"Macam mana awak tahu??.." mata Jieun yang terbeliak memandang ke arah aku.
"Perlu ke aku jawab soalan kau kalau soalan aku pun tak dijawab lagi?"
Dia menghembus nafas.
"Ok..., Sebelum tu, saya nak awak open minded.. bolehkan??" Dia memandang aku kembali. Aku pun hanya mengangguk bersetuju.
"Sebenarnya... bayi tu saya jumpa masa saya jalan balik dari sekolah. Waktu tu saya baru 16 tahun, saya jumpa dia dalam semak... diletakkan dalam kotak dan cuma berbalut tuala merah yang kecil je.. saya terdengar budak kecil menangis jadi saya pun cari dari mana datangnya bunyi tu, lepas itu saya terjumpa dia.. jadi saya jaga dia."
Aku tergamam.
Jadi... apa yang kami semua fikir selama ini... tak betul.Aku betul-betul terkejut dengan apa yang diberitahu Jieun tadi.
"Mak dan ayah awak... tak kisah ke?" Tanya aku dengan simpatinya.
"Mak dan ayah saya dah tinggalkan saya dah 4 tahun lalu. Lepas tu saya tinggal dengan mak dan ayah angkat saya. Selepas 3 tahun berlalu, saya jumpa bayi tu, kemudian mereka pun mati jadi saya terpaksa berseorangan."
Aku mengangguk tanda memahami apa yang dia jelaskan. Bila difikirkan balik aku rasa semakin bersalah, lagipun aku pernah tuduh yang dia ni musuh kami.
"Tapi... awak..tolong jagakan rahsia saya ya?" Dia bertanya dengan muka yang amat sedih. Aku melihat kedua-dua belah matanya, dia jujur. Aku pun mengangguk dan Jeonghan menegur kami bahawa sudah tiba masanta untuk masuk ke kelas.
Di dalam perjalanan ke kelas, aku memberitahu dia tentang kami.
"Tadi.. awak tanya siapa kami ni... tapi saya minta tolong awak untuk tak terkejut dan jangan beritahu orang lain. Boleh ke??"
Dia mengangguk.
"Ok.. sebenarnya, selama ini kami berkelakuan pelik bukan sebab apa.. tapi kami ni... bekerja untuk merangkap jadi pewaris mafia untuk keluarga kami."
Jieun berhenti berjalan dengan muka yang masih memandang aku. Tapi aku pelik... kenapa dia tak terkejut??
"Tentang... Sooha pula?" Dia bertanya sehingga dahinya berkerut.
"Sooha pula... dia kena culik dengan seorang mafia lain."
Matanya terbeliak, kelihatan sangat terkejut.
"B-Bila!? Macam mana dia kena culik!?"
Kami kembali berjalan semula. Aku pun menceritakan apa yang terjadi pada Sooha.
"Um... petang semalam mafia tu telefon saya. Pada mulanya saya tak kenal tapi bila saya dengar nama bila dia perkenalkan diri. Baru lah saya tahu dia siapa.."
"Mafia tu siapa??" Tanya Jieun.
"Nama mafia tu...? orang panggil dia King."
"King?"
"Ya. Dulunya ayah saya bekerja dengan dia, dengar cerita mereka memang sangat kuat. Tapi bila ayah saya dapat tahu yang King tu sedang cuba nak tikam belakang dia untuk dapatkan harta kami buat diri dia sendiri, dia pun mula bermusuhan dengan King."
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...