Bab 22 : Masalah Menimpa

85 13 0
                                    

Jieun P.O.V,

Macam mana dorang boleh kepung aku ni?... Apa pulak kali ni yang dorang nak?..

Aku berdiri di tengah-tengah bulatan mereka. Apa yang aku boleh harapkan cuma berlakunya magik.

Sesiapa.... Tolonglah aku....

--------------------------------------------------------------

Jun P.O.V,

"Kau ni kata nak bayar kat aku harini!!" Jerit aku di depan penjaga kedai bar itu.

Beberapa pelanggan yang ada di dalam kedai itu memandang ke arah kami. Aku memukul meja panjang bar tersebut.

"Sa-Saya tengah ta-ta-tak ada duit sekarang ni... Tolonglah... Ca-Cakap dengan Bos Wen, sa-saya akan bayar minggu depan... Saya janji.." tersekat-sekat cara penjaga bar itu bercakap.

Aku termenung memandang penjaga bar itu sambil memikirkan sesuatu. Aku menjeling kepada The8 yang dari tadi senyap di sebelah aku.

"Hao.. kau check dia sekarang."

The8 dengan pantas lompat ke sebalik meja panjang bar itu dan memegang penjaga itu. Penjaga bar itu meronta-ronta mahu melepaskan dirinya.

Aku pula berjalan ke tempat cashier. Aku membuka mulut mesin tersebut dan mengambil semua duit yang ada di dalamnya. Aku pun tersengih ketika melihat duit-duit tersebut.

"Minghao!.. Ada apa-apa tak?.." jerit aku memanggil The8.

The8 melepaskan kolar belakang baju penjaga bar itu. Dia memegang sebilangan duit yang dia jumpa dari poket baju penjaga bar itu.

Aku mengira duit-duit yang kami dapat itu.

"Ok! Aku dah dapat duit ni.. sekarang hutang kau dengan aku cuma tinggal, 513,210 won." Aku dan The8 memandang ke arah penjaga bar yang telah terduduk itu.

Aku kembali tersengih melihat dia terduduk di atas lantai dan bersandarkan dinding.

Kami berdua keluar dari kedai bar tersebut. Kami berjalan sambil berborak kosong dan bergelak ketawa.

--------------------------------------------------------------

"Eh! Lepasni nak balik terus ke? Tak nak lepak kedai mamak?"

Tanya aku kepada The8. Lalu dia pun berbisik sambil tersengih.

"Weyh... Kita punya cerita kat Korea sekarang tahu.., lebih baik kau tukar balik dialog kau tu.. sebelum aku hempuk kepala kau."

"O-Oh.. Sa-Salah eh?!.. Tapi aku teringin makan mamak..." jawab aku masih lagi tersengih.

The8 lantas memberikan aku pandangan yang tajam setajam laser itu. Aku tergelak perlahan sambil cuba mengelak pandangan tajam The8 itu.

Kemudian aku ternampak Jieun... Dia dikelilingi lelaki-lelaki berpakaian hitam.

"Weyh! Jieun!!" Aku menepuk bahu The8 dan menunjuk ke arah Jieun yang berada di sebuah taman.

"Tak payah tukar topik lah!! Aku tak nak makan!!!" Serabut The8 menjawab sambil mengelak sentuhan aku di bahunya.

..............
............
...........

"AKU CAKAP BETULLAH BABUN!! BUKAKLAH SPEK HITAM KAU! DAH GELAP GELITA MACAM NI PAKAI LAGI SPEK HITAM, MEMANGLAH TAK NAMPAK!!!!!"

Aku memukul belakang The8 sebaik sahaja siap membebel.

Dia pun membuka cermin mata hitamnya dan menyimpannya di dalam kot.

"Tak payahlah membebel... macam makciklah kau ni-.." ayat dia terhenti sebaik sahaja terlihat depan.

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now