"DAYANA"
Dayana menoleh pada kawannya yang sudah keluar dari food court. Di tangan mereka sedang memegang talam penuh dengan makanan mereka order. Dayana menyimpan Vivonya ke tepi. Makanannya yang siap dipesan oleh kawannya diletakkan depannya. Seorang lagi kawannya mungkin tengah memesan minuman untuk mereka.
Banyak jugalah orang datang ke Times Square untuk makan petang. Tidak lepas dia memandang orang yang semakin ramai menaiki escalator. Kebanyakkan mereka membawa anak-anak bersama mereka. Nampak seperti keluarga bahagia.
"Mana Mimi?" Tanya Dayana sambil memandang pada Fatiha dan Jiha. Nampak kedua mereka mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tidak elok rasanya makan awal sedangkan kawan mereka yang seorang lagi belum muncul.
"Tadi aku tengok queue jugak dekat dalam tu!" Fatiha mula bersuara. Dayana angguk kecil. Sekurangnya dia tahu Mimi masih stuck dekat dalam food court itu.
"Hah! Tu dia dah datang!" Kata Jiha sambil bibirnya turut menjuih ke arah Mimi yang baru keluar dari food court.
"Sorry, girls!" Kata Mimi sambil meletakkan empat cawan minuman tadi ke arah meja mereka. Talam tadi diletakkan di meja kosong sebelah. Risau hatinya bila kawannya di meja itu sedang menantikannya.
Mereka mula menikmati makan petang mereka dengan penuh berselera. Sambil itu mereka bersembang gelak dengan cerita yang mereka sendiri. Tidak pula mereka endahkan orang yang duduk di luar food court itu.
"Girls, aku nak ke toilet kejap!" Beritahu Dayana lalu bangun. Maklumlah perutnya tiba-tiba memulas. Kakinya laju menapak masuk ke dalam tandas perempuan yang berada di sebelah kedai Takashima itu.
Lama juga dia melabur tapi cepat sahaja dia keluar. Perutnya terasa nyaman lalu cepat kakinya menuju ke sinki. Sempat juga dia membetulkan tudung shawl yang dipakainya itu sebelum melangkah keluar. Bibirnya mengukir senyuman ikhlas pada setiap perempuan yang masuk ke tandas itu. Senyum itukan satu sedekah...
"Mama!" Ngongoi suara kanak lelaki tiba-tiba sambil meluru ke arahnya.
Dayana tercenggang sendiri bila memandang kanak lelaki itu menangis memeluk kakinya. Dia berasa simpati lalu membawa kanak lelaki itu ke bahunya. Belakangnya diusap lembut. Nyaring juga kanak itu menangis sehingga menarik perhatian orang awam di situ. Tambah lagi orang yang menaiki escalator.
"Mama, jangan tinggalkan Hakeem," ngongoi kanak itu mengelarkan dirinya Hakeem.
"Mama takkan tinggalkan Hakeem..." pujuk Dayana begitu kalut bila membahasakan dirinya mama pada kanak lelaki itu. Dia mengendong kanak itu lalu dia memandang pada wajah kanak yang sudah lencun dengan air matanya.
"Dah...jangan nangis lagi. Tak comel!" Usik Dayana sedikit mesra lalu tangannya lembut mengelap air mata di pipi kanak tersebut.
"Mama, Hakeem sayang mama!" Ucap Hakeem lalu pantas mengucup pipi Dayana.
Dayana terkejut namun dia cuba mengukir senyuman. Siapa pula orang tua kanak tersebut? Kala itu penggumuman tentang kehilangan kanak lelaki memenuhi di corong speaker di setiap sudut kedai itu.
"Okey sekarang ni mama nak tau daddy pergi mana? Apa kata kita cari daddy...!"
Dayana melangkah menuruni escalator. Sempat lagi dia memberi isyarat mata pada kawannya yang ternampakkan dirinya. Sampai sahaja di bawah, dia terus menuju ke bilik control room yang seperti dikatakan. Kala itu matanya terlihatkan seorang lelaki yang sepertinya gusar menantikan anaknya muncul.
"Tu daddy!" Jerit Hakeem dengan gembira. Dayana cepat menghampiri lelaki itu. Terpancar wajah gembira lelaki itu yang merupakan ayah kepada Hakeem. Orangnya boleh tahan hensem juga. Masih muda lagi di pandangan matanya.
"Hakeem...sorry, sayang!" Cepat sahaja ayah Hakeem mengambil Hakeem dari tangan Dayana. Kalut juga Dayana bila tangannya tersentuh dengan tangan lelaki itu.
"Miss, thanks sebab dah jumpa anak saya ni!" Ucap ayah Hakeem dengan wajah gembira sekali. Hakeem masih dikendongnya dengan erat. Dayana hanya menganggukkan kepalanya sambil bibirnya mengukir senyuman bahagia. Gembira sekali melihat anak-beranak itu bersatu kembali.
"Kalau macam tu saya pergi dulu!" Dayana akhirnya bersuara untuk meminta diri. Maklumlah dia orang lain di situ. Segan pula!
"Mama..." panggil Hakeem sambil mencapai lengan Dayana. Terkejut juga Dayana lalu memandang pada kanak tersebut. Jelas Hakeem seperti mahu menangis lagi. Alala comel betul mukanya kalau nak nangis!
"Mama jangan tinggalkan Hakeem lagi...! Mama kan dah janji tadi dekat Hakeem!"
Dayana ternganga tidak tahu nak buat apa. Namun dia terkejut bila ayah Hakeem mula memberikan Hakeem padanya lalu cepat dia mengendong Hakeem semula. Begitu erat juga Hakeem memeluknya seperti dirinya itu ibu kandung Hakeem. Hatinya hiba. Siapa ibu yang melahirkan anak itu? Kenapa tidak ada bersama dengan lelaki itu? Dia nak bersuara tapi siapa dia nak tahu semuanya. Dia cuma setakat orang luar.
"Awak layan dia macam awak ibu dia. Dia memang memerlukan kasih seorang ibu...saya pun tak sangka dia dah cari ibu yang dia inginkan," ujar ayah Hakeem dengan ramah. Dayana angguk menurut.
"Saya Milhan!"
"Dayana!" Balas Dayana. Diusap lembut belakang Hakeem. Tidak pula dia dengar suara Hakeem menangis lagi.
"Saya minta maaf jugak kalau tadi dia ada buat masalah dekat awak. You know...child ni kalau mereka nangis tu sampai satu dunia boleh dengar. Tentu orang fikir Hakeem ni anak awak. Tu lah saya ni sebagai ayah dia nak minta maaf jugak kalau kami anak beranak ni banyak menyusahkan awak..." ujar Milhan lagi.
"No, it's okey, Encik Milhan!"
"Panggil Milhan je...tak payah encik-encik," Dayana senyum kecil pada Milhan.
"Dia dah tidur..."
Milhan mengambil Hakeem dari Dayana. Itu pun penuh berhati-hati supaya Hakeem tidak tersedar.
"So...Yana, thanks by the way for treating my son dengan baik sekali..."
"Sama-sama..." balas Dayana dengan senyuman ikhlas.
Mereka berdua terdiam selepas itu tidak tahu nak cakap apa lagi. Dayana pantas meminta diri sebab dia khuatir kawannya sudah lama menunggunya di luar food court. Riuh lagi kawannya nanti menanti dia muncul.
"...Yana, boleh tak saya minta nombor telefon awak. Sebab...saya takut pulak kalau Hakeem menangis nak cari awak,"
Dayana angguk lalu mengambil Iphone Milhan lalu menyimpan nombornya di dalam contact lelaki itu. Dia kembali menyerahkan IPhone itu pada Milhan.
"Boleh saya kiss dahi dia...?"
"Sure!" Balas Milhan dengan senang hati.
Dayana perlahan mendekati Milhan lalu dia mengucup dahi Hakeem. Simpati dia dengan kanak lelaki itu. Usia muda begitu sudah kehilangan seorang ibu. Di mana ibunya?
Dia beredar dengan wajah tenang. Namun setiap langkahnya teringatkan wajah Milhan dan Hakeem silih berganti. Tidak sabar dia nak bercerita tentang anak-beranak yang baru dikenalinya itu pada kawannya yang menunggu di atas.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...