"Asal aku kena tawar diri goda mamat bodoh tu?"
Ris mandang R. Apa dia ingat aku pelacur nak goda ii orang ni? Bodoh punya budak. Mentang ii aku tak pernah nak berkeras dengan dia boleh pulak dia naik kepala.
"Okay dah kau tak nak kau nak hantar sapa? Atau kau nak upah orang?"kata R sambil mengangkat sebelah keningnya.
Alex menghidupkan sebatang rokok, di sedup rokok itu sebelum di hembuskan kepulan asap putih ke udara. Alex ni suka sangat isap rokok macamlah isap rokok tu baik sangat.
Hum.. Isap rokok tak baik bunuh orang amalan terpuji pulak? Bengap.
R yang memang tak suka asap rokok buat kali ke dua dia memandang Alex dengan renungan tajam. Kenapa setan ni isap rokok kat sini pulak? Bodoh sungguh.
Alex yang perasan akan pandangan R hanya tidak endahkan saja. Asal budak ni pandang aku pulak? dia ni dah kenapa? tak puas hati nak gaduh lagi ke?
"Kau padam rokok kau Lex... Aku rimas"kata Ris.
Dia bukan rimas dengan rokok tapi dia rimas akan pandangan R kepada Alex dan dia tahu kalau di biarkan pasti mereka berdua akan bergaduh lagi. Macam anjing dan kucing tapi persoalanya siapa anjing siapa kucing?
Alex hanya mengikut arahan. Rokok di padam ke mudian dia bergerak ke arah kabinet yang menepatkan beberapa botol arak.
Sebotol arak di keluarkan sebelum di tuang ke dalam gelas. Dia menyandarkan dirinya di almari kecil di ruangan itu sambil menghadap R dan Ris.
"Kalau korang nak upah orang untuk goda mamat tu I boleh uruskan"kata Alex sambil meminum air kecing setan tu.Hahahah.
"Aku tak kisah kau nak upah orang. Boleh tu boleh tapi lepas dia goda bodoh tu aku kena bunuh dia"kata R.
Ris memandang ke arah R. Apa hal pulak nak bunuh perempuan tak bersalah tu?
"Kenapa?" tanya Alex.
"Lebih banyak saksi lebih banyak masalah dan risiko and kau jamin dia akan tutup mulut dia bila dia kena ugut?" pandangan di arahkan ke arah Alex.
Ada betul jugak apa yang di kata. Making banyak saksi making banyak masalah.
"Camna kau masih nak upah orang?"
Tanya R.Kenapa aku tak terfikir? Hm... Patutlah Dahlia bawak budak ni nampak bodoh tapi bijak rupanya. Banyaklah kau punya bodoh camlah kau tak bodoh Alex.
"Apa yang kau kata ada betul jugak. Jadi nak tak nak aku kena setuju kali ni untuk misi ni"kata Ris akur.
Perut masing ii dah berbunyi menandakan cacing di dalam perut mintak makanan. Jam dah menunjukan pukul 10:48 pagi.
"Okay rancangan dah ada sekarang aku nak makan"kata R sambil berlalu ke bilik air.
"Bijak tapi panas baran. Mana you jumpa budak ni?"tanya Alex.
"Aku tak jumpa dia tapi dia jumpa aku" jawab Ris kembali.
"Dia cari you?" tanya Alex lagi.
"Bukan cari tapi lebih tepat dia selamatkan aku"kata Ris.
"Dia selamatkan you?" soal Alex.
Hanya anggukan sebagai jawapan. Ris bergerak ke arah katilnya. Laptop di simpan elok di tempatnya. Lalu di sorok di bawah katil sebagai langkah berjaga jaga. Siapa tahu masalah yang akan menimpa kan?
"Baik kau pergi siap sebelum dia keluar kalau tak kau jadi makanan dia"kata Ris pada Alex yang masih menyandarkan diri di almari kecik.
"Hum..."ringkas balas Alex.
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .