Bab 12 : Gerakan Mafia on going

107 17 0
                                    

Jieun P.O.V,
Di rumah (SEVENTEEN),

Selepas Yera tertidur, Seungcheol memulakan perbincangan untuk selamatkan Sooha sambil menulis di satu papan putih menggunakan pen whiteboard hitam.

"Oh lagi satu! Dino, Sunhae? Korang dah siapkan apa yang aku nak??" Tanya Seungcheol dan melihat kepada Sunhae dan Dino yang nampak seperti masih berbincang.

Mereka berdua mengangguk, Sunhae berjalan ke hadapan dan memberikan beberapa helai kertas yang menunjukkan peta sudut rumah King dari bahagian atas dengan titik bulatan merah yang mewakili ahli-ahli mafia mereka yang akan membantu.

Setiap ahli-ahli yang terbaik dari 13 keluarga mereka akan bersama mereka untuk membunuh King.

Seungcheol tersenyum sinis ketika melihat kertas-kertas itu. "Bagus! Jadi semuanya dah selesai! Petang ni kita kumpul balik... Kita lesapkan geng mafia King, malam ni jugak!" Semua orang bersorak dengan semangatnya.

Selepas perbincangan itu tamat, kami semua balik ke rumah dan berehat secukupnya untuk misi malam nanti.

-4:00 p.m.-

Pada pukul 4 petang seperti yang dijanjikan mereka, kami semua berkumpul lagi di rumah ahli lelaki. Kami semua bersiap sedia dengan pakaiwn yang dikatakan seperti pengawal-pengawal King.

Ahli-ahli lelaki memakai topeng mulut hitam supaya menjadikan sesiapa sahaja sukar untuk mengetahui identiti mereka. Dan dikenakan pakaian sut hitam dan ada juga yang memakai t-shirt hitam yang ketat.

Manakala ahli perempuan pula, termasuk aku. Yoonbi memakai pakaian pengawal keselamatan,Hyunra berpakaian seperti pengawal King, aku dan Sunhae pula memakai pakaian maid yang bekerja di rumah King.

Kami semua berkumpul di ruang tamu, masih berbincang tentang rancangan yang akan kami laksanakan. Sementara Yera pula duduk di atas sofa sambil bermain dengan mainan kegemarannya, bola.

Aku melihat Yera bermain sendiri dan tersenyum. Yera semakin membesar, dia bukan lagi bayi kecil seperti yang pertama kali aku jumpa. Dia juga sudah hampir pandai bercakap dan berjalan. Masa sangat cepat berlalu..

Kemudian tumpuan semua orang termasuk aku berada ke arah Hyerin yang kelihatan tergesa-gesa berlari masuk ke ruang tamu.

"Woozi, Vernon! Tolong ambilkan barang-barang dari van kat luar tu! Senjata baru dah sampai guys..~" kata Hyerin tersengih sambil termengah mengah. Woozi dan Vernon pun berlari ke luar banglo mereka sementara semua orang bersorak gembira.

"Senjata baru dah sampai!!~ Yas!~" DK menyanyi gembira sambil memakai jaket sut hitamnya.

"Bolehlah buat pakai aku punya skill pistol yang baru sekali..~" kata pula Hoshi sambil membuat tangan yang bagaikan sedang memegang pistol.

"Asal jangan jadi tertembak aku sudah... aku team dengan kau nanti, so elok-elok sikit perangai waktu kat rumah 'pakcik' tu nanti." Balas pula Wonwoo.

"Of course..!~ I am Hosh ya know!?~"

"No, I don't know you."

Dengan straightforward nya Wonwoo sekali lagi membalas kepada ayat Hoshi. Muka Hoshi menjadi cemberut ketika mendengar rejections dari Wonwoo kepada gurauan dia.

"Senjata baru?... Dah sampai ke!? Omona!..><" Sunhae pula kelihatan cemas.

"Kau dah kenapa Sunhae?? Orang lain gembira.. kau cemas kenapa?" Dino juga bertanya hairan.

"Alah... kau tahu-tahulah... aku dah lama tak pegang pistol." Keluh Sunhae. Aku tergelak kecil.

"Oh.. haah. Betul jugak... Tapikan?? Nak tahu satu fakta tak yang aku dah belajar tentang ko selama ni kita kerja?" Soal Dino.

"Apanya??" Tertanya pula Sunhae.

"Faktanya... Kau kalau dah lama pegang pistol ke.. dah lama tak pegang pistol ke.. sama je teruknya. Tak pernah headshot." Terang lagi Dino.

Telinga Sunhae menjadi semakin merah menahan kemarahannya kepada Dino.

"Kau ni...kalau sehari tak sakat aku... tak aman ke hidup kau!?... MARI SINI!!!" Dan gunung berapi Sunhae pun meletus.

Aku hanya tersengih seorang diri melihat gelagat mereka semua ketika ingin mendapat senjata yang baru.

Aku pun melihat kembali ke arah Yera berada tadi. Tapi... dia tiada di situ!

Mata aku pun melilau melihat ke setiap sudut ruang tamu. Dan... nasib baiklah, Yera ada dengan Seungcheol rupanya. Yera kelihatan tenang berada di dalam dakapan dia. Aku pun melihat mereka dan tiba-tiba satu perasaan yang senang ini muncul. Tak pernah aku rasa.

Vernon dan Woozi masuk ke ruang tamu sambil membawa dua kotak besar yang yang berisikan senjata baru yang Hyerin tempah secara rahsia beberapa hari lepas.

"Jieun!" Seungkwan menegur aku.

"Saya dah bagitahu mak saya yang Yera akan dijaga dia untuk malam ni." Aku mengangguk dengan apa yang Seungkwan beritahu.

"Jadi... Dia ok ke?.. Dengan Yera akan datang?.." aku berkata dengan nada yang takut.

"Sudah semestinya! Dia tak sabar nak jumpa Yera tahu!?" Seungkwan berkata dengan ekspresi yang gembira.

"Dah semua! Berkumpul! Ambil je senjata mana yang korang nak pakai!" Jerit Seungcheol cuba mengumpulkan ahli-ahlinya.

Mereka semua berlari ke kotak senjata yang diletakkan di atas meja ruang tamu. Manakala aku pula berjalan dengan rasa segan dan malu. Aku tak pernah pegang senjata...

"Jieun?... Kenapa awak tak pilih lagi??" Tanya Hyunra ketika melihat aku tercegat di sebelah.

Aku hanya terpaku tidak menjawab pertanyaan Hyunra dan hanya menelan air liur ketika melihat pistol yang berada di tangan Hyunra.

"Ah!... So-Sorry... Baru saya teringat, ni first time awak pegang pistolkan? Tak apa, cubalah pegang pistol ni dulu! Saya pergi ambil yang lain sekejap ya?" Hyunra memberikan pistol yang dipegangnya kepadaku dan pergi kembali ke kotak senjata untuk mengambil yang lain.

Aku membelek-belek pistol tersebut dan masanya... seperti...

Flashback,

"*Thom!-* *Thom! Thom-*"

Aku menembak beberapa orang yang memakai kot hitam. Ada juga yang cuba menumbukku tetapi aku sempit menepis dan menendang mukanya sehingga dia jatuh ke lantai.

Aku pun kembali menembak ke arah orang-orang berkot hitam tersebut.

End Flashback,

Ingatan apa ni!? Tiba-tiba sahaja kepala aku terasa pening. Aku memegang kepala aku cuba menahan sakit. Tetapi ingatan itu asyik berulang-ulang di dalam kepala aku sehingga aku terduduk di atas sofa berdekatan.

"Eh! Jieun! Awak ok tak ni!? Kedengaran suara Hyunra memanggil nama aku.

S.Coups P.O.V,

Aku memandang ke arah Jieun sebaik sahaja terdengar jeritan Hyunra.

Kenapa dengan Jieun ni??

Aku berlari ke arah mereka berdua dan lantas terduduk di hadapan sofa yang Jieun duduk.

"Jieun!?.. Hey! Awak ok tak ni!? Awak boleh ikut tak!?.." aku bertanya dengan risau kepada Jieun. Susah pula nanti kalau dia sakit masa kat rumah King.

"Saya ok..." kata Jieun dan membuka matanya perlahan-lahan.

"Benda ni memang pernah berlaku pada saya. Awak semua jangan risau." Dia berkata dengan tenang dan tersenyum.

"Apa benda yang pernah berlaku pada awak tu!?" Tanya Hyunra dan masih memeluk tubuh Jieun.

"Ingatan saya... Saya mengalami amnesia, sebab saya kemalangan dulu...-"

________________________________________________
Maaf lambat update!~ Tq readers!!~ 🌸🌸

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now