⊰✿ Day 11

1.3K 168 7
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Tiba hari yang sangat dinantikan oleh Jungkook dan juga Yunri.

Yunri duduk di bahagian sebelah pemandu manakala Carla duduk di bahagian belakang. Tangan Yunri sudah semakin sejuk dek kerana nervous yang tidak terkata.

Minho memandang Yunri yang berada disebelahnya. Teman rapatnya itu nampak gugup.

"Kau takut, eh?" soal Minho.

Yunri memandang wajah Minho. Kepalanya dianggukkan sedikit. Kemudian, Carla yang berada di belakang dipandangnya.

Carla mengukirkan senyuman manis.

"Tak payah takut lah. Ini hari bahagia kau. Sekali seumur hidup je. Nikmatilah sebaik mungkin." Carla memegang kejap bahu Yunri.

Pipi gebu milik Yunri dicium Carla.

"Aku sayang kau."

Ahhh! Carla ni! Janganlah, nanti empangan pecah, rosak makeup aku woi!

"Aku sayang dua-dua. Korang berdua dah macam kakak dengan abang aku."

Minho turut tersenyum melihat kasih sayang yang terjalin antara mereka bertiga. Mereka sudah ibarat adik-beradik berlainan ibu dan bapa.

Kereta mewah milik Jungkook dipandu sehingga tiba di hadapan gereja.

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Minho mematikan enjin sesudah saja dia memberhentikan kereta mewah itu di hadapan gereja tersebut. Dia keluar dari kereta dan membuka pintu untuk Yunri.

Tangan kiri Yunri dicapai perlahan. Yunri keluar dari kereta itu sambil bibirnya terukir senyuman kecil.

Carla yang ada di belakang turut keluar dan pintu kereta ditutup. Rambut Yunri yang terjurai dikemaskan sedikit. Wajah kawan baiknya itu ditatap dengan penuh rasa sayang.

"Semoga bahagia, Yunri."

Selepas saja Carla menuturkan tiga perkataan itu, Yunri terus memeluk erat tubuh kecil Carla.

Dia cuba menahan air matanya supaya tidak mengalir dan merosakkan makeup yang dipakainya.

"Terima kasih, korang."

Mereka berdua mengangguk. Yunri mendekati Minho dan mula memegang erat lengan sasa Minho.

"Ready?"

Minho memandang Yunri.

Yunri mengangguk.

"Yes."

Carla berjalan bersebelahan Yunri. Mereka mula menjejakkan kaki ke dalam gereja tersebut. Di sebelah kiri dan kanan mereka terdapat hiasan bunga berwarna putih.

Yunri dapat melihat Jungkook sudah berdiri di hadapan bersama dengan paderi yang akan menikahkan mereka dalam beberapa minit saja lagi.

Minho terus berjalan di samping Yunri sampai tiba betul-betul tepat di hadapan Jungkook.

Wajah kacaknya yang tak terkata mengukirkan sebuah senyuman manis yang sukar digambarkan. Tangan telah dihulur. Tinggal untuk disambut sahaja.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now