Bab 5 : Perkara Sebenar?

122 20 0
                                    

"Jieun?" aku menegur dengan nada yang perlahan. Perempuan tersebut memandang ke arah aku, dan memang perempuan itu Jieun.

"Sooha! Akhirnya awak sampai juga!..." kata Jieun sambil menampakkan muka yang gembira dan berdiri di depanku. Aku juga membalas senyumannya dan beralih melihat ke arah bayi yang dari tadi bermain bersama Jieun.

"Comelnya...~ Bayi siapa ni Jieun?? Adik awak ya?" aku bertanya kepada Jieun dengan penuh kehairanan. Jieun terdiam seketika jadi aku melihat ke arahnya. Jieun hanya terpaku tanpa ada apa-apa reaksi pada mukanya.

"Ah... Apa kata.. Kita pesan minuman dulu." kata Jieun dengan cuba menampakkan senyuman terpaksa.

"Selepas memesan minuman dan menunggu beberapa minit, kami mula betborak.

"Jadi.. Jieun? Pasal bayi tu, anak siapa?" aku kembali kepada topik asal yang ingin dibincangkan. Jieun menarik nafas yang  panjang.

"Sebenarnya.. bayi ni... Saya jumpa di semak masa dalam perjalanan balik dari sekolah... Saya jaga dia dan namakannya, Yera. Choi Yera. Sebab masa tu.. saya sedar saya keseorangan... Dia pun keseorangan." selepas mendengar cerita Jieun... Aku tertanya-tanya kepada diri sendiri, kenapa dia berseorangan?

"Apa maksud awak, awak keseorangan??" tanyaku dengan penuh rasa simpati.

"4 tahun dulu... Ada yang kata ibu bapa saya mati kena bunuh. Orang yang jumpa saya tu pulak katanya saya dalam keadaan teruk sebab dilanggar sebuah van... Tapi saya tak ingat langsung apa yang jadi!" air mata Jieun berkumpul di matanya dan dia sedang menahan air matanya dari jatuh.

Dia tetap menahan tangisan untuk menyambung ceritanya, aku juga cuba mendekatkan diriku dengan dia untuk memujuk dia bertenang "Selepas 3 tahun saya tinggal bersendirian... Yera muncul dalam hidup saya. Dia bagaikan bintang yang menerangi hidup saya dari gelap gelita." aku melihat kembali kepada Yera yang sedang tidur dengan nyenyak di dalam kereta sorongnya.

Tidak terbayang aku perasaan Jieun ketika melalui semua kesusahan tersebut. Dia sanggup jaga seorang bayi walaupun dia tahu yang dia perlu bekerja dengan lebih gigih kerana, Yera kini merupakan bintang di hati Jieun. Sekarang Jieun masih mencari kerja sambilan, tapi.. aku rasa aku ada idea.

"Saya rasa awak tak perlu cari kerja sambilan Jieun." Jieun terdiam sambil memandangku dengan ekspresi yang tertanya-tanya.

"Kenapa?" tanya Jieun. Aku hanya tersenyum ketika memikirkan ideaku.

Hyunra P.O.V,

Haih!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haih!... Bila nak habis ni sih!!... Malaslah nak duduk sini lama-lama...

"Jadi... Untuk pastikan yang tiada siapa cuba masuk ke rumah kita ataupun.. 'rumah yang paling penting' sekali untuk kita. Aku nak Sunhae dan Dino letak pegawai keselamatan keliling rumah kita. Ingat! Jangan cuai.." S.Coups berkata sambil memandang ke arah Dino dan kemudian Sunhae berulang kali.

"Hah!? Maafkan saya...!? Kenapa saya kena buat kerja dengan budak dungu ni pula?!" marah Sunhae kerana terpaksa bekerja dengan musuhnya.

"Siapa yang kau kata 'dungu'?! Nak cari gaduh je kerjanya!" Dino juga merasa bengang setelah dipanggil dungu oleh Sunhae.

"Dah! Tak payah gaduh! Mana kerjasama korang?!" jerit pula S.Coups.

"Tapi Seungcheol... Kenapa saya tak boleh buat kerja tu seorang je pulak?? Kenapa?! Lagi awak nak suruh saya kerja dengan dia?... Memang taklah!!!" Sunhae tidak berpuas hati dengan arahan S.Coups itu.

"Sunhae.. Coups buat macam tu.. Sebab dia tahu kau sebenarnya tak boleh buat seorang kerja ni... Faham tak??" kata Hyerin bagi memujuk Sunhae.

"Lagipun cuba kau ingat balik masa dulu... Apa jadi?? Nyaris-nyaris aku nak kena bunuh!... Hanya..sebab.. kau lupa nak letak orang kita kat belakang rumah." kata pula DK.

Selepas Sunhae mendengar apa yang mereka berdua katakan, dia mengalah dan malu apabila teringatkan perkara tersebut. Memalukan...

"Baiklah! Dah selesaikan?! Jom balik!~" kata aku sambil bangun dan mula meregangkan  badan dengan gembiranya. Aku hampir berjalan menuju ke pintu keluar sebelum S.Coups mula bercakap... sekali lagi.

"Belum... Duduk!" aku pun pergi duduk kembali di sofa sebelah Sunhae sambil menghembus nafas marah.

"Aku ada benda nak cakap ni?... Well.. Lebih kepada.. nak beritahu sebenarnya." Semua orang keliru termasuk juga aku.

"Tapi.. aku tak nak korang bagitahu sesiapa tentang perkara ni. Kalau aku tahu.. aku cari orang yang bongkarkan tu sampai dapat. Dan ini pasal... Jieun." Hah??

"Sejak bila kau kisahkan tentang Jieun?" tanya aku sambil bersilang lengan.

"Walaupun... Aku tak suka dia. Tapi aku rasa kalau korang tahu pun tak apa.. Tadi masa kitorang balik... Kitorang nampak Jieun kat pusat penjagaan kanak-kanak... Dia keluar sambil bawa seorang bayi." S.Coups berhenti seketika.

"So?? Kenapa??" Yoonbi bertanya sambil mengangkat kening sebelahnya.

"Kitorang... Dengar dia bahasakan diri dia sebagai.. omma(엄마)." terang pula Joshua.r

Semua orang terkejut.

"Aku pun... Mula-mula terkejut. Macam mana dia boleh jadi mak..!? Sedangkan dia masih bersekolah." Jeonghan menyampuk.

"Jeonghan?! Awak hidup zaman bila?! Zaman sekarang... Semua benda boleh berlaku." Yoonbi berkata.

"Tapi... Jieun nampak baik je!..." kata aku lagi membantah.

"Aku setuju yang itu. Aku rasa Jieun bukan orang yang macam tu." kata pula Mingyu. Wow!... Dia setuju dengan aku?! Hah.... Pleaselah. Still not enough for me to be satisfied.

"Tak apa. Nanti kita tanya dia. And.. S.Coups, aku nak kau minta maaf kat Jieun. Kau pun ada buat salah dengan dia. Faham??" Jeonghan menhalakan jari telunjuknya untuk memberi amaran kepada S.Coups sambil memberikan pandangan tajam.

Memang padan pun Seungcheol ni... Belajarlah hormat orang lain mulai sekarang. Supaya normal sikit jadi orang.

Setelah selesai perbincangan, kami pulang ke rumah kami semula.

Bersambung...

_______________________________________________________________
Terima kasih kerana membaca

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now