Nak marah marah aku apasal? Aku jerit je pun bukan melalak. Tapi memang salah aku pun, sapa suruh jerit macam hantu kak limah. Padan muka wekkk.
Emm nanti kalau aku jumpa R aku nak minta maaflah. Aku tahu dia takde niat nak marah aku macam tu kalau ada pun mesri bersebab.
Bodohnya kau Uni... Kenapa lah kau boleh jerit macam tu kuat sekali, buat malu tujuh ke turunan je.
Tok tok tok
Sapa pulak ketok pintu ni? Ni yang malas ni hmmm. Bukanlah kalau tak bukak mahu Perempuan yang R panggil boss tu masak aku.
Dengan malas aku gagah kan jugak diri pergi bukak pintu. Sebaik pintu di bukak terpanpanglah muka R dengan sengih ketam mampusnya. Ketam boleh sengih ke?
"Hai Uni boleh aku masuk?" tak payah tanya bodoh, kau dah masuk pun.
"Dah masuk buat apa mintak kebenaran?" aku jawab dengan menyampah.
Memang nak mitak maaf pasal tadi tapi bila ingat balik dia marah aku macam tu macam tak jadi je. Tapi ni rumah dia nanti dia halau aku keluar mau merempat aku dekat tepi jalan.
Aku jemput dia duduk atas katil. Masa dia nak duduk tu aku dapat tengok muka dia macam nak cakap sesuatu.
Uni dan R duduk bersebelahan di atas katil bersaiz King. Uni hanya pandang lantai tak berani nak pandai wajah R.
"Emm Uni? Aku nak mintak maaf pasal tadi, kau boleh maafkan aku tak?" tanya R dengan penuh harapan di maafkan.
"Aku maafkan kau jangan risau. Salah aku jugak jerit macam orang gila tadi"balas Uni.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni" R yang mula pandang Uni membuatkan Uni tak sedap hati.
Apa dia nak cakap ni. Jangan cakap aku tak boleh balik sudah.
"Kau nak cakap apa?" tanya Uni kembali.
R diam seketika. Nak cakap ke tak? Nak cakap ke tak? Baik aku cakap kalau aku tak cakap nanti aku hilang macam tu lagi buat dia marah.
Dari muka yang risau berubah ke muka beku balik. Banyaknya kau punya beku tak hancur pulak urat saraf kat muka kau asyik beku.
"Nanti pukul tiga aku fly Rusia dengan Ris" Uni agak terkejut tapi di kawal.
Nak pergi Rusia? Buat apa? Dia ada kerja ke dekat sana? Kalau ada dia kerja apa?
"Kau nak pergi buat apa? Eh jap Ris? Siapa Ris?" tanya Uni balik.
"perempuan yang tinggi² dan cantik yang kau selalu tanya bila kau boleh balik tu"terang R.
"Ooo perempuan tu. dia kawan kau ke?" banyak tanya pulak budak ni.
Tapi sebab sayang di Jawab jugak."Tak. Dia boss aku and lagi satu aku nak kau dengan kawan kau hati² dengan dia. Kalau kau takde benda hidup mati jangan hadap dia atau cakap dengan dia. Faham?"arah R.
Uni hanya angguk faham. Jadi kali ni dia takkan buat silap lagi macam sebelum ni. Dia takkan cakap dengan perempuan yang R panggil Ris kalau takde benda penting. Dia akan ingat tu.
"Kau pergi rusia buat apa?" wajah R hanya di pandang. Sudah hilang ke ceriaan di wajah.
"Aku ada kerja, jadi masa aku takda Ainna dan Ana akan jaga kau" baru R nak bangun tapi di halang oleh Uni.
"Bila kau balik?" entah kenapa tapi dia tak sedap hati akan pemergian R.
"Aku tak pasti. Kalau aku lama di sana kau jangan risau aku akan benarkan kau balik. Maaf buat kau macam ni, aku gerak dulu" R melangkah ke luar dari bilik uni.
Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Kalau dia nak pergi biarlah, macam kau tak biasa. Dulu dia hilang bertahun kau takpa je.... Tapi sekarang kenapa kau kisah?
Aku kisah sebab aku takut dia hilang lagi. Aku takut dia hilang dan tak balik balik. Kenapa aku sedih ni? Dia pergi kejap je... Ya kejap! Bukan lama.
Ayuni berperang dengan diri sendiri. Entah kenapa dia rasa berat untuk lepaskan R pergi.
Jam dinding di tengok baru pukul 12 masih ada dua jam sebelum R belepas. Aku nak jumpa Ainna lah nak tanya R kerja apa sampai Rusia.
Sebaik keluar dari bilik dia mencari kelibat Ainna tapi hampa dia tak jumpa. Dia turun ke tingkat bawah dia dapat lihat Arin tengah duduk di atas sofa sambil bermain telefon.
Dengan senyuman di bibir dia bergerak ke arah Arin.
"Hai Arin, Arin sibuk ke?"
Sofa di depan Arin di duduki. Arin yang leka dengan telefon tersentap dengan kehadiran Ayuni.
"Hai jugak, taklah tak sibuk saja je main fon boring. Uni ada apa² ke?"Jawab Arin.
"Emm Arin,uni nak tanya boleh?" tanya uni dalam risau. Risau takut Arin tak bagi tahu.
"Tanya apa?"
"Emm R kerja apa?" muka Arin di lihat dengan tanda tanya. Nak tanya R? Lagi lah dia tak berani.
"Erk.... Tanya lah R sendiri"
Apa ingat Arin nak bagi tahu? Nak suruh Arin cakap macam ni 'dia kerja bunuh orang kami dua pun' macam tu? Kalau dia cakap macam tu mau uni takut. Kalau uni takut duduk diam takpa kalau uni cakap dekat R macam mana?
Nak nak tercabut kepala dia R cabut. Tak dia tak berani cukuplah dia dah buat silap tadi.
"Uni takut dia tak bagi tahu. Arin cakap lah uni nak tahu, please uni janji tak cakap dekat sapa²"rayu uni dengan muka comel.
"Kalau uni nak tahu uni tanya dia sendiri Arin tak nak bagi tahu"lantas Arin bergerak dari situ. Dia malas nak duduk lama lama takut di desak uni.
Uni yang lihat pemergian Arin mengeluh. Kenapa Arin tak nak bagi tahu? Teruk sangat ke kerja R tu?
"Ehem² kau buat apa dekat sini?" satu suara yang agak feminin menyapa uni. Siapa lagi kalau bukan Ris.
Uni yang sedar akan kehadiran Ris terus menundukkan kepala. Kata kata R sebentar tadi masih melekat di benaknya.
"Aik? Bisu pulak sebelum ni banyak tanya?" bidas Ris. Dia saja berkata begitu supaya uni memandangnya.
"Saja boring duduk dalam bilik, emm uni naik bilik dulu" terus dia bergerak ke biliknya.
Ris hanya lihat langkah Uni ke tingkat atas. Dari ruang tamu dia bergerak ke bilik R. Nak bagi tahu detail tugas R dekar Rusia nanti.
Hai semua maaf lama hilang. T tiba ii bosan menulis jadi T berhenti sekejap. Bila baca balik cerita ni macam bangan je... Cam budak ii malu T. Hahahah apa apa pun terima kasih yang baca dan vote tu.
comen and vote lah lagi ya.....
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .