⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Dari awal pagi lagi, Jungkook sudah mendengar bunyi orang yang sedang memasak di dapur. Kakinya melangkah dengan malas menuju ke dapur kerana dia telah mula berasa lapar.
Kelihatan Jimin sedang leka membuat sesuatu sambil membelakanginya. Tiba-tiba, idea nakal mula menjengah minda Jungkook.
Dia berjalan tanpa bunyi daripada tapak kaki dengan perlahan-lahan sehinggalah dia hampir di belakang Jimin....
"HAH!" Jungkook menyergah Jimin dengan mencengkam bahu lelaki itu.
Dek kerana terkejut, Jimin yang sedang mengacau krim itu mengangkat sudu dan menenyehkannya pada muka Jungkook.
Jungkook tergelak tatkala sudu itu singgah di wajahnya. Krim yang melekat pada mukanya dicalit sedikit dan masuk ke dalam mulut.
"Erm, sedap! Kau buat apa ni?" soal Jungkook tanpa rasa bersalah pada Jimin.
Jimin mengambil semula sudu itu daripada Jungkook dan meletakkannya ke dalam singki.
"Aku nak buat pancake strawberry jam. Tapi, jam nya habis. Alang-alang kau dah bangun, so aku nak kau beli jam. Sekarang!" kata Jimin. Dia mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan duit kepada Jungkook.
Jungkook menggeleng.
"Dah lah. Simpanlah duit kau tu. Aku boleh bayar. Chow lu, bye!" Jungkook terus berlalu pergi.
Jimin sekadar memerhatikan Jungkook dari dapur.
'budak tu dah mandi ke belum? ish, dengan tak mandinya lagi nak pergi kedai.' bisik Jimin.
⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Sebaik sahaja Jungkook melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka yang berada tidak terlalu jauh dari jarak rumahnya, dia terus menuju ke tempat di mana jam terletak.
Jungkook membaca satu persatu perisa jam yang tertera pada kertas yang terlekat pada botol jam tersebut.
Kebetulan, tinggal satu sahaja jam perisa strawberi di rak itu. Nasib menyebelahi Jungkook hari ini, hehew!
Ketika Jungkook berpaling ke belakang tanpa melihat siapa di hadapannya, dia telah melanggar seseorang dan botol jam yang dipegangnya hampir terlepas.
Nasib menyebelahinya lagi. Dia sempat mencapai botol jam tersebut dari jatuh terhempas. Kemudian, baru lah anak matanya memandang seseorang yang dilanggarnya tadi.
"Eh, you Jungkook kan?" tegur seorang gadis di hadapannya.
Jungkook mengangguk kecil.
"Sorry." ucap Jungkook sepatah.
Dia cuba untuk pergi dari gadis itu tapi lengan kekarnya pantas dicapai oleh tangan gadis tersebut.
"You tak kenal I ke?" soal gadis itu lagi. Tangannya masih kekal memegang lengan Jungkook.
Dah kenapa nak pegang lama-lama? Sikit je dah lah. Lebih-lebih pulak.
"Hmm, aku kenal." pendek saja jawapan dari Jungkook bermaksud dia malas mahu melayan gadis di hadapannya ini.
Jung Sooyein, siapa je yang tak kenal gadis cantik jelita ni? Dah lah cantik, anak jutawan terkenal pulak tu. Peminat dia jangan cakap, fuhh! Dia belum je petik jari dah berderet lelaki-lelaki beratur.
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...