⊰✿ That Day

1.7K 162 48
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Jungkook's POV

Dah puas menangis, akhirnya Yunri terlelap di dalam dakapan eratku. Teruk betul dia menangis. Rambut panjangnya yang mengurai aku usap perlahan.

Dah lama aku berjaga malam ni. Aku langsung tak tidur satu malam ni. Aku tatap wajah insan yang aku cintai ini sepuas-puasnya. Mata aku sedikit pun tidak mengantuk seperti hari-hari yang lain.

Aku melihat jam di dinding. Hampir pukul 7 pagi. Matahari hampir menunjukkan bayangnya.

Di penghujung bucu bilik studio tersebut, berdirinya seorang lelaki yang memakai jubah panjang berwarna hitam.

Dia, lelaki yang sering mengingatkan aku tentang kematian yang bakal menjelma.

Wajahnya tiada segaris pun senyuman. Wajahnya seolah-olah tiada perasaan.

"Masa kau dah sampai, Jeon Jungkook." katanya dengan nada yang mendatar.

Aku akur. Air mata aku mengalir perlahan di pipi. Kesakitan yang aku tanggung beransur hilang. Dia yang masih nyenyak tidur dalam pelukan aku tatap.

Dahinya aku cium lama.

"Saya pergi dulu, sayang. Jaga diri. Semoga kita bertemu lagi di alam sana."

Sempat lagi aku berbisik lembut di telinganya sebelum roh aku ditarik keluar dari jasad agar dia tidak tersedar dari lenanya.

Aku tak mahu dia meraung dan meratapi aku.

Kini, aku telah keluar dari jasad aku. Hanya jasad saja yang masih memeluk dia yang sedang nyenyak tidur. Lelaki berpakaian serba hitam itu mula membawa aku terbang bersamanya.

Selamat tinggal, sayang.

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Yunri's POV

"HUARGHH!"

Aku meregangkan otot-otot tanganku. Rambut yang melekat di pipi bersama air liur basi aku alihkan ke belakang. Jam menunjukkan sudah 9 pagi.

Cahaya matahari pula tak bersinar seperti selalu. Ada cahaya tapi tak terlalu terang. Tak sangka malam tadi aku tidur dekat balkoni dengan Jungkook.

Lelaki itu masih memeluk aku. Aku pandang wajah Jungkook. Tenang saja riak wajah lelaki itu. Aku mengalihkan tangannya untuk aku bangun dan mencuci muka serta menggosok gigi.

Selepas itu, aku kembali semula kepada Jungkook yang masih lena. Posisinya sama seperti tadi.

"Kook, bangunlah. Dah pagi."

Tiada respons daripada lelaki itu.

Aku memeluk dan mencium pipi Jungkook.

"Awak...bangunlah. Jom breakfast."

Masih sama. Aku bangun. Jantung aku sudah berdegup kencang. Reaksi tenangnya masih sama.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now