⊰✿ Day 1

3.1K 303 42
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Angin bertiup lembut membelai perlahan pipi seorang Jeon Jungkook. Cuaca agak mendung ibarat perasaannya ketika ini.

Batu nisan yang ada dihadapannya ini dipandang sepi dan sayu. Makam itu milik kekasih abadinya, Puan Jeon. Di sebelahya pula makam hero abadinya, Tuan Jeon.

Mereka berdua pergi meninggalkan Jungkook bersendirian di dunia ini akibat kecuaian manusia yang sungguh tidak bertanggungjawab. Mereka pergi dalam keadaan menyayat hati.

Tinggallah Jungkook di sini meneruskan kehidupannya. Tapi, dia yakin tak lama lagi dia akan bertemu semula dengan kedua ibu bapanya di alam sana.

Usianya tidak panjang. Hanya menunggu masa.

Jungkook melepaskan keluhan yang kedengaran agak berat. Dia meletakkan sejambak bunga ros di atas makam ibu dan bapanya. Senyuman nipis terukir di bibir merahnya.

"Mama, papa. Kook pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi." bisik Jungkook.

Dia melangkah perlahan dan berjalan pergi dari kedua makan orang tuanya. Tak lama kemudian, hujan pun turun.

Jungkook hanya berjalan perlahan di dalam hujan. Rambut dan bajunya sudah basah kuyup dek kerana terkena air hujan.

Di dalam kehujanan yang rancak mengalir pada mukanya, air mata Jungkook juga tidak terkecuali. Matanya sudah mulai merah kerana menangis.

Dia menangis kerana sudah tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya lagi tanpa orang tersayang di sisi berserta dengan penyakit yang dialaminya kini.

Walaupun dia seorang lelaki yang terkenal dengan sifat yang kuat, tapi hatinya telah lemah. Lemah selemah-lemahnya.

Dia berdiri di tepi jalan sambil memerhatikan orang yang berjalan di sekelilingnya. Ada yang berjalan bersama pasangan, bersama kawan-kawan dan ada juga yang bersendirian.

Tiba-tiba, Jungkook merasakan hujan tidak lagi jatuh membasahi baju dan rambutnya. Dia melihat di sebelah. Seorang gadis yang sedang memegang payung untuknya.

"Encik, pakailah payung ni. Nanti encik demam." tutur gadis itu lembut.

Jungkook hanya merenung gadis itu dengan pandangan kosong. Mata bulat gadis itu direnung agak lama. Payung yang dihulurkan masih tidak lagi disambut.

Akhirnya, gadis itu memegang tangan Jungkook dan meletakkan kaki payung itu pada tangan Jungkook.

"Ambil ni." katanya lagi.

Kemudian, gadis itu berjalan dan berhenti semula yang jaraknya tidak jauh dari kedudukan Jungkook.

Gadis itu membuka pintu pagarnya. Dia memandang Jungkook sejenak dan menghadiahkan senyuman yang manis buat Jungkook. Selepas itu, gadis itu masuk ke dalam rumahnya.

"Terima kasih." bisik Jungkook sambil tersenyum.

Dia berjalan perlahan menusuri hujan sehinggalah tiba di rumahnya.

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Yunri mengintai di sebalik langsir di tingkapnya. Lelaki yang berpakaian serba hitam tadi telah tiada. Mungkin sudah beredar.

Sewaktu lelaki itu memandangnya, Yunri dapat merasakan mata lelaki itu seolah-olah ingin berbicara dengannya. Lelaki itu memberikan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Yunri juga merasakan lelaki itu ingin menyampaikan sesuatu padanya tapi kata-kata itu tidak dapat diungkapkan.

Dalam khayal memikirkan lelaki tadi, Yunri tersenyum. Wajah lelaki tadi sungguh menenangkan dengan sinar mata yang redup.

Jauh di sudut hatinya, Yunri mengharapkan sesuatu.

"Semoga saya dapat berjumpa dengan encik lagi."

Bibirnya tersenyum nipis.

 ❥➱TBC

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now