⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
• Jungkook's POV •
Kini, aku dan Yunri berada di hadapan kedai bunga yang sering aku kunjungi sebelum berkahwin dengan Yunri.
Tangannya aku pimpin dan masuk ke dalam kedai itu bersama-sama. Bau aroma bunga yang lembut dan menenangkan menusuk ke dalam hidung.
Jin's Florist, kedai yang menjual bunga-bunga yang segar dan bermacam jenis. Nak beli untuk isteri ke, kawan or someone else boleh lah pergi kat sini. Tapi, harga pun berbaloi lah. Maklumlah bunga original. Bukan fake.
Pemilik kedai yang bertubuh tinggi lampai serta berbahu lebar menghampiri kami berdua. Kim Seokjin, menunduk hormat kepada kami dan tersenyum. Kami turut melakukan hal yang sama sepertinya.
"Dah lama saya tak nampak Encik Jungkook datang sini. Nampaknya kali ni dah ada teman." Kim Seokjin memandang Yunri di sebelah.
Yunri tersenyum malu.
"Maaf, saya busy sikit. Bila dah lama tak datang sini rasa lain pulak kan kedai ni?"
"Tak ada yang lain melainkan saya je yang semakin handsome."
"Hm, nama awak sama dengan nama member BTS tu lah. Hah, Jin! Handsome pun sama tau!" kata Yunri.
Tak habis-habis dengan BTS dia tu. Nasib baik bukan scandal dia yang sorang tu. Siapa nama dia? Hah, V.
Aku dan Kim Seokjin sama-sama ketawa. Bahunya yang lebar aku tepuk perlahan. Yunri turut ketawa kecil setelah mendengar Kim Seokjin memuji dirinya yang wataknya serupa dengan Jin BTS.
Tapi memang betul pun, lelaki itu handsome.
"Encik Jungkook nak cari bunga apa?"
"Hm, macam biasa. Saya nak bunga lily putih."
Kim Seokjin mengangguk dan berjalan menuju ke tempat bunga lily putih itu diletakkan. Aku dan Yunri membuntuti langkah lelaki itu dan berhenti di hadapannya.
"Nak berapa kuntum?"
"Empat."
Kim Seokjin mengambil empat kuntuman bunga lily putih daripada pasu kaca itu. Aku melihat Yunri menghidu bunga-bunga yang ada di sebelahnya.
"Awak suka bunga?"
"Suka!"
Aku tersenyum. Sesekali kelopak bunga itu disentuh lembut oleh Yunri.
"Kalau cik nak tahu, semua bunga kat sini ada maksud tau."
Aku mengangguk bagi menyokong kata-kata Kim Seokjin. Yunri seakan tertarik dengan maksud setiap bunga di sini.
"Ya ke? Bunga lily tu maksudnya apa?"
Yunri menunjukkan jari telunjuknya ke arah empat kuntuman bunga lily yang berada di tangan Kim Seokjin.
"Ini lily putih atau namanya yang lain ialah Casablanca Lily yang bersifat suci dan bersih kerana berwarna putih. Bunga lily ini juga melambangkan kesucian, kemuliaan, ketulusan, pengabdian dan juga persahabatan. Bunga ini biasanya digunakan sebagai hadiah semasa melawat insan tersayang yang telah pergi."
Mulut Yunri membulat. Aku tersengih melihat reaksi comelnya.
"Awak beli bunga ni untuk siapa? Jimin ke?"
Aku menggeleng.
"Ni untuk kekasih abadi saya."
Kim Seokjin hanya tersenyum sebelum membawa bunga itu ke kaunter pembayaran. Batang bunga itu diikat kemas sebelum diserahkan kepada aku.
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...