Sebuah video yang bedurasi hampir 27 minit di paparkan. Aku buka video dan apa yang aku tengok bakal mengejutkan diri aku. Ia..........
Diri aku! Diri aku yang sedang duduk di atas kerusi sambil memandang tepat ke arah kamera yang merakam!
"Kau tak payah nak tunjuk bodoh terkejut lah..." kata dia yang menyerupai aku di dalam video.
Eh ii dia ni macam tahu ii je aku sedang terkejut. Dia ada ilmu syikin ke?
Jap ii dia ni kembar aku ke? Atau dia memang aku? Kalau di kembar aku tak mungkin rupa dia langsung takda beza dengan aku?
Aku tengok balik video yang masih terpasang di laptop. Entah kenapa aku dapat rasa kan yang dia itu aku. Diri aku sebelum aku jadi macam ni.
"Aku tahu.... Pasti banyak persoalan yang bermain di fikiran kau sekarang
Tapi apa yang kau perlu tahu ialah siapa diri kau! Jadi ni lah fungsi video ni.... "Memang sah dia ni ada ilmu syikin yelah semua yang bermain di fikiran aku dia dapat tembak dengan sedang. Apa lagi syikin lah tu...
Apa yang aku merapu ni? Ish! Baik aku cuba dengar dengan baik segala yang bakal di beri tahu oleh dia, mana tahu ada info berguna?
Aku betul kan ke duduk dengan duduk bersila menghadap laptop tapi sebelum tu aku buka pancuran air hujan supaya sesiapa yang masuk bilik aku tanpa aku tahu mengangap aku tengah mandi. Bijak kan?
"Apa yang aku nak bagi tahu kejap lagi aku nak kau dengar elok ii sebab aku nak kau hapus kan cd ni lepas video ni tamat, kau faham?"seakan dia berada di depan aku, aku menganguk tanda faham.
Nakpak bodoh tapi riflek badan aku nak buat macam mana?
"Rumah yang kau duduk sekarang ni ialah milik perempuan yang bernama Dahlia Arisha dan kau ialah Nur Alisha yang berkerja dengan dia. Apa kerja kau? Kerja kau bunuh orang. Yes you are the assassin!" mata aku tak berkedip. Terkejut, terkejut dengan apa yang baru aku dengar.
A... Aku.. Aku pembunuh? Pembunuh upahan? Kerja dengan bunuh orang untuk dapat duit? Semua tu tipu kan?
Aku pandang ke dua belah tengan aku. Tangan ni pernah bunuh orang? Dan tangan ni ialah tangan aku! A.. Aku pembunuh?
Dengan masih terpinga pinga aku tengok balik ke arah laptop. Aku cuba tengok dengan lebih jelas orang yang berada di dalam video tu.
Adakah itu aku? Dan aku adalah dia? Aku dan dia adalah orang yang sama? Macam tu?
"Kau nak tahu siapa Arisha? A. K. A Ris?" tanya dia seakan tahu aku masih blur dengan semua ni.
Tak lama selepas itu muncul gambar seorang perempuan... Dia Ris? Arisha? Sayang aku? Arisha A. K. A Ris ialah sayang aku? Tak sayang pun tapi... Dia Ris!?
"Perempuan ni ialah Ris dan satu perkara kau perlu tahu pasal dia, dia ni suka kau dalam diam. Macam mana aku tahu? Sebab aku adalah engkau... "
jadi betul lah tekaan aku? Aku adalah dia dan dia adalah aku? Hum... Menarik."aku nak kau hati ii dengan dia, sebab apa? Sebab dia suka kau dalam diam! Apa salah dia kalau dia suka aku? Ehh tak maksud aku, kau dalam diam? Aku rasa aku tak perlu cakap sebab kau sendiri dah tahu hal tu" kata diri aku sambil tergelak.
Tak guna dia macam tahu ii je aku semak dengan perempuan tu.Jap.. Memang dia tahu sebab dia tu aku! Kenapa lah aku ni al bodoh sangat? Tak bodoh tak boleh ke?
"Dan satu lagi, ni hal paling penting dalam hidup kau. Kalau kau tertanya penting mana hal ni pada kau apa yang aku boleh cakap aku atau kau lebih penting kan hal ni dari nyawa sendiri" ucap dia lagi tapi kali ni dalam mood serius. Lebih serius dar tadi.
Ia menarik minat aku untuk mendengar dengan lebih lanjut. Agak ii hal apa yang di masuk kan oleh diri aku ya?
"Hal tu lebih tepat di katakan ialah seseorang, seseorang yang aku dan kau sayang sangat ii sayang. Kau mesti tertanya tanya siapa dia? Jadi tampa buang masa aku tunjuk gambar dia, Gambar kesayangan aku... " sekali lagi screen laptop memapar kan gambar seorang perempuan.
Tapi kali ni ia lain, gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum manis menghadap pantai. Jantung aku! Jantung aku berdetak kuat seakan mengatakan sebahagian diri aku yang hilang dah aku temui dan ia hanya melalui sekeping gambar.
Tampa aku sedar air mata aku mengalir... Rasa rindu yang bagai kan sedalam lautan samudera tiba ii menerjah diri aku. Aku... Aku rindu si pemilik senyuman yang berada di dalam gambar itu...
Aku usap dengan pelahan screen laptop yang masih memapar kan gambar perempuan tadi. dengan pelahan tampa aku sedari aku menutur kan ayat yang aku tak sangka sangka.
"Aku rindu kau.... Aku rindu kau sangat ii" tutur aku dalam sayu.
"Buat masa ni aku tak tahu kau dah jumpa dia atau belum, sebab aku tak tahu masa kau dan tarikh kau tengok video ni tapi apa yang aku harap kan dari kau! Diri masa depan aku! Kau dah jumpa dia dan lindungi dia sebaik mungkin!!" sebaik sahaja ayat yang keluar dari mulut nya yang menyedar kan aku dari rindu yang mengunung.
Aku mengalimi sakit kepala yang amat dasyat.. Ia lebih teruk dari sebelum ni sakit kepala ni aku tak pernah alami lagi.
Aku mengerekot di atas lantai bilik mandi di sebab kan sakit kepala yang maha dasyat.
Sakit kepala yang hadir bersama sama imbasan masa lalu. Satu demi satu kenangan yang lalu hadir kembali ke dalam fikiran aku.
Selepas segala sakit kepala yang datang menyerang aku tadi beransur reda. Aku bangun dari atas lantai lalu bergerak menghampiri singki.
Paip air aku buka. Muka aku basuh berkali kali, aku pandang ke dalam cermin yang berada di hadapan aku bersama muka yang basah. Satu senyuman menyeringai aku ukir di bibir.
"AKU DAH BALIK DARI PECUTIAN YANG PANJANG........."
Tada! Hahahaha happy gila T dapat buat capter ni..... Okay pape pun mekasih yang mana votes and comen, votes and comen lagi okay :) sorry typo ke pape. Harap korang enjoy!!!!
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .