"Mak.. Betul ke mak terima pinangan tu?" tanya Uni untuk yang ke seribu kali.
"Kamu tanya lah banyak mana pun Uni jawapan dia tak kan pernah berubah"kata Mak edah yang sibuk melipat baju.
Tiada lagi sinar bahagia di wajahnya sejak menerima berita yang mengejutkan itu. Dunia baginya hanya sebuah permainan yang di atur di mana dia ialah permain yang di takdirkan bernasip malang.
"Sanggup Mak buat macam ni dekat Uni? Apa salah Uni mak?" tanya Uni sambil menahan sebak.
"Kamu jangan nak berdrama di sini lah Uni. Kamu buat macam mana sekali pun mak tetap tak kan batal kan pertunangan kamu" tegas Mak edah.
Hatinya bagaikan di robek. Kenapa Mak tak bincang dulu dengan aku pasal semua ni? Aku yang nak kawin dan tempuh hidup aku dengan seseorang tapi bukan dengan orang yang aku tak kenal.
Kenapa? Kenapa semua ni terjadi dekat aku? Aku cuma nak sedikit je lagi masa untuk tammat kan dunia kolej aku tu pun BESAR sangat ke permintaan aku yang KECIK ni?
"Dah lah Mak, kalau mak betul ii rasa yang ni memang terbaik untuk Uni maka nak tak nak Uni kena terima"
Akhirnya dia pasrah dalam paksa.Dia tak nak terus menerus menjadi anak derhaka tidak endahkan mak dia lagi. Maka dengan hati yang berat dia terpaksa terima juga semua ni tapi dia tahu rancangan ALLAH lebih baik dari segala galanya.
"Kan Bagus macam tu. Mak tahu apa yang terabaik buat kami Uni jadi kamu jangan risau"kata Mak edah sambil melihat Uni pergi ke dalam bilik nya.
Bila kau nak balik sini weh? Kau tahu tak sekarang aku tengah perlu kan kau? Mana kau? Kau dah tak sayang aku ke?
"Baby you nak makan apa? I masak kan untuk you eh?" kata si dia sambil melentok kan kepalanya di bahu aku.Bahagia nya dia dapat buat sebegitu. Tapi sebut pasal makan? Aku pun lapar gak.. Tapi nak makan apa ya? Hum... Apa kata tanya buah hati aku ni apa yang aku suka makan.
"Entah I tak tahu lah. Emm you tahu apa yang I suka makan?" kata aku sambil mengusap mukanya.
Dia diam seketika. Aku menantikan jawapan dia dengan penuh sabar. Tik tok tik tok masa berlalu dan dia masih diam.
"Sayang? You dengar tak apa yang I tanya tadi?" ucap aku. Dia yang terdiam tadi memandang aku sambil tersengih.
"I dengar cuma I tak tahu you suka makan apa sebab you suka makan banyak benda" balas dia dengan yakin.
Banyak benda ya... Aku suka makan? Takkan lah dalam banyak ii benda tu aku takda makanan favorite kut?
"Ya ke? Takkan I takda makanan favorite?" tanya aku lagi. Tapi kali ini aku memandang nya sambil menjoketkan sebelah kening.
"Erk? You suka... Suka... Makan... "
Apa yang dia suka makan? Ah! Ni soalan maut ni. Apa yang aku nak cakap ni? Dia suka makan apa? Erk? Su.. Su.. Sushi! ya sushi!
"You suka makan sushi!" balas dia.
Ooo sushi... Aku suka makan sushi. Hum... Sushi apa yang aku suka makan?
"Sushi ke? Kalau macam tu sushi apa yang I suka makan?" kata aku.
"Sushi salmon and king crab" ujur nya lagi.
"Kalau macam tu macam mana you nak buat sushi? Ke you pro buat sushi?" tanya aku. Kali ni aku tak alih kan pandangan aku dari dia.
Aku nak tahu jawapan yang dia akan bagi akan makan diri dia tak. Sebab dia jawab makanan favorite aku pun dah jerat diri dia dari awal.
"Yang tu I tak pandai tapi.. Kita boleh beli" balas dia.
"Em.. Apa kata kita keluar DATE nak? Keluar DATE makan sushi" kata aku memberi cadangan.
Dah lama aku tak keluar ambik angin. Jadi kali ni apa salahnya kan?
"Date? Kita berdua?" muka dia penuh dengan ke raguan.
Yelah nak keluar DATE kan? Tambahan dengan orang tercinta pulak tu.
"Yelah takkan nak bertiga" kata aku sambil gelak kecik.
"Okay kalau macam tu I bersiap dulu okay? Kejap lagi kita keluar "
Dia berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan. Hum... Sushi? Aku suka makan sushi? Satu senyuman sinis terukir di bibir aku.
I and you? Sejak bila aku suka cakap guna kata ganti nama yang buat tekak aku loya tu? Bodoh!
Aku nak tengok sejauh mana kau boleh tipu aku Ris... Kau nak main dengan api? Jadi kau berharap lah yang badan kau kebal api.
Pendek
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .