⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Jungkook merenung surat-surat yang ada di tangannya. Sungguh, surat-surat itu membuatkan Jungkook menjadi tertekan seolah-olah surat itu adalah sijil kematiannya.
Jimin yang berada di sebelah Jungkook hanya memeluk bahu kawan baiknya itu. Dia faham perasaan yang dialami Jungkook. Dia pun merasa hal yang sama. Dia tak mahu kehilangan Jungkook.
"Jim, n-nyawa aku dah tak lama. K-Kenapa Tuhan duga aku sebegini?" rintih Jungkook. Nada suaranya yang sayu membuatkan hati Jimin turut merasa sakit.
Jimin tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Akhirnya, dia tewas.
"K-Kook, shhhh! Aku tak suka kau c-cakap macam ni. Please, Kook. Don't say that." Jimin merayu agar Jungkook tidak mengulangi kata-kata tersebut.
Jungkook menyandarkan tubuhnya pada sofa. Air mata yang mengalir deras lekas dikesat. Jimin memegang erat tangan Jungkook.
"Aku akan sentiasa ada untuk kau, Kook. Kau dah macam adik aku. Aku takkan tinggalkan kau." kata Jimin.
Jungkook yang terharu mendengar kata-kata Jimin terus memeluk lelaki di sebelahnya itu.
"T-Terima kasih, Jim. K-Kau banyak bagi semangat kat aku." Jungkook melepaskan tangisnya di bahu Jimin.
Jimin menepuk belakang badan Jungkook bagi menenangkannya.
"Kau perlukan semangat tu. Apa gunanya aku kalau aku abaikan kau?"
"Terima kasih, Jim."
"Sama-sama, Kook. Aku tahu, kau kuat."
Kook, aku sentiasa ada untuk kau. Anytime!
⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
"Kimbap! Kimbap!" Minho cuba menarik pelanggan bagaikan di pasar malam.
Yunri dan Carla pula melayan pelanggan dengan memberikan mereka kimbap. Hari ini jualan kimbap Yunri laku dengan bantuan Minho dan Carla.
"Dah habis ke?" Minho mengintai beg besar yang digunakan untuk mengisi kimbap.
"Tinggal lagi dua." jawab Yunri. Carla sudah duduk di tepi beg tersebut.
"Laku hari ni jualan kau, Yunri."
"Dengan bantuan kau dan Minho juga. Thanks, my friend. I love you!"
Yunri memeluk mereka berdua dengan erat. Minho dan Carla membalas pelukan Yunri.
"Erm, kimbap ada lagi?" satu suara menegur mereka bertiga.
Mereka bertiga segera berpaling. Seorang lelaki berbaju hitam berdiri di belakang mereka.
"Eh, encik Jungkook! Encik nak kimbap ke?" Yunri terus menyoal sebaik saja melihat senyuman Jungkook.
OHYEMGEE!! Crush datang yalls, qjshhsaish!!
"Ya. Kau ada jual kimbap lagi tak?" soal Jungkook lagi.
"Tinggal 2 je lagi. Encik nak berapa?"
"Bagi aku semua."
Yunri mengangguk dan mengambil 2 kimbap dari dalam beg tersebut dan menyerahkan kepada Jungkook.
Jungkook mengeluarkan dua keping not dan menyerahkannya kepada Yunri.
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...