Bab 18 : Sisi berbeza si ketua mafia

92 14 0
                                    

S.Coups P.O.V,

Akhirnya, ucapan dia dah selesai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya, ucapan dia dah selesai.

Aku menguap dek kerana mengantuk dengan ucapan budak baru tu tadi. Aku memandang Jeonghan yang dari tadi tersengih-sengih melihat dia memperkenalkan diri di hadapan.

"Bang. Nak terkeluar dah air liur abang tu." aku  menegur Jeonghan. Dia pun mengusap bibirnya.

"Mana ada!..." dia merungut marah.

"Kau ni... Aku bagitahu Sooha nanti.. Rosak rancangan kau nak mengorat dia."

Jeonghan pun memandang aku dengan mata yang membulat. "Bodoh hotak kau!... Tak payahlah ngada-ngada.." dia memarahi aku lagi.

"Eleh... dahlah 'pondan'💁🏼‍♂️, ada hati nak ngorat Sooha si Miss Perfect." Aku terus menerus mengacau Jeonghan.

"Eh!.. Kau tu 'unta'🐪 senyaplah dey.."

"Bila masa aku unta!?🐪..."

"Setiap 'masa'."

Aku pun terus mengalah dan tersengih melihat Jeonghan yang masih tidak mengalihkan pandangannya dari budak Saeri tu. Aku tidak berkata apa-apa, malah aku pun hanya meletakkan kepala di atas meja dengan malasnya.

Jieun P.O.V,

"Wah... Jieun, kenapa kulit dia flawless?.." tanya Sunhae kepada aku.

"Semula jadi kot... memang ada orang yang lahir dengan muka macam tu. Cantikkan?" kata aku.

Sunhae pun mengangguk laju.

"Ye.. Cantik sangat." Dia kembali memandang ke arah Saeri sambil menongkat kepalanya.

Saeri memang cantik.. Tapi, aku risau dengan sesuatu benda.

"Baiklah. Jadi untuk tempat duduk awak Saeri... umm.. sebelah Jisoo sana tu kosong." Kata cikgu Jiseok menentukan tempat duduk Saeri.

Aku memandang ke arah Seungcheol yang berada di belakang aku. Aku tergelak. Kelihatan seperti dia sedang tidur lena di atas mejanya.

Aku hanya melihat memandang tubuh Seungcheol yang tertidur sambil tersenyum dan menongkat kepalaku.

"Boleh tak saya duduk dekat sana?"

Aku memandang ke arah Saeri yang masih berdiri di depan kelas sambil menunjuk ke arah aku. Aku dengan kebingungan menegakkan kembali badan aku.

"A-Apa??" Soal aku.

"Saya nak duduk sebelah tingkap tu. Awak tak kisahkan?" Tanya pula Saeri kepada aku.

"Ta-Tapi.."

"Alahai... dia nak duduk kat tempat kau je Jieun.. biarlah." Kata Gong Chil.

CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]Where stories live. Discover now