⊰✿ Day 21

1K 133 0
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Jungkook's POV

Sebaik saja mata ku buka, insan pertama yang aku cari ialah Yunri. Dia sudah tiada di sebelahku. Jam yang berada di tepi dikerling sekejap.

9.20 pagi

Aku bangun lalu membersihkan diri. Selepas itu, terus aku turun ke bawah dan masuk ke dapur. Tapi, di dapur tiada sesiapa. Ruang tamu pula sunyi sepi.

Biasanya waktu begini Jaemin, Jimin dan Yunri dah ada kat bawah ni. Langsung tak dengar satu suara pun.

Aku mencari mereka di bahagian swimming pool pula. Tiada juga. Mana pulak mereka bertiga tu pergi? Pintu utama dibuka.

Selipar yang selalu Jimin pakai tiada di situ. Begitu juga dengan selipar milik Yunri. Mata aku terarah pula ke arah garaj. Kereta Jimin tiada terparkir di situ.

Jimin keluar ke? Bawa Yunri sekali?

Aku mengeluh panjang. Sebelum pintunya ditutup, telinganya menangkap satu bunyi yang datang tidak jauh daripada aku.

HACHUUMMM--!!

Bunyi orang bersin.

Aku dengan segera menyarung selipar dan mencari-cari di mana suara itu datang. Seketika kemudian, aku menghela nafas lega. Susuk tubuh isteriku yang sedang duduk membelakangi diriku ketika ini membuatkan bibir aku mengukirkan senyuman.

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰


Yunri's POV

Jungkook berikan aku satu kucupan pada ubun-ubun. Aku yang sedang leka mengenyeh hidung aku yang gatal mula mendongak ke atas.

Jungkook mengambil tempat dan duduk di sebelah aku. Matanya sedang ralit memandangku. Waktu ini, mata aku sedikit berair dan hidungku yang sedikit mancung itu merah. Wajah aku disentuh lembut olehnya.

"Awak okay ke, sayang?"

Aku mengangguk.

"Are you sure?"

Aku mengangguk lagi dan diiringi tawa kecil.

"Saya okay, Kook. Kenapa?" Aku pula menyoal dia. Jungkook tersengih.

"Tak ada lah. Muka awak macam baru lepas nangis."

Aku tersentak dengan tekaannya. Memang betul pun aku baru saja lepas menangis kerana masih tidak dapat melupakan hal semalam.

Tapi, aku terus cover wajah aku supaya tidak terlalu nampak ketara baru lepas nangis. Mujur Jungkook tidak bertanya lebih.

Aku meletakkan kepalaku perlahan pada bahunya. Tangan besarnya aku genggam dan ku kucup sekilas lalu. Senyuman diberikan untuknya.

"Saya rindu awak." Hanya itu yang mampu aku tuturkan.

Sekarang ini, aku cuba mengawal diri aku daripada menangis. Emosi aku terus berubah jadi sensitif sejak semalam.

"Saya pun, sayang. Maaf sebab tak bawa awak sekali."

Aku menggeleng perlahan.

Kalau dia bawa aku, tentu aku tak akan jadi sesedih ini. Kalau dia bawa aku, tentu aku tak jadi sensitif seperti sekarang. Tapi, kalau dia bawa aku, sampai kesudah lah aku tak tahu usianya semakin singkat.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now