. Korang pergi gerak dengan diorang. Hyunra, jaga Jieun."
Hyunra yang berada berdekatan hanya mengangguk.
Semua ahli pergi ke tempat yang telah ditentukan, aku kembali melihat ke arah belakang Seungcheol yang sedang pergi ke arah lain.
Hyunra menarik aku untuk mengambil tempat dengan segera.
MY P.O.V,
Apa rancangan kumpulan mereka? Macam mana dan apa yang perlu mereka lakukan?? Mari kita bincangkan.
Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan bersama dengan ahli pembantu mereka.
•S-Coups sebagai leader ingin melakukan misinya seorang diri iaitu membunuh King.
•Team 1 : Jeonghan,Hyerin,Jun,Hoshi (ditugaskan untuk menyelamatkan Sooha)
•Team 2 : Joshua,Mingyu,Hyunra,The8,Jieun (menyelesaikan pengawal di dalam rumah King)
•Team 3 : Woozi,Wonwoo,DK,Seungkwan,Vernon (berpura menjadi pengawal King yang akan memporak perandakan suasana secara senyap-senyap)
•Team kawalan: Dino,Sunhae,Yoonbi (berada di bilik kawalan dan memerhati keadaan rumah)Ahli perempuan mempunyai tempat yang sangat penting oleh disebabkan mereka tidak berapa diketahui oleh orang-orang lain di dunia mafia.
1. Jieun akan berlakon seperti dia adalah maid yang baru di rumah King. Jadi dia akan berlakon untuk memberikan air yang diletak ubat tidur kepada pengawal-pengawal di depan bilik King. Seterusnya pula pengawal berdekatan bilik bawah tanah.
2. Team 1 akan bergerak secara senyap-senyap untuk ke bilik bawah tanah.
3. Team 2 akan bersiap sedia jikalau ada benda yang terjadi kepada team 1 di dalam rumah semasa di dalam perjalanan mereka ke bilik bawah tanah.
4. Team 3 akan membunuh beberapa pengawal di luar rumah dan meminta bantuan team kawalan untuk membunyika siren rumah.
5.Team 1 perlu menyelamatkan Sooha sebelum siren rumah King berbunyi dan membawa dia keluar dengan segera.
Tetapi persoalannya..., dapatkah Seungcheol membunuh King?? 🤷♀️
Jieun P.O.V,
Aku bergerak dengan perlahan ke dapur rumah King yang kosong. Dengan segera, aku mengambil satu jag air besar dan mengisi air minuman di dalamnya, kemudian aku menuangkan serbuk ubat tidur ke dalam air tersebut.
Aku keluar sambil membawa troli makanan yang terdapat air minuman di atasnya. Aku cuba untuk menahan perasaan gugup aku ketika berjalan menuju ke bahagian yang terdapat pengawal berjaga.
Umpan pertama aku dikenalpasti, ada dua orang lelaki memakai sut hitam dan berkaca mata hitam berdekatan pintu bilik bawah tanah. Aku berjalan menghampiri mereka dengan perlahan.. sehingga aku berada dekat dengan mereka...
"Tunggu!.."
Seorang pengawal tersebut memanggil aku. Hati aku pula berdegup kencang. Dia berjalan ke arah aku dengan muka bengis.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...