⊰✿ Day 6

1.3K 195 20
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Pelbagai jenis kategori orang yang sedang lalu-lalang di hadapan Yunri.

Kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak terkecuali juga warga tua. Ada yang berjalan berseorangan, ada yang berjalan dengan pasangan dan ada juga yang berjalan dalam kumpulan.

Cuaca pula tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Jadi, agak nyaman dan sesuai kalau hendak berjalan-jalan pada waktu itu.

Hari ini Yunri berniaga sendirian. Carla tidak dapat menemaninya kerana gadis itu demam sejak dari malam tadi. Minho pula sudah mula busy kerana dia telah mendapat kerja baru. Tinggal lah Yunri keseorangan di situ.

Tangan Yunri bermain dengan tali kasutnya. Tiba-tiba, ada orang menghulur secawan latte dari Starbucks di sebelahnya.

Jungkook.

Lelaki itu menghadiahkan Yunri dengan bunny smile miliknya.

"Ambil lah. Lenguh dah tangan aku pegang benda ni."

Yunri terus mengambil latte itu dari tangan Jungkook. Lelaki itu melabuhkan punggungnya dan duduk sedikit rapat di sebelah Yunri.

"Kau sorang je ke?" soal Jungkook. Biasanya, Yunri ditemani seorang lagi gadis yang mungkin merupakan kawan rapatnya.

"Ya. Hari ni kawan saya demam. Encik nak apa? Nak kimbap ke?" kata Yunri sambil memandang Jungkook.

Lelaki itu menggeleng.

"Aku nak tolong kau jual kimbap ni, boleh tak?" Jungkook mula membuat muka kucing bagi membodek Yunri untuk membenarkan dia berniaga bersama-sama dengannya.

WHAT?

"Encik nak tolong saya? Eh, tak payah lah. Panas ni. Nanti encik berpeluh." tolak Yunri.

Mana taknya, daripada wajah Jungkook, Yunri dapat merasakan bahawa lelaki itu mungkin berasal dari orang kaya. Pakaiannya juga jaket kulit berwarna hitam yang berjenama.

Takkan macam ni nak jual kimbap?

Jungkook mendengus perlahan.

"Aku bukannya nak berlari ke hulu ke hilir 50 kali sambil bawa kimbap. Duduk sini je pun. Takkan tak boleh?" Jungkook cuba sedaya upaya untuk memujuk Yunri.

Jungkook betul-betul berharap. Yunri sudah tidak tahu mahu buat apa lagi.

"Okay, fine. Kalau encik berpeluh, jangan salahkan saya." Yunri harus mengalah.

Jungkook tersenyum kemenangan. Dia bangun dari duduknya dan mengambil beberapa kimbap dari beg besar itu.

"Kimbap! Kimbap! Beli lah kimbap ni! Gerenti nak lagi! Sumpah, tak tipu! Sedap gila kimbap ni! Hah, adik nak beli? Boleh, boleh. Haa, nak berapa?"

Dengan melihat Jungkook yang berusaha untuk menarik pelanggan supaya membeli kimbap, hati kecil Yunri berbisik.

'pandai jugak encik ni meniaga eh?'

Kelihatan ada beberapa orang menghampiri Jungkook yang sedang memegang kimbap.

Yunri pula bangun bagi membantu Jungkook. Mereka membayar kepada Yunri dan Jungkook memberikan mereka kimbap mengikut bilangan yang mereka mahukan.

Tak sampai 15 minit, kimbap telah pun habis. Beg besar itu sudah kosong. Hari ini jualannya 100% laris kerana tiada satu pun yang tinggal.

"Finally, habis jugak!" Jungkook mengesat peluhnya yang sudah mula membasahi dahinya.

Yunri menhulurkan beberapa keping not kepada Jungkook.

"Apa ni?"

"Encik dah tolong saya meniaga kimbap sampai habis. Jadi, ni lah upahnya." kata Yunri tapi Jungkook menolak tangan Yunri.

"Aku yang nak buat sendiri. Bukan kau yang suruh aku buat. So, duit tu kau simpan je. Aku ikhlas tolong kau." kata Jungkook.

"Tapi, encik....."

"Tak ada tapi tapi. Simpan duit tu. Kalau kau tak nak, kau derma lah kat rumah anak yatim atau rumah orang tua. Aku tak perlukan duit ni." kata Jungkook tanpa Yunri dapat menghabiskan percakapannya.

"Terima kasih, encik. Saya terhutang budi dan tenaga pada encik."

Jungkook mengeluh perlahan.

"Kau ni, dari hari tu lagi kau asyik panggil aku encik, encik, encik. Panggil aku Jungkook je sudah lah." Jungkook mula rimas apabila Yunri selalu memanggilnya 'encik'.

Yunri hanya mampu tersengih malu.

"Oh, o-okay." Yunri mengangguk perlahan dan mula melipat beg besar tersebut.

"Encik, eh salah! J-Jungkook, kalau awak tak keberatan, jom lah minum dulu kat rumah saya. Sejuk sikit sebab ada aircond."
Yunri gugup apabila memanggil nama Jungkook buat pertama kalinya.

Jungkook bersetuju. Dia berjalan bersebelahan Yunri sehingga tiba di kawasan rumah gadis itu.

Pintu dibuka. Suis-suis dihidupkan. Sebelum dia bergerak ke dapur, dia bertanya kepada Jungkook mahu minum apa.

"Aku...nak air kosong je lah. Tapi, sejuk." jawab Jungkook.

Yunri terus masuk ke dapur. Dia datang semula dengan membawa secawan air kosong sejuk dan diberikan kepada Jungkook.

"Kemas rumah kau. Kau duduk sorang je ke?" Jungkook memerhati kawasan sekeliling ruang tamu.

"Ya. Kawan saya duduk rumah lain."

"Mak ayah kau?"

Yunri hanya tersenyum nipis mendengar soalan Jungkook. Dia menggelengkan kepalanya sedikit.

Jungkook meneguk air di dalam cawan itu. Kemudian, cawan itu diletakkan bawah setelah airnya telah habis diminum.

"E-Encik, eh! Salah lagi! Okay, J-Jungkook, ermmm...pasal semalam tu...saya...."

"Kau tak ada jawapan lagi?"

Yunri mengangguk.

"Tapi kau tak reject aku kan?"

Yunri menggeleng.

"Oh, tak apa. Ambil masa kau. Tapi, aku mintak janganlah lama sangat." kata Jungkook.

"Kenapa awak pilih saya, eh? Saya ni gendut. Tak match langsung dengan awak. Banyak lagi perempuan cantik kat luar sana." anak mata Jungkook ditenungnya.

"Mereka tak ada apa yang kau ada. Bagi aku, kau special. Sebab tu aku nak mulakan relationship dengan kau." kata-kata Jungkook membuatkan jantung Yunri berdegup kencang.

Dup. Dap. Dup. Dap. Dup. Dap.

"Aku harap sangat supaya kau izinkan aku untuk jadi cinta pertama kau. Aku tak nak menyesal satu hari nanti."

Entah kenapa Yunri merasakan ada satu perasaan sebak tiba-tiba hadir dalam dirinya setelah Jungkook berkata begitu.

"Menyesal? Kenapa pulak?"

"Err, tak ada apa lah. Cuma, harapan aku ada satu je untuk kali ni, aku hanya nak hidup bahagia......dengan kau."

Mata Jungkook seolah-olah turut berbicara dengannya.

Satu harapan je?

Untuk kali ni?

Hidup bahagia dengan aku?

Apakah ini, Jeon Jungkook?

-----
TBC

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now