Jun P.O.V,
"Jeonghan! S.Coups kat mana?!" Aku berjalan ke arah Jeonghan.
"Oh! Tadi di-"
"Aku ada kat sini." Kelihatan S.Coups yang baru sahaja muncul di perkarangan ruang tamu.
"Ah.. kau.. kat mana tadi?" Tanya aku.
"Tadi aku kat atas, abang aku telefon." Jawab Coups sambil menggosok mata kanannya manakala tangan kiri berada di dalam poket seluar.
"Oh..." aku hanya meng'o'kan perkataan dia adalah sebab... aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana.
S.Coups kembali memandang aku dengan wajah yang tertanya-tanya. Mesti sebab nampak sangat muka aku yang terkedip-kedip ni macam nak bagitahu sesuatu kat dia.
"..Ada apa kau cari aku tadi?.." tanya pula Coups kepada aku. Aku terkial-kial masih memikirkan apa yang perlu dikatakan.
"Umm.. aku ada benda nak cakap dengan kau." Aku bercakap dengan nada dan ekspresi yang serius.
S.Coups kembali memandang aku sambil mengerutkan dahinya.
--------------------------------------------------------------
Kami berdua berada di bilik aku.
Aku pun mengunci pintu bilik tidur aku.
"Asal kau kunci??" Tanya Coups.
"Nanti budak-budak tu terjah bilik aku ni macam mana? Salah ke aku nak kunci bilik sendiri??" Tanya pula aku.
"Tak.. Bukan tu."
"HabisTU?"
"Kang budak-budak tu fikir lain buat malu je kang!" Jawab S.Coups.
Aku menampar dahi aku tanda terkejut.
"Kau ni pun boleh fikir lain eh rupanya??" Aku bertanya lagi.
"Aku pun lelaki jugak... Nak buat macam mana..." jawab lagi S.Coups.
Aku terpaku tidak terkata dengan jawapan S.Coups itu. Bulu roma aku juga meremang.
Ah! Tapi ini bukan masanya! Aku perlu beritahu tentang apa yang jadi pada Jieun tadi.
"Dahlah!.. Aku tengah nak cakap tentang Jieun ni!.." jelas aku.
"Jieun?". Aku mengangguk laju.
"Petang tadi... lepas aku ngan Hao selesai kutip hutang. Kitorang nampak Jieun kat taman kena kepung dengan ramai lelaki berpakaian hitam." Sebaik sahaja aku ceritakan situasi yang berlaku tadi, Coups terbeliak memandang aku.
"Habis tu!... Sekarang Jieun dekat mana? Dia okay tak??" Tanya Coups dengan kelihatan cemas.
"Jieun okay.. Tapi.. aku rasa tak sedap hati. Kau rasa ada apa-apa boleh kita buat tak untuk dia?" Tanya aku. Aku mengatakan perkara yang paling merisaukan aku.
Coups berfikir sejenak. Tiba-tiba pula, aku mendapat idea.
"Kau rasa... ok tak kalau Jieun duduk serumah dengan ahli perempuan kita??" Tanya aku.
Sekali lagi, Coups memandang aku dengan reaksi terkejut. Tetapi dia kelihatan gembira juga selepas mendengar pendapat aku.
"Boleh jugak..! Esok jugak kita bagitahu dia... Tapikan... barang-barang dia..-"
"Kita semua tolonglah sama-sama!.. Kita geng kot!..." Tegur aku. S.Coups pun mengangguk.
Dengan itu, kitorang pun beritahu kepada ahli perempuan dan mereka semua bersetuju. Kata mereka, lebih cepat Jieun sampai rumah-rumah kami lebih cepat masalah ni selesai dan Jieun pun selamat.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Acak°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...