3

1.2K 29 16
                                    

Macam mana dia tahu aku masih belajar dekat sana? Ke ada sapa sapa bagi tahu dia?, eh.... Tak mungkin sebab setahu aku lepas dia menghilangkan diri dia tukar nombor telefon and semua orang lost contac dengan dia termaksut aku.

Tapi kenapa masa petang tadi aku rasa berdebar bila dia pandang mata aku lama lama? And kenapa dia tuduh aku cakap buruk pasal dia. Persoalan demi persoalan muncul di benak Ayuni tentang R.

Ayuni melangkah ke arah katil. Dia membongkokkan badan sambil tangan meraba raba di bawah katil. Apabila tangannya mengampai barang yang di kehendaki lalu di tarik ke luar. Sebuah kotak yang agak berhabuk di tarik keluar.

Ayuni melehat kotak itu lama sambil tersenyum pahit. Tampa berlengah dia membuka kotak itu dan melehat isi di dalam. Sehelai selendang berwarna merah darah ikan berada di dalam kotak itu. Terkelehatan selendang itu masih baru dan tidak terusik.

R kau ingat tak kau paksa kawan kau datang rumah aku bagi benda ni kat aku tanda perpisahan kita sebelum kau hilang? Aku rasa kau tak ingat sebab masa tu hati kau hancur gila kan, hati kau hancur sebab aku.

Air mata yang mula mengalir ke pipi terasa hangat. Entah mengapa dia berasa bersalah selepas kehilangan R secara mengejut. Dia rasakan semua itu salah dia salah dia menyebabkan R menghilangkan diri.

Ring.... Ring.... Ring....

Telefon milik ayuni berdering. Cepat cepat dia mengesat air mata, lalu di angkat telefon.

Ayuni:hello?

???? :weh.... Sapa dengan kau petang tadi?

Ayuni:apa kau ni salam apa tak bagi , tiba² tanya aku macam tu kau apa hal do.....

??? : lek a... Jangan marah uni.... Eh kau dah tak tahu gruop sekolah kita... heboh pasal kau?

Ayuni yang mendengar separuh menjerit.

Ayuni: Apa!! Kau biar betul.... Kenapa aku tak tahu? Dah² aku nak off cau lu...

Cepat cepat Ayuni membuka aplikasi whatsapp . Terkejut beruk dia apabila gruop sekolah kecoh pasal dia bercinta dengan anak orang kaya. Walaupun mereka semua tahu yang R tu perempuan tapi dia seakan tidak kisah malahan ada di antara mereka nak berkenalan dengan R.

Makin terkejut dia apabila melehat berpuluh chat personal. Adu... Menatang apa dia orang nak ni.... Nak balas ke... Nak biar... Nak balas ke.... Nak biar... Emmm biar a...

Ayuni membaling telefonya ke atas katil lalu berlalu ke luar bilik dan melangkah ke arah dapur. Bau ikan patin masak asam pedas menusuk hidung miliknya.

Dengan pelahan dia melangkah ke arah dapur. Mak edah ibu Ayuni sedang beryanyi sambil memasak, kehadiran Ayuni di dapur seakan tidak di endahkan.

"Mak ikan meletup "jerit Ayuni dari belakang ibu nya.

"Ooo mak kau ikan aku meletup tup tup" kedua belah tangan di angkat ke atas lagak orang menyerah diri.

"Hahahah, Apalah mak ni lawak lah...... "Gelak Ayuni sambil memeluk ibu nya.

"Apa kamu ni uni.... Kalau tak kacau mak tak boleh ke.... "Marah mak edah.

"Mana boleh kalau tak kacau mak... Nanti tak bahagia lah hidup"

" emmm iyalah. Betul sesangatlah apa yang kamu kata tu"balas mak edah.

Sebaik sahaja dua beranak itu selesai makan. Mak edah memanggil Ayuni dari halaman rumah. Ayuni yang baru sahaja ingin masuk bilik berpatah balik ke arah dapur dan bergerak ke arah halaman rumah untuk berjumpa mak edah.

Aku tak bodoh Where stories live. Discover now