⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
• Yunri's POV •
Dari celik je mata, setiap masa Jungkook berkepit dengan aku. Masak bersama, main bersama, jaga Jaemin bersama. Layan k-drama pun sama-sama. Semua bersama.
Dan tak lepas jugak banyak kali Jungkook menuturkan kata cinta buat aku. Kejap-kejap tubuhku didakap dari belakang, pipi dan bibir aku menjadi sasaran bibir comelnya, tangan aku dicium lembut.
Setiap masa dia membuat aku ketawa sampai mengalirkan air mata. Ada saja akalnya untuk membuat aku tersenyum lebar.
Aku...
Aku perasan semua tu.
Aku saja berpura-pura tak tahu.
Tapi, sebenarnya aku dah lama tahu.
Hari ni, hari terakhir aku bersama dengan dia.
Hari ini juga hari terakhir aku mencipta momen indah bersama dia.
Aku tahu.
Aku cuba ukirkan senyuman yang paling manis untuknya.
Aku cuba hiburkan hati aku dengan setiap lawak jenakanya dan membalasnya dengan tawa.
Aku tak nak nampak lemah di hadapan dia meskipun kini hati aku telah hancur berkecai.
Biarlah hari ini aku dengan dia terus tersenyum. Kerana esok dan selamanya, mungkin tiada lagi saat-saat manis seperti ini lagi.
Biarlah hari ini aku puas melihat senyum dan tawa yang terukir pada wajahnya yang bertambah pucat agar aku bisa simpan dalam memori sebagai kenangan terindah.
"Awak mengelamun apa tu, sayang?"
Jungkook yang berbaring di atas riba ku memandang aku.
"T-Tak ada apa-apa lah."
Aku menggeleng lemah sambil tanganku membelai rambut hitam lebat miliknya.
Kuatkah aku untuk melepaskan insan yang paling aku sayang ini?
Malam ni hujan renyai. Tiada satu pun bintang yang berkelip. Tiada cahaya bulan yang menerangi langit. Seolah-olah mereka turut bersedih dengan apa yang bakal berlaku esok hari.
"Tidur lah sayang. Dah lewat malam ni."
Tangannya mengusap-usap perlahan rambut panjang aku. Mata aku tak lepas dari memandang setiap inci pada wajahnya.
Jungkook bangun dari katil. Selimut yang dia pakaikan untuk aku tadi aku tolak ke tepi.
"Awak nak pergi mana? Nak ikut."
Aku berdiri di sebelahnya lalu memeluk lengan Jungkook. Aku mendongak sedikit memandang dia kerana Jungkook tinggi.
"Tak nak tidur ke?"
Aku menggeleng.
"Okay, jom."
Aku berjalan bersama Jungkook sehingga tiba di studio miliknya. Sliding door dibuka yang menghubungkan balkoni dengan studio tersebut.
Disebabkan bumbung yang menghalang hujan daripada membasahi balkoni itu, Jungkook membentangkan permaidani pada lantai balkoni tersebut.
Aku hanya mengikut saja langkahnya.
"Kook, can you sing a song for me?"
"Which song?"
"Tak kisah. Apa-apa je."
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...