⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Yunri merasakan satu hembusan hangat pada wajahnya. Matanya yang dipejam rapat perlahan-lahan dibuka. Wajah suaminya yang tersenyum menjadi santapan matanya.
"Good morning, baby." tangan Jungkook mengusap perlahan pipi mulus isterinya.
Haish, pagi-pagi dah buat orang melting. Susah ah macam ni.
Yunri meletakkan tangannya pada pipi Jungkook.
"Good morning, too. Awalnya awak bangun."
Jungkook tersengih.
"Excited lah sebab nak kejut isteri saya ni."
Jungkook mencuit manja hidung mancung Yunri. Isterinya tergelak kecil dengan perlakuan Jungkook.
Yunri bangun dari pembaringannya dan turun dari katil besar Jungkook. Tuala mandi yang disangkut di dalam almari diambil dan disilangkan di bahu.
Jungkook hanya memerhatikan isterinya.
"Takkan mandi pakai baju?" Jungkook tersenyum gatal memandang isterinya.
Eeee nasib baik dia suami aku.
"Nanti saya buka lah."
Jungkook perlahan-lahan bangun dan mendekati Yunri yang berdiri di hadapan pintu bilik air.
Bibirnya tersenyum senget.
"Malu ke nak bukak depan suami sendiri?" keningnya sengaja diangkat berkali-kali. Ingin menyakat sang isteri di pagi hari.
Jungkook berbisik dengan suara yang cukup menggoda di telinga Yunri.
Yunri menolak tubuh Jungkook sehingga dia terduduk di atas katil. Wajahnya mula memerah.
"Awak jangan macam-macam. Duduk sini, tunggu saya mandi and then kita turun breakfast."
Tangan Yunri pantas digenggam perlahan sebelum sempat Yunri melangkah. Jungkook menariknya sehingga Yunri berada di atas Jungkook.
Wajah mereka sangat hampir.
"Saya belum mandi. Kalau macam tu...jom mandi sama--"
Yunri terus melancarkan serangan nipple attack kepada Jungkook yang biasa dilakukan oleh salah satu ahli boyband terkenal, Bangtan Boys iaitu Kim Seokjin kepada maknae nya.
"ARGH, sayang! Sakit lah!"
Yunri ketawa terkekek-kekek melihat suaminya mula menayang muka cemberut. Pipi suaminya dicubit perlahan. Comel pulak bila dia buat muka macam tu.
"Tu lah, lain kali jangan gatal sangat, Encik Jungkook oiii."
Yunri terus bergegas masuk ke dalam bilik air. Jungkook ketawa melihat telatah isterinya yang sangat comel.
Senyuman di wajahnya kini pudar sebaik saja bayangan susuk berjubah hitam hadir di sudut biliknya. Susuk yang sangat dikenalinya dan paling dibenci Jungkook.
"K-Kau nak apa?" soal Jungkook perlahan. Dia tidak mahu Yunri terdengar percakapannya dari dalam bilik air tersebut.
"Akhirnya kau dapat kebahagiaan kau, Jeon Jungkook." kata lelaki itu.
Jungkook tersenyum sinis.
"Kau ingat, Jeon Jungkook. Kau masih ada masa--"
"18 hari. Aku tahu." Jungkook terus memotong percakapan lelaki itu tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya.
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...