Arisya pov
Sebaik sahaja aku balik dari kelantan ke kuala lumpur tempat pertama aku singgah ialah kelab malam yang sering aku kunjungi.
Walau penat memandu hampir sejam setengah aku tak endahkan. Aku tahu kalau orang lain driver jauh jauh mesti balik tidur tapi aku tak aku lebih suka datang sini sebab... Aku nak tenangkan fikiran.
Bunyi bising dentuman muzik hampir aku tak dengari. Tengah aku leka mengelamun di sudut yang hampir membuatkan orang lain tidak menyedari ke hadiran aku. Secara tiba tiba aku di sapa oleh makhluk yang buat aku menyampah tahap gaban.
"Hai sya... u buat apa dekat sini sorang Ke u datang dengan kawan?"
Sapa fairus satu satunya anak teruna tan Sri khalid."Ha ah sorang ke u nampak berlima?"
Perli aku. Aku memandang ke arah lain malas aku rasa nak pandang muka yang acah acah kacak tahap labi labi air ni."Hahahah pandai lah u melawak. Ni i tambah sayang kat u ni" dia melirik kan senyuman manis kepadaku, aku balas dengan senyuman pendik. Malas aku nak layan raja segala playboy . Baik aku balik tanya perkembangan si R lagi bagus.
"Emmm Rus i dah nak balik ni i penat baru balik dari perlis tadi , sorry tak dapat teman u by²" aku berjalan pergi meninggalkan dia belakang bersama pembohongan sebelum dia sempat membalas.
********* **************** ********
Sesampainya aku di rumah.Terus aku menuju ke arah bilik tidur.Beg tangan yang aku pengan sedari tadi dah lama aku campak di atas katil.Tuala yang tersidai elok di pintu almari segera aku campai dan berlalu ke bilik air untuk segarkan diri selepas seharian di luar.
Jam menunjukkan pukul 12:45.aku tersenyum sinis. Aku mengagak pasti R tengah meradang terok sebab masa ni masih tak tidur lagi. Aku cukup tahu dengan sifat si R yang suka tidur awal.
membayang si R yang tengah menahan ngantuk membuatkan aku ketawa. Aku yang berada di atas katil menggeliat kecil. Muka ku aku benangkan di atas bantal. Aku teringat balik kenangan pertama kali aku bertemu si R.
3 tahun lalu
Alisha pov
Sebaik sahaja aku turun dari bas, perkara pertama aku buat ialah cari kedai mamak kenapa kedai mamak? Sebab aku lapar and aku tahu makan kedai mamak pasti lebih murah dari restoran.
Beg galas yang aku galas di belakang badan terasa lebih berat apabila perut aku berkeroncong dan di tambah bahang panas mentari memanah tepat di atas kepala.
Aku berhenti di bawah pokok untuk berhenti lelah sebentar. Tengah aku sedap merasai nyaman udara sejuk meniup di tubuh entah dari mana aku terdengar suara teriak kan meminta tolong.
'Tak guna kau alex... Kau guna cara kotor kau tahu aku sorang ii kau hantar anak buah kau ramai ii nak bunuh aku ciss '
Bisik hati Arisya. Arisya yang sudah di kepung oleh anak buah alex musuh ketat Arisya dari dulu tidak dapat membuat apa apa. Dia buntu, dia melehat manusia yang mengepunya seramai 6 orang kalau 2,3 orang dia sudah pasti menang tapi kali ini tidak.
Dia berfikir ligat tapi pada akhirnya dia hanya dapat satu penyelesaian ia itu menjerit meminta tolong. Walaupun maruah dia sebagai ketua gangster yang di segani dan di geruni dia terpaksa, biar maruahnya tercalar dari nyawa melayang.
"Tolong... Tolong... Tolong!! "
Anak buah alex yang mendengar Arisya meminta tolong tergelak besar.
"Hahahhaha apa ni cik adik manis kata ketua gangster takkan abang datang nak bagi salam sayang pun takut? " lelaki A tersenyum menang.
Dia pasti di beri hadiah yang lumayan oleh alex kerana dapat menundukkan si black mamba atau lebih tepat Arisya. Dia ketawa gembira melehat Arisya dalam ketakutan dia tersenyum sinis. Ini ke Arisya yang di geruni kerana kekejaman? Kalau betul itu Arisya yang di katakan semua cerita tentang kehebatan Arisya hanya khabar angin.
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .