Jieun P.O.V,
Akhirnya... Tamat juga sesi persekolahan untuk hari ni. Aku Choi Jieun, seorang budak perempuan biasa yang tiada keluarga... Dulu, aku dijaga oleh ibu dan ayah angkat sahaja. Sejak... Aku kemalangan dulu, dan serius aku kata... Aku tak ingat apa yang berlaku sampaikan aku kemalangan. Tapi sekarang diorang dah takde. Sebab kenapa pun aku tak pasti. Ada yang kata diorang dibunuh. Tapi siapa yang bunuh??
Haih.. Tahun ni dah masuk kali kedua aku kena sambut hari jadi seorang diri. Tak lama lagi aku akan berumur 16 tahun, yeay!😆
Tapi... Kan bagus kalau ada orang boleh teman aku sambut hari jadi sama2... Aku mana ada kawan di sekolah...😞
"Uweekkk...! Uweek...! Uwekk!.." (bayi menangis)
A-Apa pula ni?.. Tiba2 dengar bunyi bayi menangis. Takde angin... Takde guruh... Takde ribut semua.
Lalu, dengan penuh perasaan yang tertanya-tanya aku berjalan ke arah bunyi tangisan tersebut.
Sesampai sahaja di semak yang kedengaran bunyi tangisan tersebut. Aku membelek sedikit semak itu. Aku terkejut, dan terpaku. Seorang bayi ditinggalkan di dalam kotak begitu sahaja dan hanya dililit dengan sehelai tuala merah kecil. Tapi kenapa?! Sanggup diorang tinggalkan bayi begitu sahaja di dalam kotak?!
Aku terduduk sambil tergamam dan lantas menutup mulutku sementara mataku cuba menahan tangisan yang hampir terkeluar. Disebabkan rasa simpati itu muncul dengan lajunya. Aku mengangkat bayi itu dengan perlahan dan memeluknya dengan erat... Dan akhirnya dia berhenti menangis.
Dia tersenyum sebaik sahaja aku cuba memujuknya untuk berhenti menangis. Pada masa itu juga,aku tahu. Aku perlu menjaganya, seseorang perlu menjaganya. "Mulai sekarang... Saya akan jaga kamu... Jangan risau ya?" dan sekali lagi air mata membanjiri mataku.
Hidup aku akan mulai berubah dengan adanya... Yera. Ya, mungkin nama tu sesuai untuk dia. Nama yang comel seperti dia.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Acak°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...