Bab 27 : Nombor Telefon

81 12 0
                                    

S

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

S.Coups P.O.V,

"Ok, so.. suspek dia. Saya ada 2 suspek yang mungkin ada kena mengena untuk dikaitkan dengan masalah kita ni.." aku duduk bersama Sooha dan Yoonbi.

Sooha mencampakkan dua gambar yang kelihatan seperti diambil secara senyap.

"Saeri.. dan Gong Chil.".

Kami bertiga meneliti gambar tersebut sementara Sooha menerangkan tentang kedua-dua mereka.

"Gong.Chil.. berlagak gangster. Kepala batu. Tak puas hati dengan sesiapa sahaja yang cari pasal dengan dia.".

"Jadi dalam apa yang saya nak terangkan adalah... Dia ni mungkin berdendam dengan awak kalau dia nak bagi alasan. Dia nampak awak sekarang rapat dengan Jieun, jadi dia gunakan Jieun sebagai sasaran untuk buat awak takut.".

Aku mengangguk faham. Mungkin ke Gong Chil?

"Tapi awak rasa Gong Chil akan balas dendam dengan suruh seseorang sebarkan gambar melalui telefon?? Itu.. tak macam Gong Chil langsung..." Tegur Yoonbi.

"Well... Gambar tu tersebar beberapa hari selepas Coups gaduh dengan dia. Bagi saya ada kemungkinan dia puncanya." Sooha menerangkan lagi. Yoonbi mengangguk faham sambil memegang dagunya.

"Next, kita ada Saeri. Ahn Saeri. Budak baru. Cantik. Popular. Mungkin mendapat status diva lepas ni.. ok yang itu tak ada kena mengena."

Erk..

"Yang macam kita semua boleh nampak.. Saeri berminat dengan kau Coups. Aku rasa kau pun tahu." Sooha memandang aku dengan serius.

"Sebab tu ke dia suka cari apa-apa ayat bila depan aku, sebab dia nak perhatian aku ke??" Tanya pula aku dengan muka yang pening, dahi berkerut.

Memang nampak betapa peliknya perangai Saeri bila dengan aku. Tapi tak sangka memang betul-betul dia suka kat aku. Gila aku macam ni..

"Ada kemungkinan jugak. Kita tak tahukan?.. Mungkin bila dia nampak kau dengan Jieun, dia jealous? Dia pun hantar gambar tu semua secara rahsia." Jawab Sooha.

"Tapikan... Gambar tu.. gambar bila?.. Jieun dengan Saeri tak pernah berjumpa lagi-lagi kalau ada anak dia." Tanya lagi aku.

"Gambar ni.. tak semestinya perlu diambil time diorang jumpa Coups. Dia mungkin ada ambil gambar ni senyap-senyap. Pasal bila gambar tu diambil.. jangan risau. Saya akan tanya sendiri kat Jieun nanti." Terang Yoonbi kepada kami berdua.

Kami berdua hanya mengangguk faham. Kami menyambung kerja kami untuk meneliti maklumat yang ada.

Aku pun rasa, aku perlu cari dalangnya. Sebab nama aku kena tempias juga. Memang tak adil langsung bagi aku, aku tak buat apa salah pun!..

Yoonbi memakai alat 'code tracker'nya untuk mencari maklumat nombor yang menghantar gambar itu. Kami meminta nombor itu dari kelab 'website' sekolah setelah susah payah diminta dan perlu menggunakan cara rasuah untuk mendapatkannya.

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now