"Eunri masih hidup?!" Aku berasa terkejut dengan apa yang dikatakan Sunhae.
"Tapi aku pun tak pasti..." kata lagi Sunhae.
Aku menarik muka sambil melepaskan nafas yang dari tadi terhenti.
"So??" Aku bertanya.
"Aku ada jugak tanya kat dia siapa Eunri.. tapi dia tak sempat nak jawab." jawab Sunhae.
"Oh ya! Lagi satu... Sooha nak Jieun masuk gang kita."
Aku terus memandang Sunhae dengan mata yang terbeliak. Aku terkejut, tak mungkin Sooha suruh aku buat macam tu secara tiba-tiba.. Betul tak??
"Hah!? Kenapa pula aku kena buat camtu?? Kenapa Jieun?!" Aku sekali lagi menjerit. Kenapa Jieun... Apa rancangan Sooha sebenarnya ni?..
"Tak tahu... Tapi aku rasa... Macam ada yang tak kena. Lagi-lagi fasal Jieun. Bukan apalah, cuma.. Dia pun baru je pindah dari Daegu, then kita dapat tahu yang dia ada jaga seorang bayi.. So, tak masuk akal juga kalau Sooha suddenly nak masukkan Jieun." Betul juga apa yang Sunhae cakap tu. Tak masuk akallah.
"Tapi kadang-kadang saya fikir.." Sunhae menyambung lagi. Aku pun memandang Sunhae dengan perasaan yang tertanya tanya.
"Mungkin Sooha fikir.. Jieun adalah Eunri." Selepas Sunhae menyambung apa yang dia kata, aku tergamam.
"Tak. Tak mungkin yang Jieun tu Eunri.. Dia tak nampak macam Eunri aku yang dulu.. Bukan!.. Mustahil!" Aku lantas beredar dari situ meninggalkan Sunhae.
"Seungcheol! Kita tak habis bincang lagilah!" Sunhae menjerit cuba memanggilku. Tetapi aku perlukan masa untuk memproses semua ni dalam otak aku.
Di dalam kelas
Aku mula membaringkan kepala aku di atas meja dengan lenganku mengelilingi kepala aku. Semakin lama aku berbaring dan tidak bergerak dari tempat dudukku, murid-murid kelasku yang lain mula memenuhi ruangan kelas yang sunyi.
Pada masa itu juga, aku kembali mengingati kejadian pada hari itu. Hari dimana aku terpisah dengan Eunri. Kami semua pun masih muda dan mentah..
"-Thom!.. Thom! Thom! Thom!-"
Bunyi pistol bertembakkan memecahkan suasana damai di dalam rumah kami. Walaupun kami semua baru berumur 13 tahun, tapi kami sudah dilatih untuk menjaga harta keluarga kami dan diajar bertarung sejak kecil. Dengan itu, kami pun teragak agak untuk menggunakannya pada masa darurat ini untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Terjadinya pertarungan ini hanyalah kerana, ayah aku mencari Eunri tanpa aku tahu sebabnya. "Thom! Thom!" Aku menembak berulang kali kepada orang-orang kanan ayah aku yang cuba mengambil Eunri.
"Thom!..-" peluru habis!!..
"Tak guna!.." aku merungut perlahan sebaik sahaja sedar yang aku telah menghabiskan banyak peluru aku. Aku pun menyorok di tempat aku sembunyikan Eunri.
"Eunri... Awak ok??" Aku bertanya kepada Eunri yang duduk di lantai bersandarkan dinding. Eunri hanya mengangguk sambil memberikan aku senyuman yang lemah.
Eunri tercedera lebih banyak... dia mendapat kecederaan yang teruk pada bahagian perut dan terkena tembakan pada lengan dan betis. Dia juga sepatutnya tidak boleh berjalan dengan keadaan yang begini.
"Eunri.. Maafkan saya..." aku kata sambil menyelak rambutnya yang sudah kusut dari depan matanya.
"Jangan risau Seungcheol.. Saya ok.. Awak tak perlu risau." Dia berkata dan masih tersenyum. Melihat senyuman dia makin membuatkan aku rasa serba salah atas apa yang ayah aku dah buat.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Acak°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...