Walaupun cuaca agak panas hari ini aku masih menyandar diri di kereta Honda Civic yang di ubah suai oleh ku tampa berganjak.
Ya.. Memang dari dulu aku idamkan sebuah kereta yang mengikut cita rasa ku sendiri, walaupun aku terpaksa berhabis ribuan ringgit tapi ia berbaloi apabila iya menepati ciri ciri yang aku mahukan. Ramai yang kata minat aku seperti lelaki tetapi aku tak kesah dan aku anggap itu hanya gurauan.
Aku tersenyum apabila kereta ku menjadi tumpuan orang yang lalu lalang. Walaupun ada di antara mereka mencemuh aku dalam diam tak aku hirau kan walaupun kadang kala ia menyakitkan yang penting aku tak guna duit mereka untuk minat aku.
Loceng tamat sekolah ke dengaran. Aku mula tersenyum. Cap Yang agak senget aku betulkan. Cermin mata hitam yang aku kenakan aku betulkan kedudukan nya.
Hati aku mula berdebar. Sekian lama tidak berjumpa dengan si dia akhirnya hari ini aku tunaikan janji yang aku sematkan di hati. Janji di mana bila aku berjaya kelak aku akan berjumpa dia dengan senyuman penuh makna senyuman yang mengatakan aku telah berjaya dengan cara ku sendiri.
Pelajar kolej KV (kolej vokasional) mula keluar ada di antara mereka terkejut dengan kehadiran ku di depan sekolah mereka. Hati aku kian berdegup kencang, rasa debaran di dada sudah tidak boleh di kawal.
Adakah dia masih ingat akan aku? Adakah dia boleh kenal muka aku selepas sekian lama aku menghilang? Adakah dia akan gembira dengan kehadiran aku pada hari ini? Pelbagai soalan bermain di fikiran.
Pelajar yang melehat kagum ke arah aku tak henti henti tersenyum. Tapi aku tak hiraukan tujuan aku pada hari ini ialah mahu bertemu dia. Dua orang sahabat karibku yang melehat kelibat si dia yang hampir keluar memberi isyarat.
Untuk kali terakhir aku cuba kemaskan diri sekemas yang mungkin. Tarik nafas hembus tarik nafas hembus... Tarik nafas hembus...
selesai sahaja aku menenangkan diri, wajah aku angkat kan. Aku melehat dia berjalan dengan beberapa orang kawan perempuanya.Wajah dia makin cantik dengan senyuman di bibir hampir membuatkan aku rebah. Ya allah kau kuatkan lah hamba mu yang lemah ini.
Dia melehat ke arah aku. Dia berhenti seketika mungkin gagum dengan aku atau kereta ku , aku tak tahu?
Aku tersenyum ke arah nya. Dengan segala kekuatan yang aku kumpul aku berjalan ke arahnya. Aku berdiri tepat tepat di depan dia yang berhenti melangkah sebentar tadi. Debaran di jiwa datang kembali mengacau emosi ku yang aku pendam sekian lama.
"Hai Ayuni alinda" aku sapa dia dengan penuh debaran di dada.
Kawan kawan dia yang di sebelahnya mula berbisik sesama sendiri. Mungkin pelik macam mana aku boleh mengenali Ayuni.
"Hai awak siapa ya? "Tanyanya dengar persoalan.
Tepat jangkaanku yang dia mungkin tidak kenal aku. Tambahan dengan penampilan baru aku yang agak bergaya.
" kau tak kenal aku? " tanya aku kembali. Dia menggeling kan kepala tanda tidak tahu.
Orang di sesekeliling mula memasan telinga dan memerhati.
"Aku bekas kawan baik kau dan kau penah jadi crush aku and kau masih steals crush aku walaupun sekarang " jawab aku panjang lebar. Dia terkelehatan cuba mengingati sesuatu.
Dia masih cuba mengingat tapi bagi aku tempoh itu cukup lama. Tampa membuang masa aku dedahkan diri aku kepada dia.
"Nur Alisha binti Azmir" aku tersenyum.
Dia agak terkejut. Kawan kawanya seakan kebingungan bila mendengar nama yang aku sebutkan kecuali seorang yang tersenyum.
"Kau! "Wajah nya seakan terkejut.
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .