Hari ii aku hanya bermain di dalam bilik. Tak bermain sangat sebenarnya. Rutin harian aku bangun pagi cuci muka gosok gigi duduk atas katil lepas tu tunggu makanan di hidangkan. Bosan yang amat.
Aku sebenarnya masih teringat akan Arisha perempuan yang mengaku dia girlfriend aku hari tu. Dia kata aku tinggalkan Mak dan Ayah aku?
Jadi Mak dan Ayah aku masih hidup lagi lah kiranya? Tapi kenapa aku tinggalkan Mak dan Ayah aku? Kenapa? Cepat wahai otak ingat balik... Cepat... Ingat balik cepatlah...
"Ark!! Kepala aku! Ke... Kepala aku! Sa.. Sakit!" aku menjerit kesakitan di atas lantai. Kepala aku pengang dengan ke dua belah tangan.
Sakit yang amat. Aku tak tahu kenapa setiap kali aku cuba nak ingat sesuatu pasti kepala aku sakit bagaikan nak pecah.
Pintu bilik aku di tolak dengan kasar dari luar oleh seseorang. Aku masih bengerekot di atas lantai sambil memegang kepala membuatkan aku tidak tahu siapa yang masuk.
Ke mudian aku dapat rasa satu pelukan hangat. Dengan itu sedikit demi sedikit rasa sakit aku mula reda.
"Dah ii kau akan okay aku ada dengan kau ni" kata sang pemilik suara. Maka dengan itu aku tahu siapa dia. Siapa lagi kalau bukan Arisha teman wanita yang aku paling sayang yang dia bagi tahulah.
Aku cuba bangun dari lantai dengan pelahan. Dia memauk aku dari tepi cuba untuk mebantu aku berjalan ke arah katil. Dia dudukkan aku di atas katil sambil mengcekat pinggan di depan aku.
Ya... Aku tahu apa yang akan jadi dalam masa 1... 2.... 3... 4... 5...
"Kan sayang dah cakap baby tu masih sakit jadi jangan nak cuba ii ingat apa ii" kata dia dengan renungan tajam. Kan aku dah kata aku tahu apa yang akan jadi. Jadi ni lah apa yang terjadi.
"Ya ii baby tahu, cuma baby nak jugak ingat sesuatu dari masam silam baby" kata aku mempertahankan tindankan aku tadi.
"Kan sayang cakap dah sebelum ni kalau baby nak tahu apa ii pasal masa dulu tanya je sayang" dia mula mengusap belakang badan aku. Aku dapatkan rasakan dengan lembut tangannya bergerak di belakang.
"Baby, sayang marah ni pun sebab sayang, sayangkan baby, sayang ke sihatan baby nak baby cepat sembuh bukan apa pun" kata dia sambil berlinang air mata.
Aku sapu air mata di pipinya lalu aku peluk dia erat ke dalam dakapan aku. Kalau dia girlfriend aku, aku patut buat dia macam tu kan?
Tapi kenapa aku tak rasa apa yang sepatutnya pasangan kekasih rasa. Rasa di sayanginya dan menyayangi aku cuma rasa yang dia orang asing. Orang asing yang cuba masuk ke dalam hidup aku dengan paksa.
Aku letakkan ke dua belah tangan aku di atas bahunya, aku pandang ke wajahnya yang putih bersih itu. Ya... Dia agak cantik dan menawan tapi kenapa hati aku lansung tidak terusik dengan kecantikkan dia? Kalaulah betul dia girlfriend aku, aku sepatutnya rasa sebegitu bukan?
"Maafkan baby, sayang, baby tak bermaksub nak buat sayang risau baby cuma teringat akan kata ii sayang hari tu, tu je" kata aku menjelaskan kepada dia.
"Kata ii apa? Apa yang sayang cakap sampai baby teringat?" kata dia sambil buat muka bingun. Comel tapi... Comel yang tak mampu usik hati aku walaupun seketika.
"Sayang ada cakapkan hari tu yang baby tinggalkan Mak dan Ayah baby hari tu, jadi baby nak ingat balik kenapa baby boleh tinggalkan mereka tu je"kata aku sambil manundukkan pandangan ke lantai.
Entah kenapa aku rasa sebak di dada bila aku teringat Mak dan Ayah aku. Walaupun aku tak dapat ingat rupa mereka aku dapat rasa yang dah lama sangat aku tak jumpa mereka.
"Jadi baby nak tahu pasal mereka?" kata dia memandang ke arah tingkap di depan kami berdua.
Angin yang sempoi ii bahasa membuatkan seluruh bilik terasa nyaman. Udara luar yang agak nyaman membuatkan aku rasa selesa. Indah hanya itu aku dapat katakan.
Aku menganguk akan soalan yang di lontarkan kepada aku. Aku nak tahu sangat pasal Mak dan Ayah aku. Aku nak tahu di mana mereka, kadaan mereka. Semualah.. Semua pasal mereka kalau boleh.
"Sebenarnya Mak dan Ayah baby terlibat dalam gejala dadah. Dulu masa baby tinggal dengan mereka, mereka selalu pukul baby sampai satu tahap baby dah tak tahan dengan semua tu baby lari dari rumah sebab nak tinggalkan nereka dunia tu" aku yang mendengar terkesima.
Gejala dadah? Biar betul Mak dan Ayah aku terlibat dalam dunia najis dadah semua tu? Kalau betul mereka pukul aku kenapa aku tak dapat ingat langsung tentang ke jadian menakutkan sebegitu?
"Baby larikan diri ke KL lepas tu baby cuba slow ii cari kerja dekat sini and masa baby kerja tu lah baby jumpa sayang" sambung dia lagi.
Satu senyuman muncul di bibirnya. Tapi aku masih terkejut dengab berita yang aku baru dapat sebentar tadi. Ge... Gejala dadah? Pukul? Kenapa aku tak boleh ingat walaupun sikit? Kenapa? Terok sangat ke amnisia aku ni?
Ah.... Tak guna semua ni tak guna kenapa semua ni jadi dekat aku? Kenapa? Air mata aku mula bercucuran jatuh ke pipi.
Apa yang rasa sekarang hanya nak bersendirian aku nak tenangkan fikiran aku. Masa silam yang aku jangka penuh dengan ke bahagian sebenarnya hanya penuh onak dan duri.
Dia cuba memeluk aku. Mungkin cuba menenangkan aku yang teresak menangis tampa henti. Tapi ini bukan masanya. Aku cuma nak bersendirian. Aku menepis tanganya yang melingkar di pingan aku.
"Kaluar! Aku nak kau keluar!" kata aku dengan amarah.
Aku bangun dari duduk dan memandang dengan mata yang merah menahan sabar. Aku tunding jari ke arah pintu menyuruh dia keluar.
"Sayang tahu semua ni pahit buat baby tapi kalau boleh baby hadamlah benda ni dengan baik ii okay?" kata dia sambil bergerak ke arag pintu.
"Keluar!!!" aku menjerit ke arahnya. Sebaik pintu di tutup aku bertindak menguncinya dari dalam.
Aku menangis bersandarkan pintu bilik. Aku menjerit sekuat yang boleh berharapkan aku mampu meredakan rasa sakit di dada.
Lama aku menangis sehingga rasa antuk menguasai diri. Di depan pintu itu jugak aku merebahkan diri lalu memejamkan mata. Tampa aku sedar aku dah terlena di buia mimpi.
Bla.. Bla... Yada... Yada.. Votes and comen okay :) thank votes and comen :) ada typo tegur.
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .