"mommy! come over here mommy!
Anak sulung Nissa, Sara memanggil lantas mengejutkan nya dari lamunan. Nissa cuma tersenyum memandang Sara dan Rafi bermain di playground kondominium. Ada beberapa lagi kanak-kanak lain juga sedang bermain. Nissa tahu Sara memanggilnya kerana dia sudah bosan menghayun adiknya di buaian. Nissa bangun, membetulkan blouse navy blue nya menuju ke arah mereka. Tudung shawl nya yang berona lembut terselit kemas beralun dibuai angin lewat petang.
"I think it is now time to go home. Mommy nak mandi, nak masak. And you young lady, needs to shower before mengaji. Now go get your brother".
"Ala mommy, I still wanna play." muncung mulutnya marahkan ibunya namun dia tahu, what mommy says, mommy gets. Final.
Dengan gaya kaki yang diseret berat, dia menuju ke arah adiknya, "Rafi lets go. Nanti mommy marah". Adiknya cuma mengeluh dan membontoti Sara. Walau masih di usia muda, personaliti anak dara kecilnya ini sudah dapat dibaca, matang dan berdikari sama seperti mommynya.
Setelah mengangkat dan menyandang handbagnya, Nissa mengambil pula beg anak-anaknya dan berjalan menuju ke lif kondo. Rafi yang sudah pun berumur 3 tahun sudah memahami rutin hariannya, mendahului kakak dan ibunya dan terlebih dulu sampai di depan lif. Bersahaja dia menekan butang naik dan senyum nakal ke arah ibunya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Sara menahan pintu sehingga ibu dan adiknya masuk. Sampai di tingkat 22, pintu lif terbuka. Di luar, langit sudah hampir gelap.
"mommy, malam ni kita makan apa? Sara teringin nak makan ayam goreng kicap."
"ok Sara masuk dalam, mandi siap-siap, mula practice bacaan mengaji, and tunggu je sampai mommy cakap dinner dah ready ok. I have to make sure Rafi dah mandi dah siap semua then only I can start cooking, ok dear?"
Sara tersenyum, menyerlahkan lesung pipitnya, "ok mommy". Arahan sebegini sudah biasa dihadam Sara dan dia sudah cukup matang untuk memahami tanpa banyak soal, nanti berleter panjang pula si ibu.Setelah selesai makan malam, Sara dan Rafi menonton tv. Sekejap terdengar Sara mengadu adiknya mengacau. Sekejap kemudian kedengaran mereka bergelak ketawa pula. Di kondo yang sederhana ini, hiasan yang dipilih Nissa amat minimal. Melalui pengalamannya yang terpaksa berpindah berkali-kali, lebih sedikit perabot, lebih bagus. Mengamalkan prinsip, one in one out, tiada barang yang tidak diperlukan, semua yang ada hanyalah yang betul-betul digunakan.
Malah saiz kondo ini juga cukup muat-muat sahaja untuk mereka bertiga. Tiga bilik tidur, dua bilik air. Balkoni yang menghadap kolam renang di tingkat 11 menambahkan aura mewah tetapi bising pula dengan bunyi kenderaan berat melintasi highway.
Adat hidup di bandar. Kalau mahu sunyi, pindahlah ke kampung. Mau sahaja Nissa pindah ke kampung namun di sana nanti bagaimana pula dia nak menyara anak-anaknya.
Difikirkan sekali lagi, kampung siapa yang mahu diterjah, bukan ada sesiapa yang dikenali yang ada rumah di kampung.
Pernah seketika ketika dalam keadaan serabut dengan tekanan hidup dalam membesarkan kedua anaknya sendiri, Nissa ingin lari jauh, keluar dari kebingitan hidup di bandar. Tapi, kalau ada kampung pun, aku nak buat apa di sana? syarikat apa pula yang aku nak uruskan? kedai runcit atau kedai karpet siapa? Eh ulat dalam batu pun blh hidup. InsyaAllah ada rezeki di mana-mana.
Nissa cuma menggeleng kepala sambil tersenyum. Terasa lucu pula dengan angan sendiri yang tidak berpijak di bumi nyata. Hidup di bandar tekanannya tinggi, apatah lagi expectation yang diletakkan dalam membesarkan anak-anak tidak sekadar ala kadar. Segalanya mesti diberikan yang terbaik. Pelajaran, keselesaan, ajaran agama, jika boleh mahu penuhi semua.
Nissa meneruskan mengemas beg anak-anak nya untuk esok pula. Setelah habis mengelap dapur dan mengemas bersih, Nissa perasan suasana yang senyap. Eh! Apa cerita diam aje budak-budak ni. Nissa bangun dan meletakkan beg di atas almari laci.
Di sebalik sofa, kelihatan dua beradik itu telah nyenyak tertidur, terlentang di atas permaidani. Rafi masih memeluk botol susunya manakala Sara cuma memeluk bantal sofa. Sambil menggeleng kepala, Nissa masuk ke bilik Sara dan membuka aircond, menetapkan pada suhu 22 celcius, tidak terlampau sejuk dan tidak terlampau panas. Nissa menutup lampu tengah dan menekan lampu tidur. Anak-anaknya tidak boleh bergelap, nanti terjaga menangis pula Si Rafi. Katil bujang Nissa bercadar merah jambu manakala katil bujang adiknya Rafi berwarna biru muda. Susun atur yang kemas dan selesa dengan almari seorang satu, menempatkan barang-barang masing-masing.
Hmmm, berat pulak nak dukung si Sara ni. Sudahla harini kepenatan berkejar ke sana ke mari di pejabat.
"Sara, bangun tidur dalam bilik ya sayang" bisik Nissa. Dengan mata terpisat-pisat, kanak-kanak berumur enam tahun itu akur dan bangun menuju ke biliknya. Perlahan-lahan Nissa mengangkat kepala anak bujangnya, menyorongkan lengannya dan mendukung Rafi ke katilnya. Rafi pun dah berat juga sekarang. Tak lama lagi anak bujangnya dh nk masuk 4 tahun tp manjanya dan pelatnya masih serupa baby.
Selepas menyelimutkan Rafi, Nissa mencium dahi kedua-duanya dan melangkah perlahan keluar.
Sleep tight my love. Don't let the bed bug bites.
*****"*****
Baru sahaja nak lelapkan mata, handphone Nissa berdering. Nissa yang berjalan malas ke arah telefonnya seakan sudah meneka siapa yang menelefon malam-malam begini. Jenis Nissa memang no business beyond working hours unless really necessary.
Pasti Arman. Lelaki yang mula dikenali apabila syarikat Nissa bekerjasama dengan syarikatnya dalam sebuah projek di Perak. Arman yang sudah berkahwin tetapi masih jua tidak serik mengejar dirinya.
Nissa mengimbas kisah ketika Arman menyuarakan rasa hatinya pada Nissa dua tahun yang lalu. Nissa yang lurus bendul hampir percaya kepada kata-kata manisnya sehinggalah Alin memberitahu status perkahwinan sebenar lelaki itu.
Asal janda je nak kacau. Asal janda je nak kacau. Benci lah!

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak Henti Gelora
RomanceKisah seorang ibu tunggal anak dua di kota metropolitan dalam mencari kebahagiaan untuk diri dan anak-anaknya. Perjalanan hidup seorang anak terbuang yang membina hidupnya sendiri. Haziq pernah mengecewakan dan menyakitkan dirinya, Razif datang men...