"Apa aku nak buat ni?.."
~SKIP~
Aku pergi ke rumah keluarga aku. Aku mahu mencari Eunri di sana... Dia mesti ada kat situ..
"Seungcheol!? Kenapa kamu balik sini??" Tanya ibu aku.
"Mama... Papa kat mana??" Tanya aku kepada ibu aku dengan masih termengah mengah.
"Papa??.. Ah.. Rasanya.. papa tengah sibuk tu. Jomlah makan! Ya??" Mama aku cuba menarik aku ke meja makan sambil mengubah topik, tapi aku mengelak.
"Mama.. papa dah buat apa kat Eunri?.." sekali lagi aku bertanya. Tetapi kali ini ibu aku diam, memandang aku dengan penuh rasa simpati.
Perasaan takut kembali menghantui diriku. Disebabkan perasaan yang tak sedap hati itu, aku berlari ke bilik bawah tanah ayah aku dimana tempat yang kitorang mafia panggil.. 'torture room'.
~SKIP~
Aku melihat melalui sebalik dinding pintu, dan memang benar..
Ayah aku dah dapat Eunri.Aku melihat Eunri yang sedang memandang ke arah wajah ayah aku dengan pipi yang basah disebabkan air mata.
"Baiklah, Eunri!.." aku cuba mendengar dengan jelas apa yang papa akan katakan pada Eunri dari jarak yang agak jauh.
"Kamu tahukan yang keluarga kamu dah banyak menolong kami?.. Tapi.. Kamu dan Seungcheol... tak boleh bersama!" Papa aku menjerit pada Eunri. Bahkan aku pun terkejut sama.
"Tak uncle!... Saya.. anggap Seungcheol sebagai abang saya sendiri... tak lebih dari itu!..." kata Eunri.
~SKIP~
"Apa yang papa benci sangat dengan Eunri?.. Kenapa kami tak boleh rapat!?" Aku pun lantas menjerit pada ayah aku.
"Seungcheol... Taraf mereka dan taraf kita sangat berbeza. Bila kamu dewasa nanti, kamu akan faham.. dan papa pun dah ada rancangan untuk kamu." Kata papa aku sambil memegang bahu kiri aku.
"Kalau Seungcheol tak nak... Papa nak buat apa? Papa tahukan semua ni tak adil untuk Seungcheol??" Aku membalas.
"Hmm.. kalau kamu berkeras?... Papa akan pastikan yang kamu takkan dapat jumpa Eunri lagi... Selama-lamanya."Ayah cuba mengugut aku.
Selepas itu... apa yang aku ingat.. aku diheret orang suruhan ayah aku. Memang betul pun apa yang dia cakap, sampai sekarang aku tak dapat jumpa atau dengar khabar berita dari Eunri.
Hubungan aku dan ayah aku pun menjadi renggang. Kejadian-kejadian itu adalah kejadian yang aku takkan boleh lupakan sampai sekarang.
"Weyh! Seungcheol!" Aku melihat ke arah orang yang menggegarkan bahu aku.
"Jeonghan?... Kenapa? Cikgu sampai?.." aku bertanya sambil menggosok mata aku.
"Haah.. Ni ha cikgu Yoon Jeonghan dah sampai kat depan mata kau ni." Ceh.. dia ni kalau sehari tak nganjing aku tak boleh ke?..
"Kau ni kalau tak nganjing aku.. tak aman eh hari kau? Ke nak mintak penumbuk aku?.." aku membalas dengan mata yang kuyu.
"Alah kau ni, aku saja jelah.. Aku nak tanya je, kau dah ada plan ke belum??" Aku terpinga-pinga.
"Plan apa?..."
Jeonghan memandang aku dengan riak terkejut.
"Plan apa?? Plan nak selamatkan Soohalah!.. Kau dah lupa ke!?"
Aku pun baru teringat. Aku boleh terlupa benda penting camni?! Teruk's' aku ni.
"Alamak!.. aku lupa doh..! Aku takde idea.." aku menggosok-gosok muka aku dengan kedua-dua belah tapak tangan aku.
"Coups!.. Sooha dalam bahaya tau!? Kau kata kau lupa!? Habis sekarang macam mana!?" Jeonghan menepuk mejanya.
"Sooha... dalam bahaya?.." kami berdua menoleh ke arah empunya suara tersebut.
Jieun yang dari tadi sibuk menyapu kelas berhenti ketika terdengar perbualan kami.
Aku perlahan-lahan mengarahkan kepala aku menghadap ke hadapan. Aku tidak kira sama ada Jieun itu Eunri atau bukan, dia tetap tak boleh tahu apa-apa pasal kami dan apa yang jadi pada Sooha.
"Jeonghan?... Apa maksud awak?.." terketar-ketar suaranya bertanya kepada Jeonghan.
"Eh.. maksud saya tentang apa pula ni?.." Jeonghan cuba menyorokkan rahsia kami.
Kau settlekanlah Jeonghan.. Aku takde mood nak layan Jieun tu.
Aku cuba memandang di sisi aku supaya dapat melihat sedikit apa babak yang berlaku di belakang aku.
Jieun kelihatan sangat bingung dengan apa yang dijawab Jeonghan. Kepalanya terlentok sedikit ke kiri sambil masih memegang penyapu di tangan kirinya dengan ekspresi yang serius.
Manakala Jeonghan memeluk tubuhnya sambil bersandar di meja tempat duduknya dengan muka selamba yang dibuat-buatnya, memang ekspresi khas dia untuk menipu.
"Tentang Sooha. Apa jadi pada Sooha?? Saya dengar awak berdua cakap Sooha dalam bahaya.. What does that mean??" Jieun bertukar kepada posisi normal dan tegak.
"Oh.. cakaplah tadi. Sooha tu... dia kena demam panas, tapi dia kata.. dia tak nak pergi hospital. Tu yang bahaya tu, sebab bahaya kan?.. Betul tak Coups?!"
Tibe tanya aku...
Aku menghembus nafas.
"Entahlah..." aku menjawab perlahan sambil meletakkan buku-buku dari atas meja ke dalam laci meja.
"Eee... ngada-ngada punya anak bapak..." aku tetap boleh dengar apa yang dia cakap walaupun perlahan.
"Tak! Jeonghan, awak jangan ingat saya tak tahu yang awak tengah menipu sekarang ni tau. Awak semua menjengkelkan... jadi saya nak tahu apa yang awak semua sorok dari saya." Dengan beraninya dia mengeluarkan ayat-ayat dia.
Aku pun tersenyum sinis disebabkan keberanian yang perlu dipuji itu.
"Penting ke untuk kau tahu??" Aku menguatkan sedikit suara aku supaya boleh didengari oleh Jieun.
Aku bangun dari tempat dudukku. Berjalan ke depan Jieun.
"Kau tak menyesal??" Tanya aku lagi.
Dia pun menggeleng laju. Aku hampir tergelak dengan membayangkan reaksi dia nanti. Aku pun hanya tersengih dengan kedua-dua belah tangan aku yang masih berada di dalam poket seluar.
"You are so stubborn..". Aku pun memegang pergelangan tangan Jieun dan kembali memandang Jeonghan yang berada di sebelah aku. "Jeonghan, kau ikut aku.".
Aku menarik Jieun keluar kelas dan pergi ke tempat yang lebih sunyi iaitu di belakang bangunan sekolah.
Akhirnya, pergelangan tangan Jieun dilepaskan. Dia kelihatan takut dengan tindakan aku.
"Jangan risaulah.. aku takkan buat apa pun kat kau." Kata aku untuk menenangkan dia. Kemudian aku pergi ke Jeonghan, "Jeonghan.. kau tolong tengok-tengok sikit keliling kita ni.. aku tak nak ada sesiapa yang hendap kita kat sini." Jeonghan pun mengangguk.
Aku kembali memandang ke arah Jieun.
"Sebelum aku jawab soalan kau tadi.. aku nak tanya kau something dulu. Ok?"
Dia mengangguk dengan teragak-agak. Aku rasa dia takut dengan soalan yang akan aku tujukan kepada dia. Dia juga terus cuba untuk mengelakkan mata kami bertembung.
Aku pun menghembuskan nafas terlebih dahulu.
"Aku.. ada ternampak kau time balik sekolah... kau bawa balik seorang bayi keluar dari pusat penjagaan kanak-kanak.. budak tu siapa??"
Mata Jieun membulat dan dia lantas memandang aku kembali.
"Macam mana... awak tahu?..." tanya Jieun pula.
Bersambung...
_____________________________________
Yeay!! Part 9 done! Tq for reading!~~
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KITA?... [SEVENTEEN MALAY FANFICS]
Random°MAIN CAST°: °BOY'S - SEVENTEEN° •S.Coup's (Seungcheol) •Jeonghan •Joshua (Jisoo) •Jun •Hoshi (Soonyoung) •Woozi (Jihoon) •Wonwoo •DK (Seokmin) •Mingyu •The8 (Minghao) •Seungkwan...