⊰✿ Day 22

1K 134 13
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Yunri's POV

Aku pelik. Kenapa aku ada kat tempat ni?

Aku betul-betul berada di kawasan yang indah bagaikan syurga. Panorama air terjun menjamah mataku. Bunga-bunga berwarna warni tertanam di sekeliling air terjun itu.

Aku rasa tenang sekejap. Indah betul ciptaan Tuhan. Ini kali pertama aku nampak tempat mengagumkan ni.

Aku lihat pula pada tubuhku. Alangkah terkejutnya kerana sepasang gaun kembang berwarna putih tersarung kemas pada tubuhku. Butiran berlian kecil yang melekat pada gaun itu bersinar kerana terpancar cahaya matahari.

Siapa punya gaun aku rembat ni? Cantik sangat. Aku rasa ni bukan gaun wedding aku. Ni dah macam gaun untuk puteri raja dah.

Tapi, aku suka. Cantik sangat. Perempuan mana je yang tak teringin nak pakai gaun kembang-kembang macam dalam filem Cinderella tu kan?

Ketika aku leka bermonolog sendirian tentang gaun yang tersarung di tubuhku kini, aku perasan ada seseorang berdiri di hadapanku.

Kasut yang dipakainya berwarna putih. Seluarnya pun putih juga. Aku perlahan-lahan memandang dari bawah ke atas.

Bajunya juga berwarna putih bersih. Aku sekali lagi terkejut kerana aku amat mengenali seseorang yang berdiri sambil tersenyum manis dihadapanku kini.

Jeon Jungkook.

Aku tak percaya. Aku gosok mata aku.

Eh, betul. Jungkook masih ada.

Wajahnya nampak bersih dan berseri. Senyuman yang aku minati terukir cantik di bibir merahnya.

"Saya ni Jungkook lah. Awak kenapa?"

Jungkook memeluk bahuku. Dia memusingkan tubuhku supaya menghadap air terjun yang turun dari bukit yang tinggi di atas sana.

"Suka tak?"

Jungkook menyoal aku. Aku cepat-cepat mengangguk. Kini tangannya mula melingkari pinggangku.

"Nanti kita hidup bahagia kat sini."

"Bila?"

"Satu hari nanti."

Tenang saja wajah di sebelahku itu.

"Jeon Yunri, aishiteru."

Aku memandangnya. Aishiteru?

Oh!

"I love you too, Jeon Jungkook."

Kini, tubuhku dipusing pula menghadap Jungkook. Kedua tanganku dipegang dan dikucup lembut.

"Jaga diri, sayang. I will always love you no matter what."

Pipi ku dibelai. Rambutku yang sedikit terjuntai Jungkook selitkan di tepi telinga aku.

"Saya pergi dulu. Semoga kita berjumpa semula satu hari nanti."

Jungkook perlahan-lahan melepaskan tanganku. Dia mengundur perlahan ke belakang. Aku panik. Aku ingin mencapainya tapi kini dia bertukar menjadi angin.

Aku masih dapat melihat dirinya. Cuma tak bisa aku sentuh.

"Saya kena pergi."

"P-Pergi mana? Saya nak i-ikut."

Dia menggeleng.

"Awak tak boleh ikut."

"Kenapa?"

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now