Sooha P.O.V,
Selepas lama berborak bersama Jieun, aku pun balik ke rumah. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Jieun terlebih dahulu dan keluar dahulu sebelumnya. Aku keluar dari kafe dan lantas menuju ke jalan untuk aku pulang.
Ketika aku berjalan di jalan yang sunyi itu, hari menjadi semakin gelap kerana awan mendung yang menutup matahari.
"Tap-Tap! Tap-Tap! Tap-Tap!"
Aku terdengar bunyi tapak kaki sesorang. Hatiku berdegup kencang berasa takut dan memikirkan tentang perkara buruk yang kemungkinan akan berlaku.
Aku mempercepatkan langkah kaki aku. Tapak kaki orang yang mengekorku dari belakang juga menjadi semakin laju mengikut aku.
Aku pun mula berlari dan kedengaran bunyi tapak kaki itu juga sedang mengejarku. Aku berlari sekuat hati untuk lepas dari diekorinya.
Tapi aku gagal! Dia menutup mulutku dan melilitkan lengannya keliling leherku. Aku melepaskan diriku dari genggamannya dan mula menumbuk dan menendangnya dua atau tiga kali dan berlari lagi.
Sekali lagi aku gagal, ada dua orang lelaki yang mengejar aku sekarang. Mereka memegang pinggang aku dan meletakkan sehelai kain putih di mulutku.
Aku terhidu bau bahan toksik, dan tiba-tiba sahaja semuanya menjadi gelap. Aku pengsan. Aku tak sedar apa yang jadi kat aku.
S.Coups P.O.V,

Aku melihat cuaca di luar tingkap sambil memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket seluarku.
Sementara itu, Jeonghan sedang duduk di sofa membaca sebuah buku novel manakala Woozi pula sedang berbaring di sofa lain sambil mendengar lagu dari earphonenya. Semuanya nampak baik sehinggalah...
"Ting!... Ting!... Ting!..."
Telefon aku berbunyi. Aku mengangkat panggilan telefon itu tanpa ketakui siapa yang menelefon sebab nombor yang telefon aku tu aku tak pernah simpan.
"Helo?"
"Helo Seungcheol. Dah lama kita tak jumpakan??"
Lelaki itu tiba-tiba sahaja ketawa seperti.. orang jahat.
"Siapa ni?!"
Aku bertanya dengan takut dan cemas kerana aku pasti ada yang tak kena denagn lelaki ini. Ia kedengaran seperti orang yang sebaya dengan bapaku, tapi siapa?..
Sekali lagi lelaki itu ketawa dengan kuat dan aku berasa tak sedap hati tiba-tiba dalam kedengaran lelaki itu ketawa suara Sooha menjerit juga kedengaran.
"Kau siapa?! Kau nak apa dengan aku?!"
Sekali lagi aku bertanya tetapi kali ini dengan lebih kekerasan. Jeonghan dan Woozi terkejut apabila terdengar aku menjerit dengan begitu marah ketika menelefon. Ahli-ahli lain yang berdekatan juga mula berkumpul ke ruang tamu semasa aku menunggu untuk lelaki itu menjawab.
"Apa yang aku nak ya?.. Um!.. Aku tak naklah ambil nyawa perempuan comel ni.. Itupun kalau kau buat apa yang aku nak."
Selepas dia berkata begitu aku pun tanya.
"Apa yang kau nak?... Apa yang kau nak aku buat?!"
"Aku.. nak kau bagi aku 5 juta, dan..!"
"Dan apa?!"
"Bunuh mak bapak kau. Lepas tu... Harta diorang... Aku punya."
Aku mula rasa bingung.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Sonstiges°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...