Seminggu kemudian...,
S.Coups P.O.V,
Aku mengambil Jieun di apartmennya bersama Mingyu. Kami membantu Jieun untuk membawa barang-barangnya ke dalam kereta.
Aku datang ke apartmen Jieun dan terlihat Jieun yang sedang bersusah payah mengunci pintu apartmennya sambil memegang Yera ditangan manakala beg baju berada di sebelahnya. Aku pun bergegas untuk menolong Jieun.
Sebelum Jieun dapat memegang beg bajunya yang beroda itu, aku telahpun mengangkat beg tersebut.
"Tak apa. Yang ni biar saya bawak. Jom." Aku menunjukkan arah untuk dia kedepan terlebih dahulu sebelum aku.
Sesampai sahaja kami turun ke tingkat bawah dengan lif. Kami nampak Mingyu yang sedang berada di tempat pemandu sedang menunggu.
"Mingyu pun ikut??" Tanya Jieun sambil terkedip-kedip matanya.
Aku mengangguk sambil tersengih.
"Untuk lebih selamat je." Kata aku dan membukakan pintu kereta untuk Jieun masuk.
"Eh! Jieun,hai.. Oh! Yera pun ada!~-" boleh kedengaran suara Mingyu yang gembira setelah berjumpa dengan mereka berdua.
Aku pergi ke bonet kereta dan mengangkat bahagian belakang di kereta untuk meletakkan barang-barang Jieun. Kedengaran suara Mingyu yang sedang bermain dengan Yera di dalam kereta.
Setelah selesai meletakkan barang-barang Jieun, aku masuk ke dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu. Aku terus memasang tali pinggang kereta tanda untuk bersedia.
"Dah siap ke?" Mingyu bertanya.
Aku pun mengangguk. Mingyu pun bersedia dengan memasang tali pinggang keledarnya.
"Oh ya, Gyu?.." Mingyu memandang aku.
"Kita ada budak kecik dalam kereta ni.. so... bawak hati-hati tau?.." terang aku dengan jelas kepada Mingyu.
Mingyu pun mengangguk sambil menghembus nafasnya keluar sambil memegang gear kereta. Aku pun bersandar dengan mata yang masih melihat Mingyu.
Oh ya, lupa nak terangkan.
Mingyu ni.. dia memang jenis yang suka bawak kereta macam kat atas litar F1. Dah berapa banyak kali dah kena saman.. Sabo jelah tuan Kim dengan perangai anak sulung dia ni. Bahaya kot sebab ada kena mengena dengan polis jugak.
Nasib baik kali ni Mingyu betul-betul menjaga keselamatan kami. Kalau tak habislah budak kecik kita yang seorang ni, mabuk nanti dia.
Setelah beberapa minit, kami sampai di rumah ahli perempuan kami.
Kelihatan semua orang berada di perkarangan rumah itu bersama.
Mingyu membawa kereta kami dan memberhentikannya di sebelah kolam yang berada di laman rumah.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...