⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
▪11.45 pagi
Suasana ketika itu sangat tenang dan harmoni.
Yunri dan Jimin sedang memasak di dapur manakala Jungkook leka bermain dengan Jaemin di ruang tamu.
Jarak antara dapur dan ruang tamu tidaklah terlalu jauh. Malah, Jungkook siap lagi boleh melihat Yunri dan Jimin memasak kerana dapurnya tidak dihadang oleh apa-apa dinding.
Disebabkan tiada siapa yang hendak menjaga Jaemin yang celik matanya, Jungkook dengan rela hati menawarkan diri. Dia tidak pandai memasak. Jadi, Jimin turun padang bagi membantu Yunri di dapur.
"Bu..cak!! Bu...cakk!!" Jungkook mengacah-acah Jaemin yang sedang baring di atas tilam kecilnya.
Sesekali terdengar tawa halus dari Jaemin. Jungkook pula tak habis-habis cium pipi bulat Jaemin sampai lemas budak tu dibuatnya.
"Uwek!! Uwek!!" kedengaran tangisan Jaemin di depan.
Jimin mengintai Jungkook dan Jaemin. Jungkook sudah kaget melihat Jaemin sudah mula menangis. Tubuh kecil itu didukung dan ditepuk perlahan.
"Ala sayang sayang, ala sayang sayang.." Jungkook bernyanyi kecil sambil tangannya menepuk punggung Jaemin.
Tapi, usahanya tidak berhasil kerana Jaemin terus menangis malah lebih nyaring dari tadi. Barangkali Jungkook nyanyi tak sedap.
Wajah Jungkook sudah mula pucat memandang Jimin dan Yunri di dapur. Ekspresi wajahnya seakan-akan dia memerlukan bantuan dengan segera.
Jimin ingin melangkah tapi Yunri terlebih dahulu menghalangnya.
"Tak apa, biar saya tengokkan." Yunri memberikan senyuman dan terus menghampiri dua manusia comel di ruang tamu itu.
Jimin hanya melihat mereka bertiga dari dapur.
"Alaa sayang mama ni, kenapa nangis?" Yunri mengambil Jaemin dari dukungan Jungkook dan membaringkan bayi itu di atas tilamnya.
Botol susu diambil dan disumbatkan ke dalam mulut Jaemin. Baru lah dia senyap.
"Nak susu rupanya sayang mama ni. Papa Kook ni pun alahai...orang dah haus, dia boleh pula nak nyanyi, kan?"
Yunri menjeling Jungkook manja. Suaminya sudah menayangkan riak wajah tak puas hati dan disertakan muncung sedepa.
Jungkook terus duduk bersila di hadapan Yunri dan Jaemin. Bibirnya masih lagi dimuncungkan.
"Mama tak nampak ke peluh kat dahi papa ni? Ni peluh sebab jaga Jaemin tau. Mama apa tau?" Jungkook meletakkan jari telunjuknya di atas dahi. Ada beberapa titik peluh di atas dahi Jungkook.
Yunri ketawa. Bunyi ketawanya seolah-olah mengejek Jungkook.
"Aik, aircond dah pasang. Papa bawak Jaemin lumba lari ke dalam rumah ni sampai berpeluh? Kelakar lah papa ni." Yunri tertawa kecil melihat telatah suaminya.
Mata Jungkook mengecil memandang Yunri yang sedang sedap mengejeknya.
"Penat tau tak? Kesian papa, hmm." Jungkook baring di sebelah Jaemin yang sedang leka menyusu.
Yunri bangun.
"Kata nak twin baby. Tapi, jaga sekejap dah penat. Ni baru satu, papa oii. Kalau twin tu dua tau. Tak menang tangan awak nanti." Yunri berjalan masuk semula ke dapur bagi menyiapkan apa yang perlu.
"Eee ye lah, ye lah. Mama menang! Huh!" Jungkook berpura-pura merajuk. Mukanya dipalingkan menghadap dinding di hadapan.
Jimin hanya tergelak dan menggelengkan kepalanya. Bila lah aku nak jadi sweet macam dalam drama Jungkook dengan Yunri?
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...