8:30 malam lapangan terbang (москва шереметьево) kami sampai seperti yang di jadualkan.
Rasa sejuk yang mencucuk dapat aku rasakan walaupun aku dah pakai baju yang tebal tapi tak dapat menghalang rasa sejuk sepenuhnya.
Setiap kali aku bernafas seakan asap keluar dari mulut. Agak seronok aku rasakan ya... Dari kecik aku idamkan nak bermain salji dan kali ni mungkin akan terjadi.
Agak cantik permandangan dari atas jet tadi. Ya ada kala fikiran aku tergangu akibat terfikirkan kadaan Uni dan yang lain di rumah tapi aku cuba bagi tumpuan pada misi kali ni.
Sebuah kereta Honda civic berwarna hitam gelap berhenti tepat di depan aku dan Ris. Jap kereta Honda civic? Dekat sini pun ada jual jugak ke kereta Honda?
Tampa aku sedar keluar seorang lelaki dari kereta tersebut yang agak tinggi dari aku keluar menyapa Ris.
"Hello Dahlia selamat datang ke Moscow Rusia" sapa lelaki tersebut.
Eh.. Jap kenapa dia cakap melayu? Kenapa dia tahu nama Ris? Kenapa dia pandu kereta Honda jenama yang aku suka? Why?
Aku yang pegang beg Ris terasa cambangan tapi aku masih buat bodoh. Hmmm tapi bagus jugak dia cakap Melayu ha... Mahunya dia cakap Rusia dengan aku jadi terlepong je aku dengar.
"Hum.... Kau dah tempah Hotel macam aku mintak?" balas Ris.
"Ya i dah tempah Hotel tu Untuk you, you jangan risau samua dah siap" kata lelaki itu kembali.
Aku yang berada di belakang Ris hanya diam tidak berkata apa ii.
Aku dekatkan kepala aku dengan belakang kepala Ris."Kau tahukan aku tak boleh duduk dalam sejuk?" kata aku kepada Ris.
"Maaf aku lupa, okay jom kita gerak"
Di dalam kereta aku hanya diam sambil melihat pemandangan di kota Moscow. Agak cantik pada waktu malam.
Aku tersenyum apabila aku membanyangkan aku dan Uni datang ke sini bersama. Menikmati cuti selepas kepenatan melakukan tugas masing ii. Dia dengan pelajaranya dan aku dengan kerja aku.
"R kita dah sampai kau taknak turun ke?" kata Ris tiba ii.
Aku yang ashik termenung tidak sedar bila kereta ni dah sampai di destinasi.
Aku segera turung baru je aku nak pergi ke bonet kereta aku sedar yang lelaki tadi dah ambilkan beg aku dan beg Ris.
Aku biarkan sahaja dah dia rajin sangat angkat dia angkat. Tak lah susah ii aku nak angkat kan?
YOU ARE READING
Aku tak bodoh
RomanceHanya dia aku sayang, hanya dia aku cinta, hanya dia aku mahu, hanya dia aku rindu dan hanya dia milik ku .