S.Coups P.O.V,
"King dah mampuslah weyh!!"
Mingyu juga kedengaran marah. Bunyi tembakan kembali berbunyi.
Aku pun tergamam. Semestinyalah, aku terkejut dengan berita itu. Aku menggenggam kuat tangan aku.
Aku punyalah cari King dekat mana sejak tadi.. tiba-tiba ada orang dah dapat dia dulu dari aku?..
"Mingyu, kau kat mana?.." aku bertanya sambil menahan perasaan kecewa aku.
Mingyu P.O.V,
"Aku dekat ruang tamu belah Selatan. Kat sini dah clear. Datang cepat.."
Aku berkata sambil berjalan ke arah Hyunra yang sedang meneliti tubuh King.
Tiada balasan mesej dari S.Coups sebaik sahaja aku memberitahu lokasi aku berada. Jadi aku pun terus pergi kepada Hyunra.
"Hyunra? Awak jumpa apa-apa?.."
Hyunra melutut di depan mayat King yang terduduk untuk memeriksanya. Dia pun menjawab.
"Sebab dia mati.. kena tembak pada kepala dan kaki.. dan ada kemungkinan dia bergelut dengan pembunuhnya."
Hyunra pakar dalam benda-benda sebegini, bagi dia semua perkara ini benda biasa yang dilihatnya. Jadi dia dah boleh tahu apa yang berlaku kepada mangsa.
"Tapi saya rasa bukan S.Coups yang bunuh dia... S.Coups takkan ambil mudah kerja ni dengan terus membunuh dia." Kata lagi Hyunra.
"Siapa yang bunuh dia?.." aku juga tertanya.
"Coups mesti akan jadi gila kalau dia dapat tahu benda ni. Macam mana ni??"
Hyunra cemas. Tapi sebenarnya... aku lagi cemas sebab aku yang beritahu kepada S.Coups yang King dah mati.
"Sebenarnya.. saya dah beritahu S.Coups."
Hyunra memandang aku dengan mata yang terbeliak.
"AWAK BAGITAHU DIA!?!?" Terbangun Hyunra dari duduk.
Aku pun cuba menenangkan Hyunra.
"Ok fine. Ok.. Jangan risau, saya yang akan cakap dengan S.Coups nanti. Awak senyap je." Hyunra masih memandang aku dengan riak tak percaya.
"Awak tahukan S.Coups takat marah dia kalau pasal ni macam mana? Entah-entah sekarang dia tengah hancurkan barang-barang kat sini..- no no... that's not the problem..I mean bunuh ahli sendiri..!"
"Jangan fikir macam tu boleh tak?!"
Aku dan Hyunra bertekak. Sehinggalah..,
"Aku nak semua berkumpul! Sekarang!!" Kedengaran suara S.Coups dari alat kawalan di telinga kami.
Aku dan Hyunra saling berpandangan sementara ahli yang lain sedang bertanya kepada antara satu sama lain. S.Coups mesti tengah bengang sekarang ni.
"Mingyu! Hyunra!"
Jieun berlari ke arah kami berdua dengan termengah-mengah.
"Jieun.. Awak dari mana!? Kenapa sekarang baru muncul!?" Aku terus menegur Jieun yang baru kelihatan. Dari tadi aku tak nampak pun dia ada kat mana-mana masa tengah sibuk.
"Ma-Maaf... Saya takut sikit tadi... Dan ada masalah sikit... Jadi saya pun menyorok sepanjang masa awak semua berlawan tadi..." kata Jieun dengan kepalanya yang sedang menunduk ke bawah.
"Kenapa tak bagitahu!?.. Kalau kau bagitahu aku bolehlah tolong kau tadi!.. Nasib baik sekarang kau muncul! Kalau tak!?" Aku terus menggunakan ayat yang lebih keras disebabkan tekanan.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...