⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
"Yunri, kau kenapa ni? Murung je aku tengok sejak-sejak ni. Kau ada apa-apa ke? Tak nak share dengan aku?" tanya Carla.
Risau hatinya melihat kawannya yang seorang itu kelihatan gusar dan gelisah. Dari dia pulang ke rumah malam tadi, semasa membuat kimbap juga tadi sehinggalah sekarang, dia masih lagi kelihatan gelisah.
"T-Tak ada apa-apa. Minho mana?" Yunri cuba mengelakkan Carla daripada bertanya banyak tentangnya.
"Minho busy hari ni. " kata Carla.
Yunri mengangguk.
"Yunri! Kau kenapa? Sampai hati kau kan tak nak share dengan aku pasal problem kau. Okay, fine! Aku sedar aku ni siapa dalam hidup kau, kan? Bukannya penting pun." Carla bangun dari duduknya.
Yunri lekas menahan Carla dengan memegang lengan gadis itu. Ditariknya Carla supaya duduk di sebelahnya semula.
"Okay, okay! Sorry, eh? Aku bukan apa, cuma......" bicara Yunri terhenti di situ.
"Cuma apa?"
"Kalau aku cerita, mesti kau tak percaya kat aku, kan?" Yunri menyatakan keraguannya pada Carla.
Gadis itu hanya ketawa kecil dan memegang tangan gebu Yunri.
"Kau kan kawan aku. Mestilah aku percaya apa yang kau cakap. Kau just cerita je, mana tahu aku boleh tolong solve."
Carla tersenyum.
Yunri menarik nafasnya sedalam yang mungkin dan dilepaskan perlahan-lahan.
"Kau tahu kan lelaki semalam?" soal Yunri.
Carla mengangguk.
"Lelaki yang ajak kau keluar tu, eh?" Carla meminta kepastian.
Yunri mengangguk.
"Kenapa dengan dia?" soal Carla lagi.
"Dia..."
Carla menjongketkan kening sebelah kanannya.
"Dia apa?"
"Dia nak jadi f-first love aku!"
Carla terus menutup mulutnya. Matanya terbuntang. Kemudian, dia tersenyum lebar.
"Wah! Untunglah kau ada yang sudi nak jadi first love kau. So, kau reply apa?"
Yunri menggeleng.
"Aku...tak reply apa-apa."
"Kenapa?" wajah mendung Yunri ditenung oleh Carla.
"Carla, a-aku tak layak langsung untuk dia. Kau tengok je lah rupa paras dia, dah macam prince charming. Lepas tu, kalau nak dibandingkan dengan aku yang tak lawa ni. He deserve better."
Yunri merasakan dia sungguh tidak sepadan dengan Jungkook. 100% tidak sepadan.
"Yunri, kau lawa! Kau comel! Please, kau kena yakin dengan diri kau tak kira kau lawa ataupun tak."
Yunri hanya mampu mengeluh. Bukan dia tak yakin akan dirinya sendiri, tapi dia sedar yang dia tidak layak untuk berada di samping Jungkook.
Jungkook dengan dirinya ibarat langit dengan bumi. Ibaratkan Jungkook itu enggang, dia pipit. Mana boleh pipit terbang sama-sama dengan enggang.
"Kau dah dengar kan lagu Bangtan Boys yang tajuk Love Myself tu. Macam mana lagu dia? You've shown me I have reasons, I should love myself~~"
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...