Jieun P.O.V,
Keesokan paginya,
Selepas selesai rutin pagi, aku ke sekolah dengan perasaan yang masih serba salah. Jadi langkah aku menjadi lebih lambat dari biasa.
Disebabkan itu.. pada hari ini, aku akan cuba memujuk Seungcheol.
Semasa belajar,
Aku memandang ke arah belakang dan cuba untuk bercakap dengannya tetapi dia mula meletakkan headphonenya di kepala supaya dapat mengelakkan aku dari berborak dengan dia.
Pada waktu rehat pula,
Aku duduk di tempat duduk sebelahnya tetapi, dia bergerak ke tempat duduk yang lain sambil mengajak Jeonghan. Jeonghan hanya memberikan aku pandangan simpati dan menggerakkan mulutnya 'sorry'.
Akhir persekolahan ketika balik,
Aku berjalan laju mengejar S.Coups dan menjerit namanya. Tetapi dia masih mengendahkan aku.
Sekarang, hati aku semakin penuh dibendung dengan perasaan yang risau.
Sehinggalah aku sampai di rumah bersama Yera, kesedihan itu masih tidak hilang walau sedikit pun.
Sementara Yera tertidur, aku memikirkan idea untuk memujuk Seungcheol. Tapi... aku tak ada idea, macam mana ni?...
Keesokan harinya,masih sama. Walau sedekat mana pun aku cuba untuk mendekati dia, semakin jauhlah dia akan pergi. Sekarang pergaduhan ini telah berlangsung selama seminggu.. ya, tujuh hari.
Apa yang perlu aku lakukan untuk memujuk lelaki ini? Umm... tak apa!.. Esok! Aku akan pujuk dia dan dia tak akan lari atau jauhkan diri lagi dari aku!
S.Coups P.O.V,
Haih... Dah seminggu rupanya aku tak bertegur dengan Jieun. Sejujurnya aku masih tak pasti bahawa betul ke tidak apa yang aku buat ni.
Jieun juga asyik terus cuba untuk memujuk aku. Tak sangka dia ni betul-betul cekal hati nak minta maaf pada aku. Lagi aku jauhkan diri, lagi pulak dia nak dekat dengan aku.
Tapi aku masih rasa tak percaya dengan pengakuan Jieun yang.. dia bunuh King. Aku pun tertanya-tanya macam mana dia boleh bunuh King.
Keesokan paginya,
Aku bangun dari katil single aku dan menuju ke tandas untuk segera mandi. Selepas menyiapkan diri, aku turun ke dapur.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...