⊰✿ Day 29

1.1K 125 5
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Carla pulang semula ke rumahnya selepas makan tengah hari bersama Jungkook, Yunri dan Jimin. Katanya ada hal yang dia kena buat.

Sekarang ni pula, Jungkook mahu mengajaknya keluar. Jimin turut diajak tapi Jimin menolak kerana dia malas nak keluar. Lagipun, Jaemin tak sihat. Asyik merengek je. Kalau bawa keluar nanti, mahu tak ke pengsan si Jimin nanti.

Sewaktu di dalam kereta, mereka sepatah pun tidak bercakap. Masing-masing hanya memasang telinga mendengar radio. Jungkook tetap fokus dengan pemanduannya.

Satu lagu kini dimainkan di siaran radio. Yunri memandang Jungkook di sebelah. Bibir lelaki itu bergerak-gerak menandakan dia turut menyanyi lagu yang dimainkan di radio tersebut.

Tapi, kenapa lagu tu membuatkan hati Yunri tiba-tiba menjadi sakit? Bait-bait lirik lagu tersebut sesungguhnya menyentap perasaan Yunri.

Jungkook memarkirkan keretanya di tepi jalan. Jungkook membukakan pintu untuk Yunri sebaik saja dia terlebih dahulu keluar dari kereta.

Mereka sekarang berada di Han River. Sejak dua menjak ni cuaca mendung. Keadaan persekitaran Han River itu pun kelihatan amat tenang.

Mereka berdua berjalan perlahan sambil melihat sungai yang besar di tepi mereka. Angin yang lembut bertiup menambahkan lagi aura ketenangan.

"Awak pernah pergi Han River?" Jungkook menyoal Yunri yang leka memandang sungai di sebelahnya.

"Tak. Ni first time tau, hehe." Yunri menjawab.

Mereka berhenti dan berdiri menghadap sungai itu. Angin masih bertiup lembut membuatkan helaian rambut Yunri menutup wajahnya.

Jungkook tersenyum. Rambut isterinya itu dibelai lembut dan diselitkan ke belakang telinga Yunri.

"Cantik." puji Jungkook.

"Saya tahu."

Jungkook membalas dengan jelingan manja.

"Perasan. Saya kata sungai ni cantik." Jungkook saja nak test isterinya itu.

Tapi memang betul pun. Sebenarnya dia puji Yunri. Tapi sungai tu pun cantik juga. So, Jungkook puji lah dua-dua.

"Eleh, nak cover lah tu." Yunri hanya tersenyum senget.

Pergelangan tangan Jungkook dipegang sebaik saja tangan lelaki itu memeluk bahunya.

"Jeon Yunri?"

"Ya?"

"Saya mintak maaf sebab tak dapat bawak awak honeymoon dekat luar negara. Mesti awak bosan kan asyik dekat Korea je." kata Jungkook.

Yunri hanya menggeleng dan tersenyum.

"Honeymoon dengan awak dekat dalam studio and dalam bilik is the sweetest honeymoon that I ever had."

"Ya ke?" Jungkook inginkan kepastian.

"Yaaa!"

"Thanks."

Jungkook berdehem kecil.

"Awak nak tahu tak? Dulu tempat ni jadi favourite place saya tau masa saya masih jadi highschool student."

Jungkook mula membuka kisahnya yang dulu.

"Kenapa awak suka tempat ni?"

"Sebab tempat ni dah banyak kali jadi saksi yang saya asyik menangis je sebab crush dah ada boyfriend."

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now